Pengikut

Ahad, 27 Januari 2013

Review : Hansel and Gretel : Witch Hunters 3D




Assalamualaikum

Pertama sekali acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada my bro sebab belanja acik tengok wayang . Memang seronok giler, Kami pergi ke IOI Puchong untuk menonton Cerita Hansel and Gretel : Witch Hunters . Kalau mengikut sejarah cerita ini adalah dari kisah lagenda dari German tapi hasil olahan untuk 2013 ini memang hebat.


Bermula kisahnya apabila Hansel dan Gretel di tinggalkan di tengah hutan oleh ayahnya , kemudian mereka pergi mencari tempat berlindung dan kebetulan berjumpa dengan rumah  roti halia seorang ahli sihir.Dan mereke telah di tangkap oleh ahli sihir yang tua dan mahu di jadikan santapannya.Hasil keberanian mereka berdua , mereka menewaskan ahli sihir dengan membakarnya di ketuhar setelah bergelut dalam pergaduhan.Sejak dari itu ,kisah mereka berdua hangat di perkatakan kerana mampu membunuh ahli sihir.

Satu hari, di bandar Augsburg Jerman, Hansel dan Gretel menghalang Sheriff Berringer daripada membakar Mina yang dituduh seorang ahli sihir. Mayor Englemann telah mengupah adik-beradik untuk mencari dan menyelamatkan beberapa kanak-kanak yang diculik oleh ahli sihir. Pada masa yang sama, Sheriff Berringer mengupah empat pengesan untuk misi yang sama, dengan harapan untuk mengalahkan Datuk Bandar. Walau bagaimanapun, tiga pengesan  upahan dibunuh pada malam itu oleh ketua ahli sihir iaitu Muriel, dan menghantar seorang dari empat pengesan upahan yang masih hidup kembali ke warung bandar sebagai amaran kepada
Hansel dan Gretel serta penduduk tempatan. Hansel dan Gretel, dengan bantuan Jackson pembantu Datuk Bandar, dapat menangkap Witch Tall dan menyoal siasat beliau. Mereka mendapati bahawa ahli-ahli sihir bersedia untuk Perayaan Bulan Darah, yang memerlukan mengorbankan 12 kanak-kanak - enam lelaki dan enam perempuan, masing-masing dilahirkan pada bulan yang berasingan. Apabila adik-beradik mengetahui bahawa ahli-ahli sihir perlu satu gadis lagi untuk melengkapkan ritual mereka,mereka mencari maklumat tentang seorang gadis yang lahir pada bulan april dan cuba menghalang dari di tangkap oleh ahli sihir, tapi malangnya Berringer Sheriff enggan bekerjasama dengan mereka untuk mencari . Tiba-tiba, Muriel, Witch gula dan Troll( Edward) telah menyerang bandar dan menculik gadis yang disasarkan  .

Dan seterusnya ??? hehehe tengoklah sendiri hehehe honestly plot cerita nie menarik, dan action nya jugak boleh tahan. Permulaan yang sedikit lembab tapi itu ada pengenalan dan cerita yang mudah di fahami. Honestly acik tak menyesal tengok cerita nie .. Paling best 3D tu .. heheehe memang gempak.. so kamu yang belum jom tengok :)

Share This!


1 ulasan:

Cik Itah@RRP berkata...

salam. wahhh macam best ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails