Pengikut

Khamis, 4 Oktober 2012

Alasan Mengapa Sahabat Lebih Penting Berbanding Kekasih

Assalamualaikum 

Hai semua, alhamdulilah baru saje balik dari Recording untuk racangan Selami Jiwa yang di hostkan Datuk Fadzilah Kamsah. Memang menarik dan best sungguh atas perkongsiaan. Dam hari nie bertalu-talu dapat email dari rakan-rakan yang meminta pendapat . Tapi apa yang dapatkan acik berikan adalah berdasarkan pendapat saje,. Hari nie acik nak kongsikan sesuatu yang menarik kepada kamu semua 





Ada pepatah cina yang menyebutkan; "Cinta boleh datang dan pergi, tapi persahabatan selalu tinggal bersama".Pepatah tersebut mungkin benar. Dalam percintaan, kita mengenal istilah putus hubungan dengan kekasih. Tapi di soal persahabatan, rasanya hampir tidak pernah kita mendengar istilah putus hubungan dengan sahabat.Kekasih memang memberi 'percikan-percikan' yang menambah warna dalam hidup. Tapi dalam situasi tertentu, kewujudan sahabat boleh jadi lebih penting daripada kekasih.

Ini alasan mengapa sahabat lebih penting berbanding kekasih:1. Anda boleh membincangkan semua hal dengan sahabat; mulai dari isu politik, alam sekitar, cinta, hobi dan sebagainya.2. Sahabat sudah sangat memahami watak dan sifat kamu mulai dari yang negatif hingga positif, begitu juga sebaliknya. Jadi, kamu tidak perlu bimbang membuatnya sedih atau kesal kerana pandangan kamu tentang sesuatu. 3. Saat bersama kekasih, anda harus selalu menjaga perasaannya bahkan ketika sedang bergurau. Sementara jika bersama sahabat, mereka akan tahu bahawa anda hanya buat lawak untuk berhibur. Tapi, jangan bergurau keterlaluan juga ya, kerana setiap orang pasti punya batas sendiri.4. Saat bertengkar dengan kekasih, sahabat selalu boleh jadi tempat untuk berkongsi. Sahabat akan sentiasa ada untuk mendengar keluh kesah dan memberi nasihat yang anda perlukan.5. Pernah mendengar kejadian lelaki yang meminta pasangannya untuk menguruskan badan atau memakai pakaian lebih feminin? Kekasih kadang sering menetapkan apa yang harus dan tidak kita pakai atau lakukan sesuai keinginannya.6. Sahabat, tidak akan peduli sama ada anda gemuk, kurus, aneh atau punya potongan rambut super pendek. Asalkan anda selesa, mereka boleh menerimanya.7. Siapa wanita yang tidak suka membeli-belah? Lelaki kadang bersedia menemani kita untuk membeli-belah pakaian atau aksesori. Tapi belum sampai dua jam, biasanya si dia akan berdiri menunggu di bilik ganti dengan wajah kesal, bosan dan lebih banyak merungut. Hal ini tidak akan berlaku jika anda membeli-belah bersama sahabat wanita. Bahkan anda dan sahabat boleh saling berkongsi saran dalam berpakaian. Menghabiskan masa sehingga 6 jam? Bukan masalah baginya!8. Kebanyakan lelaki biasanya memilih berkata bohong apabila si kekasih bertanya pendapat tentang busananya. Cara ini dilakukan agar kekasihnya tidak marah atau kesal. Aah, jika anda menanyakan pendapat pada sahabat, mereka akan bercakap jujur ​​dan memberi respond mana yang bagus dan tidak untuk anda.

9. Biasanya lelaki akan merasa terganggu apabila kekasihnya menagung-agungkan pelakon, model atau penyanyi lelaki idolanya. Di depan sahabat, anda tidak perlu segan mengekspresikan kekaguman pada Robert Pattinson, Brad Pitt atau Kpop yang sedang popular saat ini. Mereka boleh mengerti apa yang sangat anda sukai.10. dan yang terkini, tidak ada istilah bekas sahabat, yang ada adalah bekas
Kekasih

Share This!


4 ulasan:

  1. yes ! u r right ! memang kawan most important ..

    BalasPadam
  2. kalau saya yang dah berkahwin sekarang suami lagi penting dari kawan hihi...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails