Pengikut

Isnin, 14 Mei 2012

Kisah Tauladan : Sebenarnya Aku Terpesona Dengan Matamu Yang Cantik Itu




 mata

Assalamualaikum 

Hari nie sungguh acik resah memikir sesuatu dan puas selami acik cari cerita ini sejak dari dulu, dulu acik tahu dari ustaz dan acik cari dari buku tapi puas acik tanya orang di kedai -kedai buku semuanya geleng kepala. Dan alhamdulilah hari nie dapat juga acik mencari Kisah yang membuatkan acik menagis semasa darjah 6. Kisah ini yang telah membuka mata acik tentang padangan acik untuk memikirkan betapa lemahnya iman kita.



Cantik itu pasti subjektif tapi ramai orang yang hendak sesuatu yang cantik. Ingin juga memiliki seseorang yang bagaikan bidadari, lihatlah dari lagu, novel dan mane-mane mesti inginkan kecantikan.Seperti islam juga adalah sesuatu yang bersih,suci dan cantik.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, 

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

acik pernah terbaca kisah ni dulu, tapi tidak pasti keseluruhan kisah ini . Lepas minta dari seorang ustaz ini ceritakan dapat la jumpa semula kisah ni. Memang mula-mula baca tu suatu ketika dulu, acik terkaku & terperanjat! Terasa terlalu lemah iman didada kalau dibandingkan dengan wanita didalam kisah ini. Semoga boleh dijadikan teladan kepada semua dalam hal menjaga peribadi dan akhlak sebagai Muslim/Muslimah.

Kisah Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang.

Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata, 

“Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?”

“Kepada siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali.

“Malulah kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu.

Hasan Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan.


Melihat dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”

Hasan Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”

Mendengar jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi.

Hasan Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa terkejutnya Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!

“Tuan putriku berkata dia tidak memerlukan mata yang meyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu.

Gementarlah seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!”

Setelah menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya.

Hasan Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.

Pada malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”

Setelah Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.

“Dengarlah nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah.
 
Seorang wanita rela mencungkil matanya disebabkan hanya kerana takut menjadi bahan fitnah, namun sekarang wanita berlumba-lumba mempamerkan dan menunjukkan aurat mereka yang seharusnya dijaga dan ditutup.

Wahai saudaraku tutuplah auratmu sebab yang akan melihat auratmu itu adalah mereka yang ingin merosakkanmu dan bukan yang hendak menjagamu. Apabila seseorang memandang dengan penuh nafsu, sesungguhnya pandangan itu disertai syaitan. Tidak akan rugi seorang wanita jika menutup auratnya melainkan dia akan mendapat pahala disisi Allah s.w.t, Inshaa Allah ia akan selamat dari segala macam fitnah.

Demikian kisah hebat seorang wanita yang terlalu takut kepada Allah. Beliau bukan hanya tahu bercakap sahaja tentang ingin menjaga kesucian Islam, tetapi benar-benar menterjemahkannya kedalam bentuk akhlak dan perbuatan. Aurat yang wajib ditutup telah ditutup rapi..sehingga hanya menampakkan 2 biji mata.

Tetapi bila seorang lelaki asing jatuh hati hanya dengan melihat mata beliau pun, beliau sanggup memberi matanya kerana takut dengan dosa. Tapi harap-harap tak perlulah sampai kita kena mencungkil biji mata! Hehehe.. Cuma janganlah berlebih-lebih sangat bersolek untuk keluar rumah tu. Atau melampau sangat menempek wajah sendiri di facebook atau laman-laman web lain. Apalah yang tinggal untuk suami/bakal suami kalau semua lelaki lain boleh tengok bila-bila masa dengan percuma? Macam-macam yang mereka boleh bayangkan @ buat dengan melihat foto-foto tu. 

Dalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
 

Pedoman di sini jika haruslah menjaga pergaulan dan adab antara lelaki dan perempuan, bukan semua benda boleh di permainkan. Jika kamu menjaganya samalah seperti kamu menjaga ada harga diri kamu. ok la sampai sini dulu adios :)
 
 

Share This!


3 ulasan:

ryn83 berkata...

masyaAllah :'(

Izzati Tatie berkata...

perempuan yang cantik dalaman adalah perempuan yang tercantik :)

Aku Penghibur berkata...

yup sangat setuju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails