Assalamualaikum
Hari jumaat hari penghulu segala hari , hari ini seperti biase acik nak kongsikan kisah teladan kepada kamu semua. Kisah ini sangat menarik dan nampak keperipadian unggul Rasullulah saw. Jom hayati kisah ini .
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis
Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu
berkata "Wahai saudaraku jangan dekati
Muhammad, dia itu orang gila, dia
itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian
akan dipengaruhinya". Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah
s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu
walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang
bernama
Muhammad. Rasulullah
s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad
s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah
s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

35 ulasan:
sungguh mulia nabi junjungan kita.. masyaallah meremang bulu roma membaca kisah ini..
Salam Acik,
Kisah ini telah berulang kali diceritakan tapi tidak pernah sekalipun jemu membacanya. Setiap kali membacanya bagaikan ini yang pertama kali, menusuk kalbu dan menitis air mata...Betapa tinggi, unggul dan mulianya darjat Rasulullah.
Marilah bersama2 berselawat ke atas Nabi Junjungan kita.
Allahuakbar...
nice sharing acik..May Allah bless u..
Subhanallah...maha suci kisah-kisah nabi Akhir Zaman (Nabi Muhammad s.a.w)....
Begitu indahnya budi pekerti baginda Rasulullah...semoga menjadi amalan kita umatnya..
nota kaki...terasa kerdil bila menbaca artikel nie...indahnya baginda....
Subhanallah...^^
eh, entri kita sama lah :)
http://iinkamheelaputri.blogspot.com/2011/10/rasulullah-saw-dan-pengemis-yahudi-buta.html
mohon share ye
subhanallah..indahnya akhlak rasulullah
wasalam.. Kalau baca kisah Nabi Muhammad SAW nie mesti nak nangis.. Keperibadiannya Allahuakbar terlalu indah. Kalaulah semua umat Islam begini tak mustahil orang kafir pun banyak masuk Islam dan orang Islam bertambah sayang menyayangi :) suka entry nie..
subhanallah.
tak tau nak taip apa, pernah baca jgk tp mesti tak habis. Thanks for sharing this.
Sedihnya..nak mengalir air mata membacanya.. mak saya dulu pernah dihina...tp tiap kali dia susah, mak tolong..smpai la dia lembut hati dan tidak menghina mak lagi..
assalamualaikum ... jika kita nak hulurkan bantuan , hulurkanlah dengan ikhlas tanpa membezakan warna kulit , keturunan , bangsa dan agama ... Sesungguhnya Allah juga tidak memilih umtuk memakbulkan doa makhlukNya - " doa ory yg teraniya itu makbul walaupun ia org kafir " ... wallahu'alam .
sebaknyaaa.. mulianya Baginda.. Allahu Akbar.. Allahumma Solli 'Ala Muhammad :')
betul tu ,..sungguh mulia baginda .. sedih jgk bce :(
wslm.. benar sekali.. berkali bace cerita nie ..tak pernah bosan ..dan semoga kita ambil iktibar
allahuakbar.. ambil ikitbar dari sifat mulia baginda
itulah acik pon sama ...rasa diri nie kerdil sangat
silakan :)
betul tu ..indahkan akhlak baginda
betul tu ... kita perlu berikan contoh yg baik untuk orang bukan islam...
wahh hebatnya mak awk... berikan kebbaikan walaupon di hina
walaikumusalam.. betul tu ..semuanye perlukan keikhlasan
allahuakabar !!! hebat baginda
pernah dengar kisah ni...terima kasih bro sebab berkongsi... :)
Keperibadian baginda terlalu tinggi....bangga menjadi umatnya.
banyak kali dengar tentang kisah ni. bila baca ni,malu pun ada. rasa tak layak nak jadi umat Nabi Muhammad. Tapi bersyukur dapat jadu umat Nabi..dapat banyak kelebihan .alhamdulillah moga Nabi memberi syafaat pada kita semua,umat baginda. amin ya RAB ~
tiada siapa yg sabaik2 baginda saw...
Sebak bila aku baca entry ni trutama part yg last tuh...Pengajaran yg baik tuk kita pikirkan bersama...Thanks bro. !
terharunya baca entri nih.. Alhamdulillah, semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.. TQ acik
kisah tauladan
kisah tauladan
patutlah jadi panutan kito orang..hehe..
kekasih ALLAH yang mulia
membaca kisah-kisah Baginda selangkah membuatkan kita rasa cinta terhadap beliau. subhanallah
Pernah dengar cerita ni dulu2..dekat sekolah, ustaz cerita..Sangat2 menarik. MasyaAllah..mulia sungguh budi pekerti Baginda. Kalau saya sendiri, memang berdendamlah agaknya. Baginda memang contoh terbaik umat islam. Bangga dapat jadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
ustaz kat surau selalu kisahkan hal ini terutama bila sambutan maulidurrasul...itulah sifat yg terpuji...nabi kita Muhammad saw
Catat Ulasan