Assalamualaikum
Selamat beristerehat di hujung hujung minggu nie, hari nie acik nak buat satu entry yang simple saje, lagipon hari nie plan nak berdating dengan mak nak teman dia berbelanja. Kebetulan semalam teman mak ke pasar dan terlihat pelbagai jenis sayur dan macam-macam lagi tapi acik tertarik dengan bungkusan surat khabar yang di saluti dengan daun hijau dan apabila di buka terlihat benda putih yang di beri nama tempe
Siapa
yang tak kenal tempe, makanan yang kaya dengan zat. Sekiranya budu
sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe
pula sinonim dengan orang Jawa.
Apabila mengetahui khasiat tempe, pasti kita tidak sangka bahawa orang dahulu lebih bijak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat. Walaupun tiada asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi, mereka dapat mencipta makanan yang berkhasiat malah terkenal sepanjang zaman sehingga ke hari ini.
Ahh jangan tak percaya pulak tempe boleh mencantikkan wajah , sebab nutrisi serta kebaikan yang ada dalam tempe ini memberi kesan yang postif dan pastinya tempe tanpa bahan kimia dan bahan awet
Sedap tau tempe nie ..favorite acik, lagi-lagi di goreng bersama sambal , di goreng dn di cecah dengan kicap. Sedapnya. Rugi kalau siapa yang tak makan tempe.Begitu klasik tempe nie , harganya murah tetapi penuh dengan khasiat. Oklah malas nak panjangan lebar. jom ketahui khasiat tempe
Jom tengok apakah nutrien yang ada dalam tempe...
- Vitamin B2 (riboflavin) - pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel
- Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang
- Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
- Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
- Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
- Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)
- Protein, karbohidrat, dll...
Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda

36 ulasan:
sedapnya tempe...ada orang cakap tempe boleh kuatkan ingatan jugak. so dulu time blajar kila slalu makan tempe dekat2 nak exam, dengan harapan dapat hafal buku network yang tebal2 tu hahahaaa :D
tapi kan..tapi kan...saim BK ada oyak yang tempe boleh buat gout ek?BK hantu tempe gak ni
ohh yeke baru thue.. mungkin sebab sumber utama kacang soya tu :) terima kasih sharing
ermm tak thu plk ..tapi apa pon dalam dunia nie ada kebaikan dan kelemahannye :)
morning ^^
owh tempe mmg byk khasiat,mmg btl pnh bc artikel mengatakan tempe blh krgkan risiko tkena kanser.suka makan sambal tempe ikan bilis dan tempe grg garing2 cicah sambal kicap cili padi perghhh tak toleh lauk lain dah!
morning ..betul tu ..mcm2 lagi kelebihannye... :) wow sedap betul... suka jgk :)
Masa pergi kursus herba dulu..ada pakar perubatan bgtau yg tempe ni boleh buat kta awet muda..(jika selalu mkn) tp kt Terengganu mcm xramai suka tempe.. but, i like!
Bagusnya Acik ni, siap teman mak pergi pasar.. Saya pn selalu jgk teman suami pergi pasar.. Hihihi
mmg la ..ia popular kalangan orang johor dan orang jawa.. tapi hebatlah orang ganu makan tempe
hehehe bukan suami teman mieza pergi pasar ehh .,.hehehe terbalik :)
Look adakah saya nampak awet muda? haaahhaha perasan
Yap..saya xkeluar rumah melainkan ikut suami pergi pasar hari jumaat or sabtu..dia akan ajak saya..hehe
wahhh untunglah awek muda ;)
assalamualaikum ... tempe mmg feveret Vee . Maklumlah org jawa johor . Vee suka goreng garing dengan perasa . Pas tu wat kudapan mkn depan tv . Anyway ... nice info ...
ohh yeke ...wahh untungnye
walaikumusalam :) yup sedapkan hureyy rmai yang suka
tempe benar-benar sangat kaya gizi, dan bisa mempercantik wajah, tentunya juga bisa membuat wajah jadi lebih tampan...ahhhaayyy :)
salam hangat selalu dari Makassar - Indonesia :)
saya suka tempe gorengggggggg. hahahaha. tp still berjerawat jugak :D
hehehe .. jerawt tu bab lain .heheh tgk ok jer :)
dulu mak aku selalu paksa makan tempe ni ~ katanya boleh bagi jadik pandai... hohoho... tapi sekrang ni tempe tuh mcm feveret... mesti nak ratah je...uhuhuhu
hhahha good bro ...tempe mmg sedap :)
tak pernah makan sampai "kena paksa" ngan mak angkat masa join program kat sabak bernam.. tapi skrang nih dah jadik favorite.. asal jumpa ja mesti nak ambik skalik..
sgt xbrpa suka ngn tempe..haha
cuba 2 masakan paling sebab tu pasti nak lagi :)
uik sedapnya,, ya Allah... nak makan tempe + ikan bilis..huaaa balik malaysia minta ajar buat tempe..manalah nak dapat tempe d Moscow ni
assalamualaikum ....sedapnya kalau dpt makan tampe...:)
wuah! pasni nak mam tempe byk2 r bro hihihi...pergh! banyak pula kebaikkan tempe ni yew~thanks bro~~
Salam Acik,
Oh..macam tau2 jer BM minat tempe hehe..he
Kesian kat +Nina Maslizza tu, balik M'sia nanti mkn le tempe puas2 ye.
Khasiat tempe memang tidak dpt di sangkal lagi, tapi tak kiralah apa makanan sekali pun...makan kenalah berpada2, jgn sampai khasiat menjadi mudarat.
sedapnya tempe goreng cicah sambal kicap :) Ssstt...lama da x merasa.
nanti balik malaysia makan puas2
walaikumusalam ...memang sedap kak :)
tempe ni kalau potong nipis2 dan goreng memang best...kaya B kompleks bagus utk ingatan....sama mcm makan kismis jugak...
walaikumusalam :) benar sekali .. mkn berpada2 nanti lain plk yang jadi
mmg sedap tu bro ..nyum nyum
betul tu :) (Y)
Salam,
Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari sekarang ada kanser perut tahap akhir.
Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada tambahan dalam ragi.
Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang mereka tidak peduli.
Sekarang semua nak cepat dan nak buat duit banyak.
Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
Saya harap, anda dapat memberikan maklumat yang betul kerana anda mungkin menyebabkan ramai orang kena kanser.
Thanks
Catat Ulasan