Pengikut

Khamis, 28 Jun 2012

Kata-Kata semangat Ketika Hati Ingin Cinta dan Taubat

 
Assalamualaikum 
Hai semua, maaf kerana dah lame tak update story , sekarang nie sedang musim peperiksaan dan ramai yang hantar email dan di facebook untuk acik kongsikan ayat menarik. Ini saje mampu yang acik kongsi , kepadanya kita meminta kepadanya juga kita berserah demi cinta dan Agama
"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

- Sayidina Ali Bin Abi Talib
Setulus manapun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, Kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. kerana Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah.

Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan sentiasa berdoa agar diberikan insan yang terbaik buat diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik. Bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberikan oleh Allah, kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita.

Ingatlah, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan begitu juga Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik. Itulah janji Allah yang tidak perlu ada keraguan padaNya.
LELAKI yang BAIK itu tidak semestinya datang dengan Kepala BERKOPIAH, JANGGUT sejambak atau HARTA yang MEMBUAK...Betapa indahnya nya jika berada di JALAN ISLAM, KASIH SAYANG kerana ALLAH, BERJUMPA dan BERPISAH kerana Allah...
ALLAHURABBI..
kamu perlukan KEKUATAN untuk mengahadapi KELEMAHAN, kamu perlukan KEBERANIAN untuk menghadapi KETAKUTAN, dan kamu perlukan ALLAH di dalam perjalanan KEHIDUPAN ^_^
Masa depan milik ALLAH ..kita tak tahu apa pon ...saya ataupon kamu kita tak tahu apa yang berlaku kejap lagi ..percayalah... ALLAH tak akan membiarkan kita sekelip mata..Sedangkan permintaan iblis yang paling ingkar pon ALLAH makbulkan ..apatah lagi kita manusia yang kekurangan... mohonlah kepada ALLAH
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya Hati Ini Tidak Pernah MENDAMBAKAN Seorang Insan Yang SEMPURNA Tuk Menjadi TEMAN HIDUPKU,Namun,Cukuplah Diriku Merasa SEMPURNA Pabila Memiliki Dirinya,Dan Dapat Membuatnya SEMPURNA Di MATAMU..Amin Ya Rabb
Jangan bersedih bila orang lain tidak memahami dirimu.Tapi berdukalah kerana dikau tidak memahami orang lain.Jangan bersedih bila orang lain tidak mempercayai dirimu.Tapi berdukalah kerana dikau tidak percaya pada dirimu sendiri,musahabah diri untuk diri ini.
Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...
lelaki yang GENTLE adalah lelaki yang selalu mendoakan orang yang dia sayangi setiap hari
Yg kita sukai belum tentu yg terbaik, tapi yg Allah sukai pasti yg terbaik utk kita.Tabarakallah..
Allah buka pintu keampunan pd waktu siang utk Dia mengampunkan org yg buat dosa pd waktu mlm, & Dia membuka pintu keampunan pd waktu malam utk Dia mengampun org buat dosa pd waktu siang.”

Berdoalah kepada Allah, dalam keadaan yakin doa kamu diterima.Tabarakallah
Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada di sukai, bila tiada di rindui, bila mati di tangisi. Janganlah kamu jadi orang jahat, bila ada di benci, bila tiada di sukai ,bila mati di syukuri.

- Sayyidina Ali Bin Abi Thalib
Jodoh yg baik, selepas lakukan solat istikharah, bila dgr nama dia kita rasa tenang, hati tenang. Maka itu jodoh yg baik.Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa tak tenang, rasa gelisah, serabut dll. Itu petanda jodoh yg tidak baik. #renungan
Jangan BERMANJA pada yang tak HALAL

jangan BERCERITA pada yang tak AMANAH

Jangan PAKSA pada yang tak SETIA

jangan UNGKIT pada yang tak MENGHARGAI

jangan BENCI pada yang tak MENGERTI

jangan BERHARAP pada yang tak SUDI

Jangan memaksa pada yang tak CINTA

Dan jika Berani MENCINTAI Perlu Berani MENIKAHI...
Ramai yang fikir nak kawin muda.. nak rase se'sweet' kawin muda. tp jarang pula yang fikir bagaimana kalau ditakdirkan mati muda. ??
Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman,
kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...!

Hargailah mereka yang menitiskan air mata untuk anda =) 
Allah memberikan pertemuan agar Takdir di cipta..
Allah mewujudkan Sayang agar kita Boleh mengenali..
Allah menitipkan Rindu untuk kita Saling mengigati..

P/S: Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA. Tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA.. .terima kasih ALLAH ♥
Tak salah kita nak suka seseorang, tapi hormatilah AGAMA kita, ISLAM. Malu lah dengan Allah. Jangan la belom ade ape2 ikatan yg sah, dah nak pegang2, nak pelok2. Lepas tu lagi best, g tayang 1 dunia dlm fb ni. Bertambah2 best bila ade org komen :

“Waaah~ sweetnyeerrr.... :D Hot couple !” =.='

♥ ha'ah..memang HOT la nanti kat neraka kan? (T_T)

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)

Share This!


10 ulasan:

  1. salam.. singgah sini ^_^..
    hm... jodoh... :'( seram jekk

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.. perkongsian padat dgn point bermakna.

    cinta itu fitrah setiap manusia, selagi mana ia berada di landasan yg betul.. hati sentiasa lapang, walau apa jua yg telah di tetapkan.

    Moga Allah kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam terima kasih kerana membaca

      Padam
    2. Assalammualaikum .. saya seorng pljr lgy ., sya nk brtnykn soalan yg mrupkn soal CINTA .. boleyh ?

      Padam
    3. walaikumusalam... boleh tanye ..silakan tanye di https://www.facebook.com/AkuPenghiburdotCom?ref=ts&fref=ts

      Padam
  3. Jodoh tu rahsia Allah....jangan lagi di cari...tapi kan datang sendiri dengan izin dari NYA....

    BalasPadam
  4. Jodoh tu rahsia Allah....jangan lagi di cari...tapi kan datang sendiri dengan izin dari NYA....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum .. :) saya percaya bahawa jodoh itu ditangan Allah ... kita perlulah redha apa yang telah ditetapkan untuk kita ...
    nak bercinta or couple ... dimulakan dgn perikatan perkahwinan .. wsslm :)

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum abg. Adik copy entry abg untuk blog adik. Maaf ya :D

    BalasPadam
  7. Panjangnya entry ni acik...byknya kata2 hikmah yg acik kongsi...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails