Pengikut

Sabtu, 30 Jun 2012

Bila Pakai Seksi Orang Kata Nama Jer Islam Tapi Tak Menutup Aurat. Bila Bertutup Kata Kita Nie Macam-Macam





Assalamualaikum..

Hai semua, hari nie paper kedua, Alhamdulilah dah buat yang terbaik dan sekarang terserah pada ALLAH dan takdir diriku. Hari nie nak lepas gian untuk update my blog yang tempatku berkongsi cerita. Ishhh hari cuaca panas dan kembali normal ,yelah sebelum niekan cuaca jerebu..ok la bermula cerita acik di sini... Semalam acik pergi beli makanan dan tersempak dengan kawan acik masa di RTM dulu. Kami agak rapat dan selalu jugak melepak sama-sama.Sangat terkejut dengan dia.

Pada mulanya memang takut jugak nak tegur ,yelah takut silap orang tapi beranikan diri dan ternyata benar. Sebelum ini berpakaian sangat seksi dan mengikut trend.Dan sekarang wow sangat teruja sebab alhamdulilah menutup aurat dengan sempurna. Dan kami pun berborak yelah dah lama tak jumpe sejak acik dah tak lagi dengan RTM. Sekarang ini melissa( nama panggilan) berbeza 100 %. Dan acik cuba tanyakan kenapa perubahan ini boleh terjadi ???


Acik: Alhamdulilah beb dah banyak berubah tak sangka sangat.
Melissa : Alhamdulilah acik, mungkin nie doa kawan-kawan dan ibu bapa. Mesti acik tak sangkakan yelah sapelah kita nie. Dan Alhamdulilah Dia berikan kekuatan atas perubahan sekarang.

Acik : alhamdulilah sangat, beb suka la tengok macam gini lebih sedap mata memandang. 
Melissa : Alhamdulilah beb, mesti nak tahukan macam mane lisa boleh berubah ??? ermm acik masih ingat tak masa birthday lisa tu, acik belikan sehelai tudung dan zarul ada belikan baju kurung ??? Minta maaf sangat masa tu lisa marah acik sebab bagi tudung tu.

Acik : ermm ala tu cerita lama tak apalah...
Melissa: Lepas beberapa minggu acik dari behenti kerja tu, lisa pindah rumah di kajang .Masa tu juga lisa tengah kemas rumah dan ternampak bungkusan yang acik bagi tu, dan lisa buka dan teringat pada tudung tu, dan lisa cuba pakai dan lihat kat cermin... entahlah tiba-tiba hati nie rasa tenang dan air mata mengalir tanpa henti. Lisa sedar,lisa bukan perempuan yang baik dan selalu pergi ke Club dan berfoya-foya lena dek hidup di kuala lumpur.Lisa selalu takut bila pakai tudung ,tak akan kelihatan cantik  dan takut kalau orang boleh ke terima perubahan lisa. Yelah mungkin pintu hati nie terbuka dan lisa takut ada tak orang nak kawan dengan lisa bila lisa nak menutup aurat. Seminggu acik.. lisa cuba pakai tudung dan pakai baju kurung yang korang bagi. Semua orang terkejut dan macam-macam anggapan orang lontarkan pada lisa. Orang cakap lisa dah mengandung sebab tu dah bertaubat dan semua kawan-kawan tak mahu dekat dengan lisa sebab dia kata lisa dah bersih tak layak kawan dengan mereka. Lisa rasa sunyi dan rasa down sangat. Bila pakai seksi orang kata nama jer islam tapi tak menutup aurat. Bila bertutup kata kita nie macam-macam. Lisa tahankan diri dan percaya pada ALLAH. Lisa mula pergi masjid dan minta tolong apa ustaz yang acik kenalkan tu. dan lisa suka ayat yang acik bagi di facebook 

"Tidak mengapalah seandainya dirimu tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal dirimu punya akhlak baik yang menjadi kebanggaan Allah, agama,dan Rasul mu... Itu sudah terlebih baik dan amat cantik."

|Siti Khadijah R.A|
acik : Ustaz firdaus Ke ?? Dan apa lagi yang buatkan lisa kuat ??
Melissa: Lepas jumpa ustaz tu lisa rasa sedikit demi sedikit ikhlaskan apa yang berlaku dan rasa ini adalah hidayah ALLAH. Lisa percaya perubahan ini adalah jihad dalam diri paling besar sekali. Dan hampir 5 bulan lisa pergi ke masjid mengikuti pengajian di sana dan mungkin ini takdir ALLAH.Ustaz Firdaus kenalkan lisa dengan anak saudaranya Taufiq. Dan di situlah perubahan yang terbesar pada lisa kerana taufiq banyak ajar lisa tapi sayangnya taufiq itu dah bekeluarga. Lisa tak kisah sekarang ini lisa ucapkan terima kasih kepada lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup lisa.Tanpa kamu semua lisa bukan ada di tempat lisa sekarang dalam sedar dan tak sedar. Sekarang lisa percaya pada ALLAH dan Jodoh ALLAH ..Jodoh itu Rasia ALLAH ..terima kasih acik :) ...

Disini niat acik tiada apa-apa, yang acik nak sampaikan semua manusia boleh berubah, tak kira siapa pon kita dan apa pon yang kita lakukan..Allah buka pintu keampunan pd waktu siang utk Dia mengampunkan org yg buat dosa pd waktu mlm, & Dia membuka pintu keampunan pd waktu malam utk Dia mengampun org buat dosa pd waktu siang.”Berdoalah kpd Allah, dlm keadaan yakin doa kamu diterima.Tabarakallah 


Share This!


6 ulasan:

  1. alhamdulillah.. tahniah buat saudara dan saudari.. semoga ALLAH membalas segala apa yang telah anda lakukan.. doakan semoga sama2 kita terus menjadi hamba-NYA yang sentiasa tawadu' dan mencintai DIA sepenuh jiwa.. :)

    BalasPadam
  2. terima kasih sahabat :)..insyaALLAH dan semoga kita di berkati ALLAH

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...seronok baca kisah Melissa. semoga dia makin tabah dengan ujian yg mendatang..InsyaAllah..:)

    BalasPadam
  4. as'salam admin...lepas ni post la tentang alasan2 prmpuan yng x nk mnutup aurat plak...:D

    BalasPadam
  5. Hidayah itu dtgnya dr Allah..manusia sebagai pendorong...tahniah acik,krn hadiah acik tu,terbuka juga pintu hatinya..Allah yg mendorong hati kamu berdua....maka itulah hasilnya....alhamdulillah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails