Pengikut

Selasa, 15 Januari 2013

Cara Seseorang itu Cuba Memikat Kamu Dan Jangan Terpedaya Cinta Palsu



Assalamualaikum

Hari nie  acik rasa happy sangat, hati berbunga - bungga , dan ribuan terima kasih kepada kamu semua yang ucapkan semperna birthday acik, Dalam hidup ini siapa tak pernah bercinta ??? tipulah tak pernah.. mesti pernah rasa cinta itu macam manekan.Acik pon pernah bercinta, remaja sekarang bercinta lagi hebat .Kita nak halang mereka dari jangan bercinta ?? Remaja sekarang nie makin di tegah mkin itu yang di kejar kononnya nak cari cinta sejati

Ramai yang berkata, "Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah (bencana)?
Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan 'janganlah kalian tertipu dengan cinta'?
Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?

Amaran awal acik nak bagitahu kepada sesiapa saje, jangan cuba-cuba untuk bercinta ,maksudnya hanya sekadar test market sebab nak tengok sama ada hangat ke tidak ,lepas tu memainkan perasaan orang lain.

Sebelum seseorang itu nak bercinta, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab ni. Jadi di sini, acik ingin berkongsi dengan kamu semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.lelaki atau perempuan keadannye lebih kurang macam gini.


1. Mula-mula, mestilah dia akan minta no phone kita kan. Tapi nak minta tu kadang-kadang, ada yang minta terus dari kita. Ada yang minta secara underground (maksudnya, minta dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan "intelligence" untuk mendapatkan no phone kita tu.atau add dulu di facebook, BBM, wats up .

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line mereka. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum dia tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde apa-apa lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar pergi makan ke, keluar teman dia belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai mereka ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?

Itu lah permulaan cinta zaman sekarang  yang kononye jalan cinta terindah .. kan lebih indah jika kita sebelum bertemu dengan dia kita berdoa kepda ALLAH agar dia jodoh kita, tapi kena usaha jugak ,pastinya bercinta ini bukan lesen untuk kamu nak dating berpegang-pegang tangan, lepas tangan tempat-tempat lain.


Jangan rosakkan cinta yang suci ALLAH kurniakan tu, ingat mencari pasangan hidup bukan untuk di jadikan couple tapi adalah untuk menjadi bakal istri/ suami dan bakal ibu/ayah kepada anak- anak kita.

Bila kita start macam ini , syaitan akan terus mengoda iman kita.. jadi mantapkan diri dulu sebelum bercinta, kadang kala sebab cinta mampu beri kita bahagia dan kadang kala cinta buat kita derita.

Pelik dengan sesetengah orang, bila suka seseorang..dengan penuh pengharapan dan cinta dijanjikan pada pasangan, tetapi apabila menemui seseorang yang lebih baik..ditinggalkan saja orang yang pernah diberi harapan tersebut..tanpa sebarang jawapan..

Ingat kamu, kamu dan kamu..Jangan buat jahat dekat orang lain, jangan aniaya orang dengan janji palsumu..kelak Allah balas setimpal dengan kejahatanmu..Allah Maha Melihat.....♥
 

Share This!


6 ulasan:

cik kaki ketawe berkata...

betulkan acik..xsemestinya kalau kita sygkan org tu..dia akan jd milik kita?...hoho...suke entry ni.. =)

Aku Penghibur berkata...

thanks sebab bace :)

hazwan hairy berkata...

no 6 ngn 7 tu bhya...haha...nanti mcm2 blh jdi bila dh bermnja2..haha

Aku Penghibur berkata...

betul tu bro

boni kacak berkata...

aku akan berusaha untuk menjaga hubungan cinta aku sebaik2nya.. dan, di dalam keredhaan Dia.. InshaaAllah. doakan aku bro

Aku Penghibur berkata...

amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails