Pengikut

Khamis, 28 Mac 2013

Lelaki Patut Tahu Perempuan Takkan Marah Kamu Tanpa Sebab, Takkan Menangis Tanpa Sebab,Semuanya Bersebab




Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie acik lebih semangat untuk tulis entry , dan ini merupakan permintaan seseorang di email acik , hari nie dah hampir 17 email di hantar untuk ingatkan acik untuk memberikan pendapat dan memberi kesedaran kepada kaum ku adam. Yelah yelah ,acik sekarang nie jarang buat entry tentang cinta melainkan ada permintaan

 Please jangan biarkan kaum Hawa menagis sebab kamu, jangan biarkan mereka menderita sebab kamu juga. Hari ini acik sempat berhubung dengan kila , kila nak ceritakan something pada dengan kila.jom bace perbualan kami.

Kila : Assalamuaikum acik, maaf satu hari nie kila asyik hantar email kat acik saje, sebab kila tak tahan lagi dan tak tahu dengan siapa kila nak bercerita dengan acik kila percaya sikit dan kila mohon acik share di blog acik.

Acik : walaikumusalam,  tak jadi masalah, isnyaALLAH apa yang mampu acik bantu acik akan bantu dan apa yang acik mampu nasihat pastinya acik akan berikan nasihat. 

Kila : Macam gini acik, kila sebenarnya tak tahan lagi, pertama sekali teman lelaki kila , dia selalu mahu uji kila, Kononnya nak tengok kesetiaan kila pada dia. Pernah satu hari tu dia bawak ex girlfriend dia jumpa dengan kila dan kila ok jer sebab kila percaya pada dia. Tapi bila di biarkan mereka masih lagi berhubung dan hampir setiap malam mereka mesej. Dia jujur dengan Kila bila kila tanya dia mesej dengan siapa ? dia jawab dengan ex girlfriend dia. Perasaan mula dah tak sedap nie, kila cakap dengan dia kenapa still kerap mesej dan call dengan dia, kata dah tak ada apa apa hubungan. BF kila hanya kata mereka sekadar kawan dan Kila terlalu defensive dan cemburu buta.

Acik : ohh yeke, so apa tindakan kila ? biarkan saje ? mungkin dia nak uji Kila lagi kot.

Kila : mungkin jugak acik, kila pon berfikir macam tu. Tapi sebulan lepas tu , Kila pelik juga dia jarang hubungi kila ,bila kila call dia kata dia sibuk dan banyak assigment. Bila Kila ajak jumpe , dia bagi seribu satu alasan. Kat kepala nie acik macam macam kila fikir. Sampai satu tahap kila dah face up. Kila sayang dia, dia memahami kila, dia selalu jadi pendengar yang baik bila kila ada masalah dan selalu ada untuk kila.

Dan seminggu lepas tu, kila ternampak di fakulti , dia jalan dengan ex girlfriend dia .Masa tu apa lagi dengan perasaan marah pergi berjumpa mereka berdua. Alasan Bf kila senang je, mereka ada discussion dan ada kerja yang di buat bersama. Kila hanya mampu bersabar dan bersabar.

Lepas kejadian tu, BF kila selalu contact kila , tapi itu pon contact sebab tak ada duit dan nak pinjam. Katanya dia ada banyak assingment dan perlukan duit dan dia janji nak pulang balik. Suatu hari kila ajak bf keluar yelah dah lama tak sama sama keluar macam dulu. Bila jumpa kila ,kila rasa kelakuan dia pelik, mula pegang pengang tangan kila dan badan kila. Bila kila menolak dia kata kita tak sayang dia. Kila tetap menolak dan Bf kila bengang dia cakap kenapa Dia dan perempuan lain boleh pengang pegang  tapi kenapa dengan kila tak boleh ?? Kila terkejut dengan dengan apa yang di katakan.. lama jugak kami tak contact selepas kejadian tu

Baru baru ni dia telefon kila bagitahu yang dia di tangkap basah dengan bekas kekasih dia. Dia minta kila jamin dia dan berjanji akan berubah. .. acik apa perlu kila buat sekarang nie ??  Hati mana tak kecewa, Lelaki Patut Tahu Perempuan Takkan Marah Kamu Tanpa Sebab, Takkan Menangis Tanpa Sebab, Takkan Tawar Hati Tanpa Sebab, Semuanya Bersebab.Hati kila saat ni hancur dan hilang kepercayaan pada lelaki.


Acik : Kila tenang dulu, sekarang nie kila dalam keadaan serabut dan tak tentu arah. Banyakkan selawat , berikan masa pada kila. Tapi satu saje pesan acik pada kila. Lelaki yang baik adalah lelaki yang membawa kila kearah kebaikan bukan menjerumuskan ke lembah maksiat. Kila untung ALLAH masih lagi selamatkan kila ,dan tunjukkan perangai sebenar dia. Satu lagi acik mohon , jangan manjakan dia dengan duit, bila dia minta kila bagi saje.. itu bukan cara yang betul. itu bukan tanggungjawab kila untuk ikut telunjuk segala kemahuan dia. Dah terkena baru nak tahu nak ingat kila. Kila fikirlah betul betul , jangan ambil tindakan terburu buru.Jangan sebabkan satu lelaki hilang kepercayaan pada semua lelaki. Berikan masa untuk diri kamu, ini ujian ALLAH dan merupakan peringatan ALLAH untuk kamu.

Kawan kawan semua ..acik mohon pendapat dan padangan kamu terhadap hal ni. Mari sama sama berikan pendapat kamu untuk berikan semangat pada kila.




Share This!


33 ulasan:

Mieza Jhaa K berkata...

Betol dah nasihat Acik tu.. lelaki yang baik adalah yang membawa kita ke arah kebaikan.. Baik lupakan saja lelaki tu.. Tiada yang lebih agung dari cinta selepas kawin...

Aku Penghibur berkata...

betul jgk tu ...ermm acik jadi speechless

Seneorita Baharin berkata...

Hmm memang ada lelaki yg mcm tu..ambil kesempatan dgn kebaikan kita... Sbg perempuan walaupun kita sayangkan bf kita tu, tp jangan laa melebih lebih sehingga dia boleh pijak kepala kita, xde duit baru cari, bf apa mcm tu, kalau kawen mcm mn pulak nanti kan..lepas tu kena tangkap basah suruh kila jamin pulak kan, kalo mcm tu nak lg ke lelaki yg xbrtnggungjwb mcm tu..sorry to say, lebih baek tinggalkan je lelaki yg mcm tu...Doa dan mintak jodoh yg baek2 dan berusahalah berubah utk menjadi wanita yg lebih baek..In shaa Allah, satu hari nanti pasti Allah beri jodoh yg baek utk kita...

alamak terkomen panjang pulak..hee :)

Ara Nadea berkata...

kila perlu jujur dgn diri sendiri.. walaupun masih sayang, tapi kila tak boleh terus biar diri terperangkap dalam penjara permainan lelaki tu.. memang dia berjanji utk berubah, semua manusia perlu diberi peluang.. tapi sejauh mana hati boleh bertahan.. berapa banyak air mata yang kila nak terus titiskan utk seorang lelaki yg belum tentu jodoh kila..
ini saja lah nasihat aku buat si kila ni...

Bin Muhammad berkata...

Salam,
Inilah selalunya terjadi, perempuan kalau bercinta..sepenuh hati hingga sukar utk terima kenyataan. Dan itulah juga istimewanya hati seorang peempuan.
Buat Kila, terimalah kenyataan...Bersyukur kerana Allah memberi petunjuk sebelum terlambat. Lupakan yg telah berlaku, hikmah besar menanti dihadapan. Dekatkan diri pada yg Esa.

baby comel berkata...

Nak ckp apa lg kan. Mudah je sebenarnya. Pertamanya, he takes u for granted. Dia tau kelemahan sense orang pempuan bila kita sayang dan cinta dia pasti kita sanggup buat apa she utk nya.. Tapi bukan semua pempuan boleh diperbodohkan. Dan sebagai perempuan janganlah biarkan diri kita dibodohkan sebegitu rupanya. Memang betul, Bukan semua manusia itu sempurna, tapi kalau Dari awal kita dah nmpak permainan dia... Perlu ke kita nak terus bermain cak cak lagi? Bersabarlah.. Kalau kita berada Di tempat yg benar pasti Allah akan menantu memberi Jalan ke kuar buat kita

baby comel berkata...

Eh banyak betul typo kita tulips malam ni. Erk harap acik paham la eh. Hehehe. Maaf kalau bahasa yg agak kurang menyenangkan kt atas tu

Wanie Zunidan berkata...

Segalanya kembali kepada Allah , ada hikmah setiap apa yang terjadi dalam hidup kita .

Nao Mei berkata...

Bagi cik akak ler dik...biar sejauh mana kita sayangkan lelaki...biarlah kerana Allah...kerana DIA lah kita dipertemukan sebegitu sebaliknya...Allah memang bagi kita persinggahan...tapi sebaliknya...antara bersama atau tidak akhirnya....Allah dah tunjukkan yang Bf kila tu bukan yang terbaik utk kila...kila kena redha...terima Qada & Qadar Allah...Kila jangan sesekali menindak ketentuan Ilahi...InsyaAllah...DIA pasti pertemukan jodoh yang terbaik untuk kila...cuma satu yang termampu cik akak pesan...Cintalah seseorang lelaki bila dia menjadi halal untuk kita & cintailah hanya kerana Allah...InsyaAllah hasil indah dik...

Pesanan untuk kaum Adam...Menyintai biarlah niat ikhlas menikahinya...Jangan menyintai kalau ingin menyakiti...lepaskan dia...sekurang-kurang bagi dia cari cinta dia..

maaf dik komen pjg sikit..

Iha Zaliza berkata...

nasihat acik yang last tu dah betul dah.. harap Kila tabah hadapi dugaan ni..
kalau perempuan dah kata marah, dia memang maksudkan marah, cuma senang nak lembut balik kalau dapat pujuk rayu dari orang tersayang.. jawapan dah ada pada ekspresi pertama kita, apa yang kita rasa dan apa yang dalam hati kita kata.. sebab tu ada yang pesan ikut kata hati sendiri, bukan ikutkan nafsu.. kalau Kila betul2 marah, tunjukkan kemarahan dia.. tapi dalam masa yang sama maafkan kesalahan bf dia.. maafkan tak bermaksud suruh lupakan perbuatan kekasih dia kan.. sekian pendapat panjang dari sy.. :)

Aku Penghibur berkata...

terima kasih atas pandanganye :) tak pe pnjg2

Aku Penghibur berkata...

betul tu ..kita perlu jujur pada diri sendiri.. tak akan nak biarkan hidup merana hanya kerana cinta ???

Aku Penghibur berkata...

wslm BM tepat sekali ...terim kenyataan walaupon pahit dan kita muhasabah diri

Aku Penghibur berkata...

tak pe :) acik faham apa yg nak di sampaikan :)

Diari Si Froggie berkata...

org perempuan nie satu je lemahnya kalau sayang2 sungguh kalau percaya, percaya sungguh (termasuk aida.. haha) Sadis jugak kisah Kila nie.. nak uji pun agak2 lah kan..kalau aida jadi Kila nie tak mo dah dengan lelaki tu. Dah pandai pegang2 pulak.. dah lah bila susah baru nak carik kita. Huh! emo rasa.. hiks. betul ape yang acik pesan last sekali tu aida setuju.. apa2 pun Kila buat lah solat istikharah solat sunat mohon ketenangan hati ditunjukkan jalan yg benar oleh Allah.. InsyaAllah Allah akan bantu :)

Azwar Syuhada berkata...

Tepuk dada tanya selera.. Kalau lelaki itulah jodoh Kila, nak lari kemana pun, tetap jodoh Kila. Tapi kalau bukan jodoh Kila dengan lelaki itu, dia tetap tidak dapat. Kalau belum ada apa-apa ikatan dan dia dah mainkan perasaan, baik kila tinggalkan sahaja. Dan carilah orang lain yang lebih jujur dan boleh mendamping. Yang pasti, tiada insan di dunia ini yang tidak melakukan kesilapan.. :)

Aku Penghibur berkata...

terima kasih atas nasihat nie untuk kila ..suka ayt nie (Cintalah seseorang lelaki bila dia menjadi halal untuk kita & cintailah hanya kerana Allah...InsyaAllah hasil indah )

Aku Penghibur berkata...

terima kasih atas nasihat untuk kila .. yg pastinya kila kena yakin setiap tindakn yg kila buat

Aku Penghibur berkata...

setuju dengan awak .. buat solat istikaroh :) mohon petunjuk Allah

Mar Haini Abdul Rahim berkata...

honestly, kila.. lupakan jela lelaki tu. huu dia xcukup baik untuk kila yang berkali-kali lagi baik.. 1st of 1st if dia baik, dia xkan kontek ex dia kalau dia syg kila, xde istilah nk uji. kita bkn patung, kt ade perasaan. serius, tumpng sedih utk kila, 2nd die kua ngn awek, 3rd cri kt time susah, 4th nak sentuh2 maruah kt, 5th kena tgkp bsh, bape byk die dh sakitkan kila ? nk compre dgn sedikit kebaikan yg die ade.. mcm acik cakap, Allah sygkan kila sebenarnya.. lupakan dia kila, kila berhak dpt yg jauh lebih baik. Smg kila terus kuat :')

Aku Penghibur berkata...

pastinye setiap apa yg berlakui ada hikmah yg kita tak ketahui

Nao Mei berkata...

Moga perkongsian pendapat nie..adik kila dapat hidayah dan petunjuk yang terbaik...amin

Faridzuan berkata...

That's why saya tak pernah bercinta sampai sekarang. Nasib baiklah orang yang saya suka tu dah ada teman lelaki, eh ke situ pula. Saya tunggu nak kahwin je, hehehe. Bercinta selepas kahwin akan buat suami dan isteri lebih bertanggungjawab. :)

hana hadi berkata...

harus dn wajib lupakan lelaki itu. haa kenapa mintak bantuan dri kila pasal tangkap basah tu. jumpa la famili dia sndiri. Kila tu cuma gf je xda ikatan apa pun. jadi xpayah senang2 nk jamin2 yang belum tentu dia berubah or x.Hana rasa kan dia xdapat kila, dia buat la perkara tu kat ex dia.boleh jadi kena tangkap basah.

Kalau psal perkara dia keluar dengan ex tu hana xkisah sangat. tapi masuk yang tangkap basah tu yang hana kureng sikit

Musa Mahmud Zaim berkata...

cinta adalah suci , cuma di kotori oleh nafsu . smoga dgn entry ni kita smua dpt muhasabah .

Lina md. munir berkata...

Tak dapat nak berikan pendapat sebab semua dah dijawab oleh para pegomen di atas. Semua pendapat di atas benar belaka :-)

Nina Maslizza berkata...

thumbs up for tis post n thumbs up for jawapan Acik pasal lelaki tu. Dah tangkap basah,kita dah dapat gambaran mengenai peribadi lelaki tu. So, takkan lah Kila nak lelaki mcm tu jd Imam family Kila.. +, lelaki tu mcm prgunakan Kila y ada perasaan kat dia..pinjam duitlah,jaminlah.. Don't u have maruah?

Hatimi Tahirruddin berkata...

simpati dgn kila...kalau tgk daripada entri ni mmg terserlah yg lelaki tu tak serius...dia sekadar nak isi "kesunyian" dia je...yg mana sempat dia rembat...hehe sori terkasar bahasa...

PS: setuju dgn semua komen di atas terutama sekali pendapat acik dalam kes ni...

boni kacak berkata...

setuju tu.. jangan manjakan dia dengan duit.. dan, lebih baik biarkan dia belajar daripada kesilapan dia. agar dia tidak mengulangi perbuatan yang sama..

biarlah menjadi seorang gadis yang mahal daripada menjadi gadis murahan yang senang dipegang2.. :)

harumanvee berkata...

assalamualaikum ... 1) perempuan tu bukan ex gf dia tapi mmg gf baru dia . Dia kenalkan sbg ex sbb nak elak dari kila curiga . So , senanglah dia nak curang . depan mata pun kila x curiga . 2) Kila cuma sgb bank dia jer . tpt dia dptn duit utk kepentingannya . 3) dia bkn sreorg yg beriman . mungkin dah selalu dot , dot ,dot . Jadi bila dah ketagih , kila pun dia nak gasak juga 4) kenapa dia ditangkap basah ? di situlah jwpn kepada hbgnnya dgn yg dikatakan sgb ex gf . 5) Biarlah dia tanggung kesalahan yg dia buat sendiri . Kila x de tggjwb keatasnya . jgn bazir masa . syonara saja ... moralnya : masa bercinta dah susahkan kila , klu kahwin mmg tempah derita aka neraka dunia ... sayangilah / jagalah diri sendiri barulah boleh syg / jaga org lain... sekadar pendapat ...

Budak Kampung berkata...

reject! no more chance for me hehehe

Nurul Aini berkata...

Betul..saya sokong pendapat kak mar..hehehe. Allah sayang kita duhai muslimah. InsyaAllah..pasti Allah akan gantikan kita dengan insan yang lebih baik. Usaha, doa dan tawakal.

Wirda Amir berkata...

betul apa yg acik ckp tu...

kalau akak,akak tinggalkan aje lelaki yg macam tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails