Pengikut

Khamis, 25 April 2013

Adakah Lelaki/Perempuan Penzina Jodohnya Juga Hanya Penzina Ataupon Ada Seseorang Yang Baik Untuknya ?






Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan kesempatan bernafas di bumi Allah ini, hari ini acik akan pulang ke Kota Tinggi dan minta maaf kalau tak sempat nak blog walking ke blog kamu semua yer, mane yang sempat saje :). Dan acik nie bukanlah ustaz yer, tapi kalau nak tanya apa boleh dan acik akan tanyakan pada ustaz kenalan acik. Dan hari ini acik dapat satu pertanyaan  ini.


Walaikumusalam, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ,jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar benar (taubat nasuha).Dan taubat itu hanya yang mengetahuinya adalah kamu dan ALLAH. Alhamdulilah kalau betul dah bertaubat tapi biarlah bertaubat dan merubah segala cara hidup yang biasa di amalkan itu secara peringkat beringkat. 

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara ataupon secara peringkat beringkat dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Dan acik pernah menonton cerita ketika cinta bertasbih bersiri dimana ada seorang lelaki penzina bertanya kepada ustaz , Adakah lelaki penzina hanya berhak mendapatkan perempuan penzina juga dan tidak layak untuk perempuan solehah ?

Jawab ustaz itu, lelaki yang tidak baik untuk perempuan yang tidak baik juga dan sebaliknya tetapi Jika kita berubah diri dan istiqamoh dalam perubahan yang kita lakukan, maka ALLAH akan hantarkan mereka yang juga berusaha ke arah kebaikan untuk kita. Selain itu,seorang lelaki/ perempuan yang soleh dan solehan juga manusia yang mempunyai perasaan dan insyaALLAH jika jodoh kamu maka dia akan terima kamu seadanya.

Dan paling penting yakin dengan ALLAH dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama. Taubat nasuha itu perlu .Dan berdoa kepada ALLAH dan jangan putus asa.

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Share This!


36 ulasan:

  1. entri yang terbaik, jelas penerangan harap terjawab kan soalan itu :)

    BalasPadam
  2. assalam acik.

    sesungguhnya Allah maha pengampun maha mengasihani.

    tak kiralah jodoh kita tu pernah terlanjur atau sebaliknya, seeloknya kita terima dia seadanya.

    bagi sy, ini entry yang terbaik sebab sy sendiri menanyakan persoalan ini kepada Allah.

    subhanallah....

    terima kasih dengan penerangan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..

      betul tu sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun.. kita kena yakin dengannya

      Padam
  3. Nice entry.. Allah tahu yg terbaik utk kita...

    BalasPadam
  4. Allah x akan menilai siapa kita dulu.. tapi Allah menilai siapa kita sekarang.. masih ada peluang untuk meraih cintanya INSYAALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu setiap manusia ada peluang ke dua

      Padam
  5. Jodoh pertemuan perpisahan semuanya datang dari Allah....Baik buruk kita hanya Allah yang maha Mengetahui dan menimbanginya...Persoalan dapat jodoh baik atau tidak semuanya rahsia Allah...Kita hanya manusia biasa pasti sering melalukan perkara yang dimurkai Allah...Hanya kita yang mengetahui sejauh mana iman dan takwa kita kepada Nya...Pernahkan tidak kah kita bersujud memohon kemaafan dan keredhaanNYA...fikirlah dengan akal kerana Allah memberi sejuta keistimewaan untuk kita....Kita berserah kepadaNYa InsyaAllah keindahan yang bakal kita kecapi...Tak perlu mengeluh dengan setiap dugaanNYA...kerana DIA lebih mengetahui segalanya....Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W mesti percaya kepad Qada dan Qadar Allah.....

    Percayalah jodoh rahsia Allah.....berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNYA...kerana hasilnya sejuta keindahan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. thnaks kak cik ... betul apa kak cik tu ..yakin pada ALLAH dan jodohnya

      Padam
  6. Assalam Acik..
    Semoga si penanya jelas dan dapat pedoman dari entri ni...
    Insyaallah.... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam... insyaALLAh mudah mudahan

      Padam
  7. nice entry,, :) thanks share,,hihi oo nnt nak tnya sesuatu la,,

    BalasPadam
  8. mudah2an persoalan yg diajukan tersebut terjawab.. insyaALLAH ^__^

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..
    betul tu acik..
    yaya sokong entri ni 101 %
    segalan yang Allah tentukan dan takdirkan itu ada hikmahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam... alhamdulilah mudah2 mudahan enti ini berguna

      Padam
  10. Kalu dia dah berubah apa salahnya dia.mendapat yg mebih baik kan...

    Semoga adik manis tu mendapat jawapan yang dah diperjelaskan...

    http://Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) insyaALLAH dapat lebih baik

      Padam
  11. owh..mksudnya klau kita bertaubat dan istiqamah ke jln Allah, in shaa Allah, Allah akan kirimkan seseorg yg juga istiqamah menuju jalanNya..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) ALLAH akan berikan selayaknya kita :)

      Padam
  12. Jom join :) http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/04/segmen-barang-blog-by-nisha.html

    BalasPadam
  13. slm acik.ofcemate lelaki pnh gak tya soalan ni pd akk,then dia siap sbtkan firman Allah SWT mcm ats kgsikan kt atas tu.pdpt akk pd dia...

    jgn cpt judge org.kalau kita nmpk kawan kita kawin dgn psgn yg dulunya sosial,x mgkn kwn kita tu pun sosial dan berzina.hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui di setiap sgla yg berlaku.mgkn dipertemukan mrka agr keimanan kawan kita makin bertambah,mgkn dia layak diberi ujian utk mendidik psgnnya ke jalan yg diredhai Allah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak.. setiap orang ada hak untuk berubah dan dapatkan kebahgiaan :)

      Padam
  14. Salam Acik, manusia mana yang tidak mempunyai masa lampau, dan masa lampau itu tak semstinya bagus... coz manusia itu tidak spurna. fhm kan?
    nak terangkan pjng sgt. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm :) betul tu aminim.. kita ada masa silam kita.. jadi kita kena bagi peluang pada sesiapa saje

      Padam
  15. Allah itu maha pengasih akan umatnya, Maha adil...jangan dirisau akan ketentuan Allah, tapi risaukan diri kita samaada kita telah benar2 beriman dan beramal soleh...menjadi muslim yang sejati. Ingatlah, akhirat matlamat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu BM... kita perlu risaukan diri kita.. bukan senang nak istiqomah ... jadi kita kena baiki diri dan sentiasa muhasabah diri :)

      Padam
  16. assalamualaikum ... sekiranya kita seorang yg baik , maka Allah akan hadirkan org yg baik2 juga ke sisi kita ...

    BalasPadam
  17. apa2 pun setiap jodoh yg ditentukan allah tu pasti ada hikmah...jadi rasanya org yg bertanya tu tak perlu risau....

    BalasPadam
  18. banyaknya dalil...tapi wlu mcm mna pun,Allah y memegang rahsia mengenai ajal dan jodoh.Anyway,,semoga kita dapat jodoh y soleh/solehah

    BalasPadam
  19. Bagus entri ni.. sbb kalau kita pandang dan fahamkan betul2 dalam surah An-Nur ayat ke-3, ia bermakna kita dijodohkan dengan orang yang sama perwatakan seperti kita.. bermaksud kalau kita betul-betul bertaubat dan berubah kejalanNya, insya Allah, kita akan dipertemukan dengan insan yang turut sedang berubah kejalanNya.. wallahualam.. terima kasih acik kerana sudi jelaskan bab sebegini.. senang sikit sy nak jelaskan pada sesiapa yg bertanya nanti..

    BalasPadam
  20. Selalu orang tanya soalan ni. Baru-baru ni pun dalam tv ada tengok. Betul lah apa yang Acik tulis itu. InsyaAllah, kalau kita betul2 dah bertaubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulanginya) pasti Allah akan kurniakan jodoh yang baik-baik.

    Jangan risau tentang jodoh kita sebab Allah dah tetapkan sejak di luf mahfuz lagi, cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita.

    BalasPadam
  21. setipa yg dicipta ada pasangannya...begitu juga adam dan hawa....... percayalah... Jodoh kita adalah yg terbaik Allah berikan......

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails