Pengikut

Rabu, 2 Januari 2013

Hati Yang Hitam Takkan Baca Post ni


Assalamualaikum

Hai semua ,dalam hidup ini terdapat  banyak persoalan yang kita sendiri tahu jawapanye dan acik mahu kongsikan sesuatu yang menarik untuk kau semua :)


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

 -sama-sama muhasabah dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lain


Share This!


3 ulasan:

cik kaki ketawe berkata...

sebagai manusia biasa...kita tak lepas dr melakukan kesilapan...moga2 kita dapat hidayah dan terbuka untuk berubah...nice entry =) ilmu Allah perlu di sebarkan...

Aku Penghibur berkata...

syukran sudi membaca .. :)

Wirda Amir berkata...

Bagus entry acik nih...rasanya masih ramai yg tertinggal entry2 lama acik....kalau naikkan satu persatu kat list entry terbaru acik tu,dpt juga org lain tumpang baca.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails