Assalamualaikum
Duduk dalam bergelap menunggu detik detik untuk laptop padam kerana sekarang sedang blackout. Fuhh tiup kiri kanan untuk sejukkan diri. Kadang kala apa yang kia buat nie semua salah di mata orang lain ,memang benar kita tak dapat puas hati orang yang ada di sekeliling.
Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..
Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..
Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..
Bila ada perempuan pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila ada perempuan pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..
Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..
Bila kita buat blog orang kata sibuk nak kejar famous dan duit
Bila kita tak buat blog kata ko patut buat blog sebab ada idea
Dan
sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang
kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat
salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang
mengata.. ingat pesanan ini :-
Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah
pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..Apa pon kita kena ikhlaskan setiap tindak tanduk kita. Kita yakin Allah tahu apa yang kita buat dan biarkan orang-orang yang hanya pandai kata bila dia di tempat kita baru tahu bagaimana rasanya.
"Ya Allah, tolonglah aku dalam mengingat-Mu, dalam bersyukur kepada-Mu dan dalam melakukan ibadah yang baik kepada-Mu."
-(HR. Abu Dawud)-
24 ulasan:
pedulikan jer cakap orang Acik.. yang penting, kita tahu apa yang kita buat..
"Tak mati dek keji, tak hidup dek puji"..
salam acik.. sorry dah lama tak datang sini, bz dengan kuliah... hmm.. mulut orang biasalah kan..kalaulah boleh tutup macam tutup periuk, kan bagus.. hehe
betul tu cikgu ..terima kasih peringatannye
Acik ada masalah ke ni? hmm jangan peduli ckp org ok..buat derk je..
Bila saya ambil keputusan berhenti kerja sebab ikut suami, ramai pakat kata "rugi ar belajar tinggi2, pastu tak kerja"..
ermm entah la mieza.. manusia nie ..suka judge kita sesuka walhal tak pernah kenal kita ..erm
walaikumusalam... tak pe :) acik faham
Yang penting, keputusan kita adalah yg terbaik utk kita. Usah peduli ckp org. Mereka hanya bg pendapat yg sesuai dgn mereka saja.
nak puaskan hati manusia ni sampai mati pun belom tentu boleh., sbb tu saya tak ambil peduli sangat dengan kutukan mahupun pujian manusia.
orang kutuk tak bagi kesan apa2. Yang bagi pujian pun tak bagi kesan apa2.
Apa yg penting tu adalah pandangan ALLAH kat kita. Sepatutnya kita khuatirkan tentang penilaian ALLAH kat kita. Kalau ALLAH kata kita bagus/baik, satu dunia ni pun takkan mampu nak lawan. Kalau satu dunia ni pulak kata kita bagus/baik, tp ALLAH sebaliknya. Hati-hatilah. Mohon ampun dari-NYA.
Entry yang baik :) moga kita beroleh ibrah daripadanya.
takpelah ... apa pon kita serahkan pada Allah .. dia lebih tahu yang terbaik untuk kita :)
terima kasih atas nasihatnye :)
betul..yang penting pandangan ALLAH,not manusia :)
Salam Acik...
Buatlah perkara yang baik yang telah di ajar Rasulullah dan yang di perintah Allah.
Apa orang kata itu urusan mereka dgn Allah.
walaikumusalam.. benar sekali .. terima kasih
betul tu ..pandangan ALLAH itu yang sangat kita perlukan
yg penting jaga tingkahlaku dan peribadi kita, kalau itu yg terbaik..kenapa harus peduli kata orang? asalkan kita tidak melanggar batasan agama kita
Biasa la manusia mmg begitu hmmm
saya tak kisah apa orang nak kata . Apa yg saya buat adlh yg terbaik utk diri saya . Allah lebih tahu malah Allah juga yg memberi pertolongan . Asalkan apa yg saya buat itu tak menyusahkan org lain dan x terkeluar dari hukum Allah .
betul tu KY... kadang sakit telinga nie nk dengar
ermm betul tu vee .. :) Allah maha mengetahui :)
Sangat2 bersetuju.. buat je apa yang kita rasa nak buat dan benda tu betul. sebab kalau nak bagitahu orang, yang solat tu wajib tak semestinya kena hafal quran dulu baru boleh cakap pasal tu kan. Apa yang kita tahu dan rasa boleh membantu orang lain, teruskan je~ :-)
Ye betol tu Hasri, komen yg terbaekk..
Assalammualaikum. Saya mintk pendpt sikit blh, apa perlu saya buat bila semua orang keliling saya benci terhadap saya, mereka semua memandang saya sebagai yng membebankan hidup diaorang semua.
Sampai hal saya nk khwin pun ramai yang menghalang dan menentang 100 peratus, sya da buntu,apa perlu saya buat
Catat Ulasan