Pengikut

Rabu, 28 November 2012

Kerana Derita Itu Bahagia : Mahu Bunuh Diri Kerana Cinta


 assalamualaikum 

Hai semua, apa khabar semua ^_^.. sebenar hari nie acik nak kongsikan sedikit tentang cinta dan dah lama rasanya acik tak taip tentang cinta. Semalam ada status seorang hamba ALLAH nie update status macam gini ayatnya " Aku nak bunuh diri kalau di tolak aku dan jika dia ada lelaki lain aku pastikan dia lelaki tu tak hidup lama"

Dasyat betul cinta nie kan , terkadang membawa bahagia dan terkadang membawa derita. Semuanya terpulang kepada kita yang jalaninya.Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod hidup yang diselit unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri.


Derita kerana cinta ada kelazatannya yang luar biasa. Sakit kerana cinta ada rasa yang berbeza. Gembira meraikan cinta tidak sama dengan gembira biasa. Korban cinta, indah pada cerita dan rasa. Manifestasi itu muncul dalam kehidupan dan memberikan nilai dan rencah yang pelbagai rupa, warna dan rasa.

Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta.

Kadang kala kita nie terlalu risau untuk tidak dapat jodoh, takut kita kehilangan cinta. Jika dia memang jodoh dan cinta kita larilah hingga ke hujung dia ..dia pasti untuk kita. Kalau dia bukan jodoh dan cinta kita ,walaupon ada beribu hal yang datang membantu pastikan jika tidak tetap tidak.

Cinta itu tak semua dapat memliliki, mungkin ada yang kata , aku dah lame jatuh cinta dengan dia tapi kenapa dia tinggalkan aku ??? fikir-fikirkanlah kadang-kadang setiap apa yang terjadi ada hikmahnya kerana ALLAH tak pernah persia hambanya lagilah untuk menyakiti hambanya.Hanya itu ujian yang di turunkan untuk melihat sejauh mana rasa cinta manusia itu adakah mampu sehebat itu mencintai ALLAH ? 



ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.”



Share This!


4 ulasan:

  1. seorang cikgu pernah ckp dgn leeza. cinta pada suami ... jgn melebihi cinta kita pada ALLAH SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ..cintalah sepenuh hati kita pada ALLAH

      Padam
  2. cinta kepada insan tuh sementara... mcm2 crita cinta kita dengar dekat dunia.. mereka ibaratkan cinta dunia itu cinta terangung...sedangkan...cinta yang dorang taruh bagai lautan tuh..cumalah kain putih yang diorang corak sendiri..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails