Assalamualaikum
Tengah seronok baca kisah Nabi dan para sahabat, acik terbaca tentang sebuah kisah yang bermakna tentang Saidina Omar Al Khatab bersama seorang pemuda.
Ceritanya bergini, Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong
dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan
pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang
engkau bawa
itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan
ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang
dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya
yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari
terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu
dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
Khamar itu adalah arak
Pengajaran yang dapat kita ambil di sini adalah jika benar kita ingin berubah ( benar-benar taubat) dan ikhlas dengan niat kita pastinya Allah akan makbulkan dan terima taubat kita. Yakinlah pada Allah dan mari kita muhasabah diri untuk memperbaiki diri kita.
27 ulasan:
Insaf pepagi... T_T
;-) sesama kita muhasabah diri
Assalamualaikum..salam jumaat.cerita yang penuh pengisian untuk dijadikan muhasabah diri...
waalaikumusalam... salam jumaat semoga ada sedikit iktibar untuk kita
Cerita yg penuh pengajaran utk kita semua.. ∩__∩
Assalamualaikum Acik,
Allah SWT itu Maha mengetahui lagi Maha mengasihani. Mohonlah keampunan dan bertaubat.
Sesungguhnya kita insan yg lemah, tidak dpt lari dari melakukan dosa.
Kisah yg memberi iktibar buat saya dan kita semua. Thx Acik.
p/s: Jom ke masjid..
:-) nice entry insaf bace ..tetiba balik tegok diri sendiri ..huhu banyk lagi kekurangan diri y prlu dibaiki nh
subhanaAllah...nice sharing acik.. :') muhasabah diri....
Allahu Akbar... T_T kita je sombong xnak bertaubat.. Astaghfirullah, terima ksh acik kongsikan kisah ni..
walaikumusalam .. alhamdulilah BM mari kita muhasabah diri
tak pe ..samelah acik pon banyk kekurangan ... sama2 kita baiki diri :)
alhamdulilah sesama kita muhasabah diri
sama-sama walaupon kisah yang simple tapi penuh bermakna
harap2 jauh dr prangai sombong
p/s: bro, sorry bro, huhu.. aku bru jer duk godek twitter td, 1 feb lepas bro minx cdgn.. sori sgt, twitter juz untk share entri jer.. srry.. tggu entri aku mlm ni, aku akan cube aktif lam twitter :(
http://www.paly.my/2013/03/mintak-maaf-kepada-rakan2-blogger.html
srry sgt2 :(
Alhamdulillah.. kisah ni memang penuh dengan pengajarannya.. moga kita juga beroleh ibrah darinya..
assalamualaikum ... janji Allah , sebanyak mana pun kita membuat kejahatan , asalkan kita bertaubat , Dia akan terima taubat kita ... akak ada seorg kwn fb yg selamba jer tag photo dia minum arak kat club malam ... x tau camna nak tegur ...
Berarti kuncinya kalau kita ingin bertaubat harus benar-benar dan sungguh-sungguh ya kawan.
Postingannya sangat berguna sekali
Terima kasih sudah berbagi
subhanallah. ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.
terimakasii tuk artikelnya.. moga bisa memperteguh keyakinan kita semua :)
Belajar Photoshop
okay, tazkirah utk diri sendiri. smoga aku hurmm mampu ambik iktibar
ermm kita buat apa yang termampu,.paling tidak tegur dalam hati walaupon ianya selemahlemah iman
betul tu, kita kena bersungguh2 dan tak ulangi kesilapan
allhuakbar :)
sma2 :)
jom muhasabah diri :)
amin mudah mudahan :)
Catat Ulasan