Pengikut

Selasa, 10 Julai 2012

Menderita Kerana Gambar Di Facebook

Assalamualaikum


Hai semua apa khabar hari nie ?? Alhamdulilah jika dalam keadaan sehat-sehat selalu. Jika tidak jangan lupa makan ubat dan banyakkan rest. Alhamdulilah sekarang nie acik tinggal 1 paper lagi selepas tu bercuti panjang hurey!!!!!!Tapi tadi acik dapat panggilan dari kawan acik dan amat mengejutkan. Sebab sebalik tubuhnya semakin kurus tetapi dia menderita.

Peristiwa nie kali ke 3 berlaku pada orang yang berada di sekeliling acik. Kesian kepada mereka kerana menjadi mangsa kepada manusia yang tiada hati perut dan pentingkan diri atas kepuasan nafsu diri sendiri. Tapi acik hanya bagi saranan kepada kamu semua, jika di facebook ,twitter ataupon sebagainya jangan biarkan account kita dalam keadaan public kerana mudah bagi orang yang punya hasrat dengki untuk kenakan kita. Pastikan account dalam security dan hanya kawan-kawan saje yang boleh akses.

Selain itu sebelum upload gambar tu fikir dulu.Adakah wajar upload gambar tu dan jika upload gambar pastikan hanya family dan kawan-kawan sahaja boleh melihat gambar tu .Kerana dalam tak sedar ada orang yang memerhatikan kita. Kalau memerhatikan apa yang kita lakukan dan mendoakan kita atas kebaikan itu tidak menjadi masalah.Tapi yang jadi masalah adalah kepada mereka yang memerhatikan kita  tetapi ada niat lain seperti ingin membalas dendam dan ada niat lain-lain. 



Kawan acik di santau oleh seseorang kerana menolak cintanya.Dan 2 peristiwa lain berlaku dalam kes yang berbeza. Kawan acik menderita kerana dia selalu muntahkan darah hitam dan hampir setiap malam  di gangu dan ketika magrib kemaluannya berbau seperti bangkai.Hampir 1 tahun kawan acik mengidap penyakit tersebut  . Kesian kawan acik tu, dan bila berjumpa dengan seorang ustaz di Selangor dan ustaz ini mengatakan dia terkena buatan orang. Dan ustaz itu katakan dia adalah seseorang yang telah kamu lukai hatinya. Dan ustaz itu menasihatkan agar memaafkankanya .

Beberapa bulan selepasnya, kawan perempuan kawan acik datang dan minta maaf atas kesalahannya. Kerana dia rasakan hidupnya tak tenang dan sering di gangu benda yang dihantar itu. Dia mengaku dia berjumpa dengan bomoh dan melakukan pekara syirik itu. Yang hairan itu bagaimana dia dapatkan gambar kawan acik.Bila di tanyakan dia mengambil gambar di facebook. 

Nasihat acik berhati-hati dalam segala tindakan ,dalam tak sedar ada saje orang yang cuma lakukan pekara yang tidak baik kepada kita. Soal hati ini amat dasyat , kerana cinta manusia boleh berubah baik kepada jahat dan kerana cinta boleh buat manusia menderita.


Share This!


10 ulasan:

  1. ishhh bahaya kan..risau betul..hmmm mcm2 hal kann..

    BalasPadam
  2. sekarang ni macam2 cara orang boleh buat kalau dah marah. mintak jauh la dari benda-benda macamtu. amin.

    BalasPadam
  3. ya Allah...jauhkanlah semua tu..

    BalasPadam
  4. Perempuan patot hati2 sekarang jikalau mempunya rupa paras yg cantik kerana ramai yg berniat tidak baik diluar sana lebih2 lagi gambar yg tidak menutupi aurat- sekadar bg tau

    BalasPadam
  5. sebaik nya fikir ape kesan negative sebelum upload.. =p

    BalasPadam
  6. hmm..macam2 dah skang ni..tulah kat fb tak letak gambar segala..malahan kat blog pun gambar boleh kira 1-2 je..waspada itu pnting kan..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails