Pengikut

Ahad, 27 Januari 2013

Jangan Pernah Terdetik Menyesal Mengenali Seseorang, Kerana Orang Itu Pasti Pernah Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang Walaupun Sedikit






Assalammualaikum


Alhamdulilah Ya Allah , kerana DiriMu memberikan penghidupan untukku.Hari nie hari ahad, mesti  ramai yang sedang duduk di rumah berehatkan diri dan mencari ketenangan. Aah sebelum tu jomlah mulakan hari yang indah ini dengan senyuman yang menawan kerana mampu mengubat hati yang lara. Sekurangnya mampu  menenangkan hati kita. Aah ramai yang hantar email dan mesej dengan acik, dia kata menyesal aku pernah kenal dengan dia, menyesal aku pernah couple gan dia, menyesal aku suka dia, menyesal aku.. menyesal dan terus menyesal.

Kadang kala acik sendiri pelik tengok manusia ini, saat indah mereka bersama , saat suka, gembira dan bercinta bagai nak rak tu tak mneyesal pulak.Bila tiba kecewa, putus cinta dan sakit hati  kita mengungkapkan kita menyesal pernah kenal dia. Memang pada dasarnya hati kita terluka, merana dan menderita tapi dia juga pernah membahagia kita bukan ? 

Seharusnya kita bersyukur dengan siapa apa yang pernah datang dalam hidup kita, bukannya seharusnya kita salahkan mana- mana pihak. Dalam hidup nie , kita yang membenarkan mereka datang di kehidupan kita sama ada dengan rela atau paksaaan. Susungguhnya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita. 



Yup memang betul seseorang yang pernah datang dalam hidup kita buat hidup kita merana, kecewa ,kehilangan dan macam-macam lagi tapi pernah tak terfikir setiap apa yang berlaku itu adalah pengalaman yang sangat berguna untuk kita berjaya di masa hadapan . Sebagai contoh, seseorang tu pernah fail subjek ketika sem 1, semestinya sem -sem akan datang dia akan perform dengan lebih baik. 

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah rancang sesuatu itu dengan sempurna mengikut flow yang telah di tetapkan , sedangkn kita terus merunggut dan merunggut kerana tak tahan dengan setiap apa yang berlaku.. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita , hanya kita tak sedar. 

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
[ surah al-Imran ayat 54]

Jangan Pernah Terdetik Menyesal Mengenali Seseorang, Kerana Orang Itu Pasti Pernah Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang Walaupun Sedikit :)
  
Apabila kite mula bertanya "Kenape bende nie jadi dekat aku,kenape tak jadi pada orang lain??".Segeralah beristighfar.Kerana ia sama seperti kita mempertikaikan ketentuan Allah. Kekecewaan adalah salah satu bentuk tarbiah Allah untuk menyedarkan kita dari kesilapan kita sendiri..Allahurabbi...


Ya Allah 
  
Tatkala datangnya malam,
Engkau hiasi angkasa ini dgn cahaya bulan purnama
sehingga terbitnya sang mentari di fajar hari,

Adakalanya Dikau sembunyikan sang mentari...
dan Engkau datangkan sang petir dan guruh kilat
yang menggerunkan..

Aku menangis dan bertanya ke mana hilangnya mentari...

Rupa-rupanya Kau berikan aku sang Pelangi...

Terima kasih Ya ALLAH

Share This!


11 ulasan:

Vee Lea berkata...

Yeaahh, true. Sometimes people come either to stay or to give you a meaningful lesson :)

Aku Penghibur berkata...

yup u right :)

nurul amira berkata...

sesuatu yang selalu kita buat tanpa kita sedari..

Aku Penghibur berkata...

:) hiihi betul tu

cik kaki ketawe berkata...

yg penting kita kena belajar dr masa lalu supaya kita takkan ulang lagi kesilapan yg sama...kalau dia bukan untuk kita...tak sekarang mungkin akan datang dia tetap akan pergi...huhu..

#suka puisi tu acik...

Aku Penghibur berkata...

sangat betul !!!!!!

Nur Saidah berkata...

acik,pinjam ayat ye nak salin dan tampal kat wall fb.. :) tq

Aku Penghibur berkata...

silakan :)

Iha Zaliza berkata...

Sokong acik, ada je orang yang mengadu macam tu pada saya.. tapi saya kata jangan menyesal sebab perkara ni boleh membuatkan kita melawan Qada' dan Qadar Allah.. lagipun kita patut rasa bangga sebab tak semua orang merasai pengalaman yang mampu mematangkan usia kita tu.. :)

azihajieha berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan wahai saudara... :)

Cik Itah@RRP berkata...

salam. terima kasih ingatkan acik...sy tak menyesal hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails