Pengikut

Jumaat, 21 Disember 2012

Jangan Over Confident Dan Jangan Tertipu Dengan Amalan Baik Yang Kita Lakukan Setiap Hari


Assalamualaikum

Hai semua, hari nie acik baru balik dari interview untuk masuk ke kelab kefajar iaitu kelab fasilitator Uitm. Salah satu kelab yang paling hebat di Uitm Shah Alam.Memang acik salute dengan mereka dan memang mereka hebat dan layak menjadi pemimpin masa depan. Acik pergi pon hanya suka-suka atas usul dari kawan politeknik dulu. Sebenarnya hari nie acik malu pada diri sendiri. Sebab terlalu over confident untuk tak mempunyai masalah dalam interview tersebut tapi malangnya acik silap. Pertama kali  dalam hidup acik pergi interview di mana persatuan ataupon kelab yang mengutamakan tentang islam, pengetahuan am dan confident level.  

Siapa sangka dalam interview akan di tanya doa qunut, rukan islam dan rukun iman serta rukun solat. Mungkin pertama kali akan rasa nervous sebab pertanyaaan macam tu plak ?? Tapi acik suka dan bersyukur sebab di Uitm mereka mencari bakal-bakal pemimpin yang memenuhi kateria sebagai muslim sejati.

Tapi acik terfikir dalam interview sebentar tadi ..Bila kita terlalu over confiedent dengan diri kita, kita akan ambil benda itu sebagai remeh temeh begitu juga dalam kehidupan yang nyata bila kita terlalu rasa over confident kita sangka kita dah banyak buat amalan yang baik .Dalam hidup ini kita kena banyak berhati-hati. Sebab kita jangan terlalu over confident kita banyak buat amalan, rupa-rupanya semua amalan kita jadi debu tak berguna sesen pun. Sebab apa, sebab semasa kita buat amal tu kita riak, tidak ikhlas kerana ALLAH, mengharapkan supaya dipandang oleh manusia dan kita rasa ia mudah kita buat sebab kita tak perlu mengeluarkan duit sesen pun.
 
Ustaz Kazim Elias berpesan, utama kepada perkara yang penting pada masa itu dan ketika itu. Bagaimanapun semua amalan fardu dan wajib kita mesti tunaikan walaupun kita terpaksa mengaku ketika itu, kita rasa berat hati dan culas. InshaALLAH ia akan dikira seperti kita berjihad pada jalan ALLAH.

Yelah kadang kala kita rasa amalan kita buat hari dah cukup banyak ,tapi bila di fikirkan adakah amalan kita di terima ALLAH ?? Dan bagaimana pula dengan dosa yang kita lakukan adakah dosa itu lebih dari pahala kita.?? 

Syaitan akan berbisik , kau dah banyaj buat amalan cukup, cukup tu, dan kalau boleh biar kau buat amalan tu orang nampak .. nanti kau di hargai.. percayalah.. 

Ya ALLAH terima kasih kerana sedarkan hambamu ini kerana masih banyak lagi pekara yang acik tak tahu dan masih terlalu jauh untuk acik bangga dengan kemampuan diri sendiri.

Nasihat acik untuk diri sendiri dan kamu semua 

Jangan terlalu mendongak ke langit ,kadang kala kita lupa yang berada di bawah dan kita pernah berada disitu, bersederhanalah



Share This!


2 ulasan:

  1. Betul sangat... Setuju... Kadang-kdang pernah jugak terasa putus asa dengan apa yang kita buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAh dia tahu yang terbaik untuk kita

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails