Pengikut

Rabu, 29 Ogos 2012

Untuk Lelaki, Jangan Sampai Memberi Kesimpulan Bahawa Wanita Semua Akan Masuk Neraka?

Assalamualaikum

 

Hai semua, alhamdulilah hari ini masih lagi meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang blogger dan hari ini acik mahu menceritakan islam tidak merumitkan dan membataskan wanita. 

Siapa yang kata jika Islam sentiasa merumitkan dan membataskan wanita? Jika anda berfikiran seperti itu, anda sangat salah. Islam sangat mengistimewakan seorang wanita. Buktinya seperti syurga ada di telapak kaki ibu. Tidak ada yang kata kalau syurga ditelapak kaki ayah kan? Islam juga tidak pernah melayan seorang wanita dengan begitu kejamnya, nyatanya nabi Muhammad saw juga dilahirkan dari seorang rahim wanita dan semua orang yang soleh dan solehah di dunia ini lahir dari seorang rahim ibu.

Islam sangat menjunjung tinggi seorang wanita tetapi wanita itu sendiri yang membuatnya rendah. Untuk lelaki, jangan sampai memberi kesimpulan bahawa wanita semua akan masuk neraka? Anda salah, barangkali anda perlu mengetahui bahawa baik atau tidaknya seorang wanita tergantung pada imam di keluarganya kelak.


Aaah, ini adalah tugas lelaki. Mengapa seorang lelaki mesti dituntut untuk faham tentang keislaman dengan lebih mendalam dibanding wanita, sebab kelak dia akan jadi seorang suami dan imam didalam keluarganya. Seorang suami mesti dan harus dapat membimbing isterinya dijalan Allah, jalan Islam dengan kesabaran dan kelembutan. Sebab sejatinya wanita tidak menyukai cara yang keras untuk menyadarkannya.

Jadi janganlah pernah sekalipun memandang sebelah mata terhadap wanita menjadi sumber kemaksiatan. Oleh karena itu, ini adalah tugas seorang lelaki supaya wanita tersebut dapat jadi isteri yang solehah, yang dapat membawa suaminya ke syurga.

Dan untuk wanita, muliakanlah diri . Jangan sampai menjatuhkan harga dirimu sendiri karena masalah peribadimu. Tidak ada kata terlambat untuk berubah menjadi semakin baik lagi karena kita umat yang mahu berfikir dan belajar.

Share This!


6 ulasan:

  1. x de kritikan pun sbb pe y ditulis adalah 1 maklumat yang berguna bagi pembaca seperti kami~~

    BalasPadam
  2. blog ni simple tapi byk info keagamaan...saham akhirat tu...keep it up :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi membaca ..terharu

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails