Pengikut

Khamis, 14 Februari 2013

Allah Sengaja Bagi Kita Rasa Sunyi Walaupun Ada Insan Yang Menyayangi Kita Di Sekeliling Sebab Allah Nak Kita Mengadu Dan Sujud KepadaNya.



Assalamualaikum


Pernah tak ada ketikanya tiba-tiba rasa sunyi., keseorangan dan sepi tanpa kata. Ketika itu hanya diri kita faham situasi tu, walaupon kita selalu bersama orang yang sayang kita di sekeliling tapi hati masih lagi sunyi.Entahlah acik pon faham perasaan nie dan bermain di fikiran. tiba-tiba teringin nak asingkan diri dan berseorang jauh dari yang lain...perasaan sunyi itu datang seperti ada rasa kehilangan.

Kadang saat itu, terfikir dan bertanya pada diri sendiri .Kenapa dengan aku nie ? Adakah aku sudah bersedia dengan dugaan akan datang ? kenapa dia tinggalkan aku ? aku perlukan seseorang  dan macam-macam lagi di fikiran. Puas aku sendiri cari jawapan kenapa masih lagi aku rasa sunyi dan rasa kehilangan. Mungkinkah kerana dosaku ? ataupon mungkin kerana keinginan aku masih lagi tak tercapai?

Puas cari ketenangan dengan pergi ke laut , kata orang dapat legakan hati yang sedang sunyi, tapi tetap perasaan itu datang lagi. Dengar zikir-zikir ,memang tenang tapi ada masanya masih lagi rasa sunyi itu.Bila saat ini mulalah teringat orang-orang yang pernah buat hati aku sakit sangat. Mungkin aku belum ikhlaskannya dan maafkan mereka.Bila fikir balik sampai bila aku nak terus macam tu .Sedangkan Nabi Maafkan umatnya apa lagi aku manusia biasa.

Mungkin juga Allah nak tunjukkan sesuatu, kadang kala bila orang lain sedang sedih, gundah dan hiba mereka mencari kita untuk meluahkan perasaan mereka pada kita ,kita cuba sedaya upaya luangkan masa untuk mereka. Bila tiba masa kita, semua buzy dengan kehidupan masing-masing ,bukan nak berungkit tapi itulah realiti. Maka aku cuba cari di mana rasa sunyi itu hadir .

Rupanya Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ada insan yang menyayangi kita di sekeliling sebab Allah nak kita Mengadu dan Sujud kepadaNya. Memang betul kita selalu berdoa setiap kali kita habis solat. Tapi berapa kali kita merintih dan mengadu dengan Allah saat kita suka dan duka ?? Pernah tak kita menagis di depannya untuk luahkan apa yang kita rasa.

Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”. (HR Thabarani dari Abu Umamah)

Sumpah ,bila aku sendiri berserah dan mengadu padanya, aku rasa lebih tenang, segala beban masalah aku seolah olah ada penyelesainnya walaupon aku tak tahu macam mane dan rasa sunyi itu hilang. Rupanya mungkin Allah rindu dan dengar rintihan hambanya, aku malu sebenarnya kerana Dia tak pernah berhenti untuk terus bersamaku,sedangkan aku kadang kala terleka lagi-lagi saat bergembira. Terima kasih Ya Allah kerana kau berikan kesempatan dan perasaan ini. Perasaan ini yang buat aku sedar bahawa aku perlukan waktu untuk diriku mengadu dan sujud kepadaMu :(

"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami, bantulah kami mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu, bantulah kami untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu dan terimalah segala amal ibadah kami...aamiin."





Share This!


21 ulasan:

Siti Asiah berkata...

Akak pun pernah rasa camni...;)

Aku Penghibur berkata...

yeke.. ermm ada jgk yg rasa :(

Zamani Abe berkata...

Zam pun pernah rs mcm tu.. Rasa sunyi biarpun sbnrnya ramai org di sekeliling kita

cik kaki ketawe berkata...

ye acik..ada msanya walaupun sy sedang bergembira..tetap ada sesuatu rasa yg sangat kosong...rasa kehilangan..tapi tak tahu apa yg hilang...rasa sunyi tapi sy punya ramai orang disekeliling...sy sendiri ttak faham acik...

Aku Penghibur berkata...

kan ..perasaan tu datang secara tiba-tiba

Aku Penghibur berkata...

ermm tulah ... mungkin ada hikmah semua nie :) yang kita tak tahu

Hanida Moss berkata...

bersyukurlah dengan ujian, tandanya allah masih sayangkan kita :')

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah :)

hazwan hairy berkata...

selalu mersa begini...ermm..

Aku Penghibur berkata...

yeke.. semoga di beri ketenangan

KY berkata...

kadang2 kalau kita sedikit lalai Allah akan beri kita ujian juga..supaya kita kembali sedar dan tidak terus hanyut..kan?

Aku Penghibur berkata...

betul tu kak .. ermmm

amer akat berkata...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

HAIKAL AKMAL berkata...

Saya pom ad kala rasa macam tu juga..rasa macam ad sesuatu yang tak cukup aje...hu2 buat benda tu tak kena..buat benda ni tak kena..walaupun dalam keadaan gembira tapi masih ad perasaan sunyi tu..bertapak dalam hati walaupun kecil..tapi boleh membuat diri kita rasa gundah...ya Allah ak minta maaf pada mu...dan atas semua kesalahan yang aku lakukan selama ni

minato kaizer berkata...

sekarang ni saya pun rasa sunyi...

farhan zahiah berkata...

Sy rasa sunyi.. walaupun sy ada kekasih.. hari2 menangis mengenangkan dr dia yg lupakan sy n cari bila perlu.. sy xdpt terima kenyataan dia berubah 360 darjah.. berbeza dgn diri dia yg dlu..

farhan zahiah berkata...

Sy rasa sunyi.. walaupun sy ada kekasih.. hari2 menangis mengenangkan dr dia yg lupakan sy n cari bila perlu.. sy xdpt terima kenyataan dia berubah 360 darjah.. berbeza dgn diri dia yg dlu..

yat berkata...

sabarlah wahai hati...kitalah sebenarnya yg berhak utk menentukan keadaan hati kita.

yat berkata...

sabarlah wahai hati...kitalah sebenarnya yg berhak utk menentukan keadaan hati kita.

TRADER TUTORIAL berkata...

Sunyi insyaalah hilang jika kamu 'senyum 'sentiasa biarpun kamu bersendirian. Tebarkan salam sesama kamu sekerap yang mungkin.. Assalamualakum warahmatullah

TRADER TUTORIAL berkata...

Sunyi insyaalah hilang jika kamu 'senyum 'sentiasa biarpun kamu bersendirian. Tebarkan salam sesama kamu sekerap yang mungkin.. Assalamualakum warahmatullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails