Hi
 semua,alhamdulilah acik selesai menjawab untuk papaer yg ketiga. Di 
Mascom bermacam-macam yang telah acik dapat dan ketahui walaupon baru 1 
sem . Memang betul kata orang susah kita nak tegur orang lain orang akan
 mencari di mana titik penolakan untuk mencari mencari kesalahan kita. 
Acik menaip di blog nie tak
 pernah bertujuan mengaibkan sape-sape dan setiap cerita yang acik 
siarkan medapat persetujuan dari tuan punya badan ..so jangan risau 
tiada sifat prajudis dan ego tu  ^_^
Dan
 acik tadi terkejut sangat dapat tahu tentang kejadian budak sekolah 
yang mengugurkan kandungan daripada hasil yang terlarang. Rasa kecewa 
tak terhingga kepada mereka kerana mereka lebih mementingkan kepuasan 
nafsu dan tak pernah terfikirkan langsung tentang kesannya.Yang lelaki 
hidup senang lenang bertukar perempuan kerana tak bagi kesan apa-apa 
pada dia. Dan yang perempuan jika mengandung akan tanggunglah 
akibatnya... So fikirkan ??? Kalau kamu mengandung ada lelaki tu nak 
tanggung kamu ?? kalau yer sangat bertuah ?? 
Sebelum melakukan sesuatu,fikir dulu :
1. Menyedari bahawa segala gerak geri kita diperhatikan oleh Allah.
2. Nama baik dan perasaan ibubapa perlu dijaga.
3. Kejahatan membawa kerosakan dan kesudahan yang buruk.
4. Menggunakan akal fikiran untuk membezakan baik dan buruk.
Sedangkan
 orang yang jahat pon mahukan seorang perempuan yang solehah untuk di 
jadikan isteri ...So kamu yang dianggap tak solehah tu adakah akan di 
terima ??? itu belum lagi berhadapan dengan keluarga ??
acik
 pulak runsing memikirkannya..islam sangat mudah dan tak membebankan 
kita.Tapi yang sering membebankan kita adalah diri kita sendiri ... 
Kawal Nafsu dan sangat terkejut apabila seorang pelajar wanita berusia 
13 tahun dan mengandung dan tahu macam mane nak gugurkan kandungan...dan
 kepada yang lelaki itu jangan nak mengatal dan buat yang bukan-bukan. 
fikir ibu bapa dan Agama pasti kamu tidak akan lakukan semua nie.. 
Mungkin ada suara sumbang kata-kata dah terlanjur nak buat macam mane??
Ok fine dah terlanjur so lakukan tangungjawab dah berani buat berani tanggung,...
Apa
 yang acik dapat tahu bahawa gadis berusia 13 tahun tu mengugurkan 
kandungannya dengan makan nenes yang kerap dan banyak dan dapat tahu 
apabila tiba-tiba gadis tu menjerit kerana keluar darah mencurah-curah 
dan seperti ketulann daging ... ermm tak tahulah nak macam mane... 
Ùˆَلاَ تَÙ‚ْتُÙ„ُواْ Ø£َÙˆْلادَÙƒُÙ…ْ Ø®َØ´ْÙŠَØ©َ Ø¥ِÙ…ْلاقٍ Ù†َّØْÙ†ُ Ù†َرْزُÙ‚ُÙ‡ُÙ…ْ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكُÙ… إنَّ Ù‚َتْÙ„َÙ‡ُÙ…ْ Ùƒَانَ Ø®ِØ·ْءاً Ùƒَبِيراً
“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang member rezki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah dosa yang besar” (Surah al-Isra’, ayat 31).
Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yang telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.). Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dalam perut melalui proses kejadian yang ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yang sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar.
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza : 
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap 
kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti
 Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari 
dan sebagainya 
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya 
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. 
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan. 
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar. 
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS. 
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogol 
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan. 
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
6 Ulasan