Assalamualaikum
Dikala kita sedang gelak ketawa pastinya ada mereka yang sedang sedih meratapi masalah yang di hadapinya. Kita di uji oleh Allah adalah mengikut kemampuan kita dan pastinya Allah mempunyai perancangan terbaik untuk kita. Sebab tu jangan pernah putus berdoa kepada Allah. Acik cakap seperti nie bukan bermakna hidup acik tak ada masalah, bohonglah kalau tak ada masalah .Acik pon manusia biasa. Maaf semalam acik tak sempat nak blog walking ke blog kamu semua kerana acik balik ke Subang Jaya untuk tunaikan beberapa urusan lagi.
Tadi acik check di page acik, ada junior acik hantar mesej , dan sungguh terkejut dengan apa yang di perkatakan. Secara jujurnya acik terdiam seketika .. macam-macam perangai manusia dan kadang kala di luar batasan. Lihat acik print screen di bawah
Siapalah acik untuk menghukum orang lain ?Apatah lagi untuk masuk campur dalam hidup orang lain dan membuat keputusan untuk dia. Tapi sebagai seorang manusia dan senior acik hanya mampu berikan pandangan saje.Setahu acik hukum pegang kulit lelaki dan perempuan bukan muhrim itu haram ,apatah lagi jika memukulnya.Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu Dayus, pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah @ yang sewaktu hukumnya adalah HARAM.
Pukul yang dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz, itupun
pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan
kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah.
Tapi itu untuk kepada mereka yang dah berkahwin saje,masalahnya baru couple dah boleh nak pukul-pukul ? macam mane kalau dah kawin nanti ? habis anak bini di terajangnye dan jangan jadikan mereka kaum yang lemah sebagai mangsa kerana cemburu. Cemburu itu tak salah tapi biarlah bertempat, kenapa ada rasa cemburu..?? alasan mudah, "sebab sayang lah" katanya.. habis tu
tu girlfriend memang tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki ?
Kadang-kadang di situ kesilapan lelaki, sepatutnya kita bagi ruang kepada mereka dan perempuan tu mesti tahu limit-limitnya lagi-lagi dia orang islam kan ,jadi tak payah nak serabut. Cemburu tak bertempat pon bahaya tau .
Nasihat acik pada ina, buat saje laporan polis untuk keselamatan diri, dan beri ruang untuk kamu berdua muhasabah diri terutama si kuat cemburu tu. Yelah nie baru couple dah buat macam tu, kesian anak orang , mak ayah mereka tentu tak buat macam tu . Ina jangan risau ramai lagi lelaki lebih baik dari dia.Dan ina masih lagi belajar lebih baik tumpukan pada study dulu dan paling penting berjumpa dengan counselor untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar dan biar HEP mengambil tindakan ke atas lelaki tu , Kalau ada gambar dia , meh bagi acik , biar acik pampangkan gambar dia kat blog nie biar semua orang tahu siapa dia. Sesuka hati nak pukul anak orang
Jangan kerana pekara remeh temeh orang tak bersalah jadi mangsa ,kadang kala tengok diri ko der dah cukup setia ke ? katanya jangan asyik nak cari salah orang lain saje ,abis dengan pukul anak orang tu tak salah ke ? behave your self. Sepatutnya malu kerana pukul kaum yang lemah.
21 ulasan:
Dulu masa zaman belajar ada sorg kawan rapat saya kena kes mcm ni jgk..siap kena sumpah seranah lagi..tp dia tetap syg giler kt pakwe dia tu..sebagai kawan, sekadar menenangkan je lah.
betul tu ... itu saje yg mampu kita buat .. selebihnya dia kena ambik tindakan
me pun ada kawan yg ada pengalaman mcm si Ina..as kawan me pujuk dia suruh tinggalkan.. (*kejam ke? ahaha) tapi dia still tak nak lepaskan lagi..sayang katanya..sbb dah 7 tahun..baru2 ni dh clash..huhu.. itulah namanya cinta itu buta..tak kisah kena pukul ka maki ka..yg penting ada yg sayang..tpi bila difikirkan balik ikut logik..masa couple dh angkat tgn kaki..nnt dh kahwin? bayangkan.. :)
hishh3, tu baru kapel xkawen lagi kan..kalau dapat lelaki yg macam tu baik tak payah go on, tak kapel pon xpaa, xrugi pun..haishhh..macam2..huhu..
lelaki cemburu:parah~pukul memukul,
perempuan cemburu:pun parah~sampai bunuh diri
sepatutnya mengambil iktibar,bincang bersama & perbetulkan kesalahan yang lalu..
*Kembali diri kepada Allah,kerana dia dapat membantu kita dalam kesusahan&kesenangan
Salam Acik,
Kerana cinta itu buta, jgnlah sampai kita buta hati dan pegangan. Elok buta jer mate tu!
Kenapa nak bercinta sedangkan anda merana? Apa faedahnya...sedangkan anda masih belum mencapai cita2?
Sedarlah.. Anda masih mempunyai ibu bapa, rujuklah kpd mereka. Kita masih mempunyai undang2 untuk membela anda.
Dan ingatlah...Allah sentiasa akan membantu hambanya, dekati dan ikuti segala perintahnya.
ermm tulah ...fikir elok2.. cinta sampai sakit2 badan ?? ohh noo
betul tu ..single is more batter than couple kalau ginilah caranya
betul tu ... mmuhasabah diri :) Dia Maha Mengetahui :)
walaikumusalam.. benar sekali BM ... cint itu sepatutnya mebahagiakan bukan menyeksakan
eh dayusnya klo cmtu...adoi org2 skrg ni kan! haha...muda lg ke dorg ni?klo muda lagi xyh lah ebrcinta lg :-)
iskkk kwangjak nye laki mcm tu...ambil kesempatan kelemahan perempuan! kalo saya memang kaki la makan die...huhuhu
yup masih muda lagi ..dalam lingkungan 20 an lagi
kan ... geram jgk ..tapi nk buat mcm mane ..kita mampu nasihat saje..selebihnya terpulang pada mereka
maaf la kan...tp lelaki jenis apa lah mamat tuh? ppuan bukan adik ke or wife dia...beriya nak pukul...baru couple..ishh...memang emo betullah kalau kes2 gini...nasihat sy untuk budak tu tinggalkanlah lelaki macam tuh...kalau dah belum kawen dia dah buat gitu...tak mustahil kawen nanti lg teruk..ye manusia boleh berubah...tp kita kalau nak cari biarlah yg baik akhlaknya...apa-apa pun mohon lah petunjuk dr Allah...segalanya datang dan kembali semula pd Allah...Dia maha mengetahui
mampu nasihat jgk...alhamdulillah tak pernah jumpa laki mcm tu...apa pun moga ada jalan penyelesaian...
betul tu ... berdoa pada ALLAH ..dia maha mengetahui :)
amin mudah-mudahan
assalamualaikum ... masalah yg saya nampak ialah ina tak berani tinggalkan lelaki tuh . Kenapa ? mungkin lelaki tu ugut dia simbah asid ker atau ada rahsia antara mrk yg bila didedahkan akan memalukan ina ... klu ina x blh tgglkan lelaki tu sbb cinta , dia x kan minta tlg dari acik ... sbb tu ina lbh rela didera ... cemburu ni sgt bahaya ... blh jadi cam kes bunuh student ukm satu masa dulu yg jadi cerita hot kat media ... mungkin beritahu pd ahli keluarga dia adlh penyelesaian terbaik utk hentikan penderaan tu ... cuma perlukan pertlgn org lain / third party tanpa bf ina ketahui ... klu acik berani tlg utk niat baik ... insya Allah , Allah akan permudahn urusan ... penyakit cemburu ni adlh penyakit yg sgt bahaya ... atau mungkin juga ina cuma cipta cerita utk disensasikan ... wallahhu 'alam .
nauzubillahi min zalik.~
3thn..? cmne die le brtahan...?takutnye dgn laki cmtu...hrap2 nida dijauhkn dri laki cmtu...
Catat Ulasan