Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi di berikan kesempatan bernafas di bumi Allah ini, hari ini acik akan pulang ke Kota Tinggi dan minta maaf kalau tak sempat nak blog walking ke blog kamu semua yer, mane yang sempat saje :). Dan acik nie bukanlah ustaz yer, tapi kalau nak tanya apa boleh dan acik akan tanyakan pada ustaz kenalan acik. Dan hari ini acik dapat satu pertanyaan ini.
Walaikumusalam, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ,jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar benar (taubat nasuha).Dan taubat itu hanya yang mengetahuinya adalah kamu dan ALLAH. Alhamdulilah kalau betul dah bertaubat tapi biarlah bertaubat dan merubah segala cara hidup yang biasa di amalkan itu secara peringkat beringkat.
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara ataupon secara peringkat beringkat dalam semua gaya hidup dan
cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah,
mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup
penuh, dari tudung glamour (hakikatnya membuka aurat) kepada
tudung muslimah sejati.
Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki
yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau
wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki
kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain firman Allah s.w.t:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan
lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah
An-Nur : 26)
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza
pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat
di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan
kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan
yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang
mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh
berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan
majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar
al-Kutub al-Ilmiah)
Dan acik pernah menonton cerita ketika cinta bertasbih bersiri dimana ada seorang lelaki penzina bertanya kepada ustaz , Adakah lelaki penzina hanya berhak mendapatkan perempuan penzina juga dan tidak layak untuk perempuan solehah ?
Jawab ustaz itu, lelaki yang tidak baik untuk perempuan yang tidak baik juga dan sebaliknya tetapi Jika kita berubah diri dan istiqamoh dalam perubahan yang kita lakukan, maka ALLAH akan hantarkan mereka yang juga berusaha ke arah kebaikan untuk kita. Selain itu,seorang lelaki/ perempuan yang soleh dan solehan juga manusia yang mempunyai perasaan dan insyaALLAH jika jodoh kamu maka dia akan terima kamu seadanya.
Dan paling penting yakin dengan ALLAH dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama. Taubat nasuha itu perlu .Dan berdoa kepada ALLAH dan jangan putus asa.
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah
keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada
individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat
di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat
besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan
musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila
mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga
beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala
pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
35 ulasan:
entri yang terbaik, jelas penerangan harap terjawab kan soalan itu :)
assalam acik.
sesungguhnya Allah maha pengampun maha mengasihani.
tak kiralah jodoh kita tu pernah terlanjur atau sebaliknya, seeloknya kita terima dia seadanya.
bagi sy, ini entry yang terbaik sebab sy sendiri menanyakan persoalan ini kepada Allah.
subhanallah....
terima kasih dengan penerangan itu.
Nice entry.. Allah tahu yg terbaik utk kita...
Allah x akan menilai siapa kita dulu.. tapi Allah menilai siapa kita sekarang.. masih ada peluang untuk meraih cintanya INSYAALLAH
ya..ingatlah janji Allah=)
Jodoh pertemuan perpisahan semuanya datang dari Allah....Baik buruk kita hanya Allah yang maha Mengetahui dan menimbanginya...Persoalan dapat jodoh baik atau tidak semuanya rahsia Allah...Kita hanya manusia biasa pasti sering melalukan perkara yang dimurkai Allah...Hanya kita yang mengetahui sejauh mana iman dan takwa kita kepada Nya...Pernahkan tidak kah kita bersujud memohon kemaafan dan keredhaanNYA...fikirlah dengan akal kerana Allah memberi sejuta keistimewaan untuk kita....Kita berserah kepadaNYa InsyaAllah keindahan yang bakal kita kecapi...Tak perlu mengeluh dengan setiap dugaanNYA...kerana DIA lebih mengetahui segalanya....Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W mesti percaya kepad Qada dan Qadar Allah.....
Percayalah jodoh rahsia Allah.....berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNYA...kerana hasilnya sejuta keindahan......
Assalam Acik..
Semoga si penanya jelas dan dapat pedoman dari entri ni...
Insyaallah.... =D
nice entry,, :) thanks share,,hihi oo nnt nak tnya sesuatu la,,
mudah2an persoalan yg diajukan tersebut terjawab.. insyaALLAH ^__^
Assalamualaikum..
betul tu acik..
yaya sokong entri ni 101 %
segalan yang Allah tentukan dan takdirkan itu ada hikmahnya..
Kalu dia dah berubah apa salahnya dia.mendapat yg mebih baik kan...
Semoga adik manis tu mendapat jawapan yang dah diperjelaskan...
http://Sumijelly.com
owh..mksudnya klau kita bertaubat dan istiqamah ke jln Allah, in shaa Allah, Allah akan kirimkan seseorg yg juga istiqamah menuju jalanNya..=)
Jom join :) http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/04/segmen-barang-blog-by-nisha.html
slm acik.ofcemate lelaki pnh gak tya soalan ni pd akk,then dia siap sbtkan firman Allah SWT mcm ats kgsikan kt atas tu.pdpt akk pd dia...
jgn cpt judge org.kalau kita nmpk kawan kita kawin dgn psgn yg dulunya sosial,x mgkn kwn kita tu pun sosial dan berzina.hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui di setiap sgla yg berlaku.mgkn dipertemukan mrka agr keimanan kawan kita makin bertambah,mgkn dia layak diberi ujian utk mendidik psgnnya ke jalan yg diredhai Allah :)
Salam Acik, manusia mana yang tidak mempunyai masa lampau, dan masa lampau itu tak semstinya bagus... coz manusia itu tidak spurna. fhm kan?
nak terangkan pjng sgt. =)
Allah itu maha pengasih akan umatnya, Maha adil...jangan dirisau akan ketentuan Allah, tapi risaukan diri kita samaada kita telah benar2 beriman dan beramal soleh...menjadi muslim yang sejati. Ingatlah, akhirat matlamat kita.
wslm..
betul tu sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun.. kita kena yakin dengannya
alhamdulilah thanks membaca :)
betul tu setiap manusia ada peluang ke dua
thnaks kak cik ... betul apa kak cik tu ..yakin pada ALLAH dan jodohnya
walaikumusalam... insyaALLAh mudah mudahan
:) insyaALLAH acik jwb
amin mudah mudahan :)
walaikumusalam... alhamdulilah mudah2 mudahan enti ini berguna
betul tu :) insyaALLAH dapat lebih baik
betul tu :) ALLAH akan berikan selayaknya kita :)
betul tu kak.. setiap orang ada hak untuk berubah dan dapatkan kebahgiaan :)
wslm :) betul tu aminim.. kita ada masa silam kita.. jadi kita kena bagi peluang pada sesiapa saje
betul tu BM... kita perlu risaukan diri kita.. bukan senang nak istiqomah ... jadi kita kena baiki diri dan sentiasa muhasabah diri :)
assalamualaikum ... sekiranya kita seorang yg baik , maka Allah akan hadirkan org yg baik2 juga ke sisi kita ...
apa2 pun setiap jodoh yg ditentukan allah tu pasti ada hikmah...jadi rasanya org yg bertanya tu tak perlu risau....
banyaknya dalil...tapi wlu mcm mna pun,Allah y memegang rahsia mengenai ajal dan jodoh.Anyway,,semoga kita dapat jodoh y soleh/solehah
Bagus entri ni.. sbb kalau kita pandang dan fahamkan betul2 dalam surah An-Nur ayat ke-3, ia bermakna kita dijodohkan dengan orang yang sama perwatakan seperti kita.. bermaksud kalau kita betul-betul bertaubat dan berubah kejalanNya, insya Allah, kita akan dipertemukan dengan insan yang turut sedang berubah kejalanNya.. wallahualam.. terima kasih acik kerana sudi jelaskan bab sebegini.. senang sikit sy nak jelaskan pada sesiapa yg bertanya nanti..
Selalu orang tanya soalan ni. Baru-baru ni pun dalam tv ada tengok. Betul lah apa yang Acik tulis itu. InsyaAllah, kalau kita betul2 dah bertaubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulanginya) pasti Allah akan kurniakan jodoh yang baik-baik.
Jangan risau tentang jodoh kita sebab Allah dah tetapkan sejak di luf mahfuz lagi, cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita.
setipa yg dicipta ada pasangannya...begitu juga adam dan hawa....... percayalah... Jodoh kita adalah yg terbaik Allah berikan......
Catat Ulasan