Pengikut

Rabu, 4 Julai 2012

Sedangkan Orang Jahat Pon Mahukan Seorang Perempuan Yang Solehah Untuk Di Jadikan Isteri




Assalamualaikum


 Hi semua,alhamdulilah acik selesai menjawab untuk papaer yg ketiga. Di Mascom bermacam-macam yang telah acik dapat dan ketahui walaupon baru 1 sem . Memang betul kata orang susah kita nak tegur orang lain orang akan mencari di mana titik penolakan untuk mencari mencari kesalahan kita. Acik menaip di blog nie tak pernah bertujuan mengaibkan sape-sape dan setiap cerita yang acik siarkan medapat persetujuan dari tuan punya badan ..so jangan risau tiada sifat prajudis dan ego tu  ^_^

Dan acik tadi terkejut sangat dapat tahu tentang kejadian budak sekolah yang mengugurkan kandungan daripada hasil yang terlarang. Rasa kecewa tak terhingga kepada mereka kerana mereka lebih mementingkan kepuasan nafsu dan tak pernah terfikirkan langsung tentang kesannya.Yang lelaki hidup senang lenang bertukar perempuan kerana tak bagi kesan apa-apa pada dia. Dan yang perempuan jika mengandung akan tanggunglah akibatnya... So fikirkan ??? Kalau kamu mengandung ada lelaki tu nak tanggung kamu ?? kalau yer sangat bertuah ?? 

Sebelum melakukan sesuatu,fikir dulu :

1. Menyedari bahawa segala gerak geri kita diperhatikan oleh Allah.
2. Nama baik dan perasaan ibubapa perlu dijaga.
3. Kejahatan membawa kerosakan dan kesudahan yang buruk.
4. Menggunakan akal fikiran untuk membezakan baik dan buruk.
 

Sedangkan orang yang jahat pon mahukan seorang perempuan yang solehah untuk di jadikan isteri ...So kamu yang dianggap tak solehah tu adakah akan di terima ??? itu belum lagi berhadapan dengan keluarga ??

acik pulak runsing memikirkannya..islam sangat mudah dan tak membebankan kita.Tapi yang sering membebankan kita adalah diri kita sendiri ... Kawal Nafsu dan sangat terkejut apabila seorang pelajar wanita berusia 13 tahun dan mengandung dan tahu macam mane nak gugurkan kandungan...dan kepada yang lelaki itu jangan nak mengatal dan buat yang bukan-bukan. fikir ibu bapa dan Agama pasti kamu tidak akan lakukan semua nie..

Mungkin ada suara sumbang kata-kata dah terlanjur nak buat macam mane??
Ok fine dah terlanjur so lakukan tangungjawab dah berani buat berani tanggung,...

Apa yang acik dapat tahu bahawa gadis berusia 13 tahun tu mengugurkan kandungannya dengan makan nenes yang kerap dan banyak dan dapat tahu apabila tiba-tiba gadis tu menjerit kerana keluar darah mencurah-curah dan seperti ketulann daging ... ermm tak tahulah nak macam mane...


وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءاً كَبِيراً

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang member rezki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah dosa yang besar” (Surah al-Isra’, ayat 31). 




Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yang telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.). Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dalam perut melalui proses kejadian yang ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yang sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar. 

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


Share This!


6 ulasan:

  1. tengok pada gambar terasa akan sakitnya.......moga terpelihara dari semua ini...Ameen...

    BalasPadam
  2. perkongsian yang baik.. entah apa yang difikir oleh mereka yang membuang/membunuh bayi sendiri..sedih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm tulah ... sebab kita kena kawal nafsu kita

      Padam
  3. Kejaamm nak bunuh baby :( Manusia zaman skrg. Huhuhuh. Nafsu kena control, kena ingat Tuhan. Tsk.

    BalasPadam
  4. Sedihnya...cuma budak berusia 13 tahun...di mana ibu bapa ketika itu...?byk faktor berlakunya hal yg begini...moga dijauhkan dr zuriat dn keturunan kita dn seluruh umat islam.....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails