Pengikut

Rabu, 24 Oktober 2012

Pengorbanan Lelaki Yang Kadang Tidak Diketahui Perempuan





Assalamualaikum

Hai semua, hari nie makin excited untuk balik ke kampung , tapi mestilah teruskan menaiip di blog acik nie.Hari nie acik cuba selami sedikit kisah kehidupan lelaki yang perempuan tak pernah tahu. Perempuan selalu kata bukan senang nak jadi perempuan kerana macam-macam hal yang kena buat. Tapi sama juga dengan lelaki bukan senang nak jadi lelaki silap langkah masuk neraka. Hari nie acik nak kongsikan sedikit pengorbanan lelaki yang kamu semua tahu ataupon tak tahu dan buat-buat tak tahu.

Remaja lelaki 

Kalau dulu masa sekolah mak mesti berikan duit jajan untuk makan dan juga duit minyak untuk ke sekolah. Pada zaman acik sekolah dulu , masa form 4, 5 baru nak kenal erti cinta. Duit yang mak bagitulah simpan untuk tabungan. Dan pernah dulu acik ada seorang kawan. Acik tanya dia kenapa tak makan ?? dia jawab dia tak lapar tapi bila di beri makanan kelaparan pulak dan bila di selidik rupanya simpan duit sebab nak bawak girlfriend jalan-jalan di hujung minggu ,yelah girlfriend tak mahu makan kedai mamak nak MCD, KFC.. lepas tu nak belikan hadiah lagi dan tengok wayang... Kebanyakan lelaki akan buat semua nie semata-mata untuk orang yang dia sayang.

Tapi paling sakit hati bila di hari kejadian : awak sori tau ,saya tak boleh ikut awk sebab saya kena ikut mak balik kampung,.. kecewa lagi...



Lelaki sedang bercinta

Bila lelaki sedang hangat bercinta sebenarnya lebih dasyat dari perempuan. Handphone tak pernah lekang dari tangan .Bila siang hari akan melepak dengan kawan tapi bila malam hari akan selalu ada untuk si dia. Bila mesej si dia tak di balas ..si dia mulalah cakap dah tak sayang,, dah ada perempuan lain dan sebagainya. Si lelaki takut kecewakan perempuan, sanggup malam-malam pergi kedai untuk top up.. Ada tu perempuan siap cakap lagi bila nak mesej dengan saya top uplah ... adehh

Tu belum lagi kalau keluar kononnye pergi date, makan kena sponsor, nak beli itu inilah sampai kadang tu siap pinjam duit kawan untuk memenuhi keperluan si dia.

Bila di kolej/ Poli/ Universiti

Ketika beranjak dewasa, para perempuan cantik hanya akan pergi sama lelaki yang punya kereta saje.. ketika lelaki harus bersaing untuk mendapatkan dirimu, mereka akan lebih berjimat mati-matian agar dapat mengajak mu untuk keluar, untuk hantar ke kelas.Perempuan sekarang semuanya nak ada lelaki berkereta walaupon tu kereta family.Yup sekarang nie hidup dah senang ,ramai lelaki dah ada kereta ,so senanglah nak bawak ke hulu ke hilir.. Tapi berapa ramai perempuan sekarang yang sanggup keluar dating untuk naik bas ?? naik motor tak di galakan sebab 1 gender 1 motor .Ahhh time nie belanje besar untuk si dia tapi belum tentu kawin dngan dia... hahaha tapi kawan acik kata tak apa janji ada usaha..


Ketika hendak kawin

Kalau kita dapat lihat orang sekarang berlumba-lumba nak tengok hantaran siapa yang paling tinggi dan majlis di buat dengan gah. Bila nak melamar perempuan , mak ayah perempuan minta 10 ribu serba satu..wahhh tekanan kepada lelaki , terpaksa berjimat makan dan semuanya terpaksa berjimat. Duit tu di bazirkan semata-mata untuk kepuasan untuk tunjukkan siapa hebat. lagi bagus kalau kita bersederhana. Sebab tu sekarang macam-macam hal berlaku,tipu pakai duit palsu la, tipu itu inilah buat pinjaman bank sebab nak memenuhi permintaan yang tinggi nie.



Ketika sudah berkeluarga,

Kamu tahu? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..tau pepatah ini ?
" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras suami mu itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor ..adik jer tak ada..ishhh

Ini hanya sedikit saje acik bagitahu, dan nak tahu lebih lanjut boleh tanya ayah kamu semua. Bukan apa acik just nak kamu semua hargai setiap kejadian manusia yang ALLAH cipta. Sama-sama harga lelaki dan perempuan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Niat di sini bukan untuk membuat perbandingan entah pe2 yang penting kita tahu peranan kita..mungkin ada cakap ini pekara remeh temeh tapi inilah reality kehidupan kita.

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” 

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim)

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"

Share This!


15 ulasan:

  1. setuju sangat. baru terbukak sikit mata ni. selalu baca tentang perempuan sja. nice entry :) n tahniah blog ni masuk majalah REMAJA kan? keep it up.

    BalasPadam
  2. x sangka lelaki nih sggup buat ape sje tuk org yang dea sayang ea.. lagi best law dapat top-up tetibe cam taw jew ..kedit kite dah kritikal hehehe... ape pon suke larh entry nih..

    BalasPadam
  3. thnks acik.. entry yg sngat b'guna.. coz sblum nie.. sya xske mgmbil thu hal llaki.. :)

    BalasPadam
  4. dengar tu wahai wanita-wanita kat sana tu ea..
    haha..over aku ni..

    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    BalasPadam
  5. Sebagai lelaki, sy kagum dgn penulisan Acik ni. Mmg betul & sy salute. Lelaki ni ramai yg penyayang.. :):)
    Slmt pulang ke kampung k, berhati2 di jln raya..

    BalasPadam
  6. Apa pun biarlah ikhlas dihati moga-moga pengorbanan akan dihargai. Manusia bukan insan yang sempurna.

    BalasPadam
  7. saya suka entri ni.

    ye saya setuju tentang ini..kerana saya tahu susah payah suami saya mencari rezeki. saya kagum dan hargai pengorbanannya..

    BalasPadam
  8. Dalam hal ni, wan setuju ngan acik. Wan pun kdg2 pelik knp yer jadik mcm tuh. Kdg2 tuh pulak, mereka lbh mudah salah paham drpd merasai pengorbanan kita. Apapun, wan kdg2 hanya berdoa smoga Allah bg pahala jerk.

    BalasPadam
  9. suka entry ni.Terbaik la dari acik...kadang2 pengorbanan lelaki tak nampak oleh perempuan..kan?

    BalasPadam
  10. Lelaki dan perempuan ada pengorbanan masing-2. btw nice entry :)

    BalasPadam
  11. hurm...setuju sgt dengan entry nie tapi lelaki juga harus peka dengan setiap pengorbanan seorang perempuan...perempuan demand nak itu nak ini semua tue kadang2 hanya nak uji sejauh mana kesungguhan lelaki tue...papepown...nice sharing...:-)

    BalasPadam
  12. Salam sejahtera. awieomar.blogspot dengan seikhlas hati nak menjemput anda sertai game top "BLOGGER" untuk musim yang ke 4. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1, 2 & 3 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri, hanya komen di mana mana entri blog Awie Omar dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 4 : SURVIVOR SERIES. SEGALA SYARAT DAN PERATURAN AKAN SAYA IKUTI".". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :) http://awieomar.blogspot.com/2013/01/blogger-4-survivor-series-pengenalan.html

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails