Ticker

6/recent/ticker-posts

Budak 8 Tahun Dah Pandai Hisap Rokok

Assalamualaikum




Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya,tapi bila dah jadi buluh memang susahlah . Tadi acik pergi ke seksyen 7 bersama kakak dan abang ipar acik. Mungkin mereka tak perasan kerana kusyuk menjaga anak mereka mereka tapi mata acik duk memerhati ada seorang budak kecik yang dengan selamba hisap rokok. Macam orang tu dah . ishhh makin teruk sekarang nie.

Acik terfikir mak ayah dia tak marah ke anak dia hisap rokok ?? rasanya budak tu umur dalam lingkungan 7-8 tahun. Setahu acik umur macam gini acik tengak sibuk main dengan kawan-kawan main pondok-pondok ataupon main guli. Tak pernah terlintas untuk hisap rokok. 

Kepada ibu bapa silalah pantau anak kamu semua, acik cakap macam gini sama juga acik ingatkan diri acik yang ada ramai anak sedara.. risau jugak sedang acik yang dah tua nie pon tak hisap rokok lagipun mereka yang budak kecik nie..ishh nak kena..dapat tahu siap kena puntal telingga.


Tapi janganlah wahai adik-adik di luar sana. umur masih muda lagi tolong jangan hancurkan masa depan untuk benda yang memudaratkan adik-adik ...memang betul kita boleh pergi dengan pelbagai cara dan sebab ..tapi biarlah kita rasa nikmat sihat tu panjang sikit.

Fikirlah dik , daripada duit beli rokok tu baik adik menabung , kalau betul-betul nak membazir pon beli lah jajan.. no smoking... memang tak bagus untuk kesehatan..


Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
bagus ajar anak diorg...ish3..ape la nk jadi dengan diorang ni...