Ticker

6/recent/ticker-posts

Menggunakan Atas Nama Rumah Anak Yatim Atau Pusat Tahfiz Untuk Memungut Derma. Adakah Satu Penipuan ?



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan kekuatan dan kesempatan oleh Allah untuk terus berbakti di muka bumi pinjaman ALLAH ini. Hari sebenarnya penuh dengan debaran kerana acik sekarang sedang struggle untuk ulangkaji pelajaran untuk mid term test . Fuhhh otak pula asyik teringat di kampung halaman ,rasa tak puas nak berkumpul dengan adik beradik.

Semalam acik balik dari Kota Tinggi ke Shah Alam, fuhh perjalanan yang melelahkan dan driver bus itu bawa punyelah slow sangat biasa lima jam tempoh perjalanan ke shah alam ini meleret sampai  enam jam lebih .Ok bukan pekara itu yang sebenar acik nak kongsikan.Pekara ini dah lama acik perhatikan sebenarnya tapi tak tahu pada siapa acik nak bagitahu , hanya dengan pembaca blog ini sajelah tempat acik kongsikan.

Pernah tak kalau kat stesen bas atau kedai makan akan ada mak cik, nenek, kanak kanak ataupon remaja datang ke tempat kita meminta sumbangan ikhlas.

Pernah ? kalau tak pernah pergi saje ke di mana mana kawasan shah alam ini mesti ada. 

bukan apa kesian lihat mereka, kadang kala rasa ragu pon ada pada mereka. Yelah mereka kata mereka dari rumah anak yatim sana sinilah. Tapi kita bersangka baik sajelah mungkin mereka memang memerlukan sumbangan dari kita.

Acik pernah juga telefon rumah anak yatim yang berkaitan untuk pengesahan , memang ada orang angkat tapi nampak meragukan. Sebab bila searching kat internet tak ada pula rumah anak yatim tu.Dan ada juga yang menggunakan pelajar tahfiz untuk mengutip sumbangan yang di hantar merata tempat di malaysia.Acik pernah tanya, adik nie sekolah tahfiz kat mana ? tak sekolah ?

Jawab remaja itu mudah saje, ini sebahgian dari kokurikulum. Wahhh ada ehh sekolah membenarkan pelajarnya kutip derma.

Kadang yang acik kurang jelas adalah mereka datang ke tempat kita meminta sumbangan ikhlas tapi mereka tunjukkan resit bahawa tertera jumlah resit itu dari RM 5 hingga RM 10 .

Dan kadang itu dalam satu hari hampir 10 orang datang minta derma, kita bagi mana termampu jelah.

Dan semalam ada mak cik lebih kurang 6o an datang ke tempat acik untuk minta derma anak yatim,cuma acik terfikir di rumah anak yatim ada ehh penghuninya yang berumur 60 tahun ?

Kita bersangka baik saje dengan mereka, kita beri seikhlas hati , soal menipu itu urusan dia dengan ALLAH. Lagipon sebahgian harta kita ini merupakan harta mereka yang memerlukan.Tapi biarlah berikan kepada mereka yang benar benar memerlukan .

Catat Ulasan

32 Ulasan

Unknown berkata…
selalu jgk ada nenek, adk dtg mcm tu. tapi bukan dri anak yatim, dtg sbb nak jual surah yassin. Harga dia berapa2 je, bagi lah apa yg boleh kan. yup, sentiasa berprangsangka baik dgn org. :)
||aLeaSaRa|| berkata…
slm acik...akk still blogwalking curi2 kt office ngeee..

owh kt stesyen minyak pun ada gak,kan.yg pelik dh mlm pun still dorg kutip derma...bdk pompuan muda2 lagi lak tu...

kwn akk dia study kat satu kolej ni area selangor.then dia sdri crta pernah ms dia study,pihak pgrsn srh diorg buat mcm nilah kutip derma,utk tujuan tmbhkn duit tabung nk buat pelbagai aktiviti alahai..
BinMuhammad berkata…
Salam Acik, Usaha tangga kejayaan :)

Untuk mereka yg menderma, bagi sajalah dengan seikhlas hati jika mampu, kalau rasa was-was dah macam kita tak ikhlas pula. Allah itu maha adil... Yang memberi tetap mendapat pahala kerana kita menderma untuk tujuan seperti apa yg mereka minta. Kalau ke lain halanya.. itu adalah urusan mereka dgn Allah.
Unknown berkata…
rasanya benda nie bukan setahun dua...dah bertahun lamanya..... kekadang nak percaya pun susah...... cuba tgk resit tu...... sama jer dari bertahun dulu........ skrg byk sangat anak2 muda wanita yg bwk benda ne kat stesyen2 minyak dan food court...sampai kul 2 tiga pagi pun ada......
miss yatie berkata…
bukan setakat kat tempat yg acik cakapkan tu, tapi datang rumah ke rumah...tak bagi rasa tak sampai hati, sprti acik cakap tadilah, bagi ikut ikhlas...walaupun ada sedikit keraguan..nauzubillah...
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... klu nak fikir mrk tuh jujur ke tak , mmg sakit otak kita . jln mudah ialah klu nak sedekah , bagi jer la . tak yah nak fikir byk ...
Unknown berkata…
kita hanya boleh bagi apa yang termampu.. mereka jujur atau tak, tu urusan mereka dengan ALLAH..
Unknown berkata…
bersangka baik je la jawapnya..y penting kita ikhlas semata2 krna Allah.. y lain tu biar dia dgn Allah...
Unknown berkata…
salam acik...setuju dgn entry acik ni...sekarang ni mmg ramai yang meminta derma menggunakan rumah anak yatim dan derma utk sekolah la kan, dan kadang2 mmg nampak meragukan bila tanya diorang diam dan xdpt jawab...hmm tp kita juz bersangka baik dan derma yang mampu je la kan..yang lain serah kpd Allah swt..
Nory Zoulkefle berkata…
kdg2 kesian tgk budak2 tahfiz yang mintak derma...tapi kadang2 tu semua sindiket...tapi tak semua lah...
adarain berkata…
salam, kalo bab peminta sedekah yang menggunakan nama organisasi tertentu atau sebagainya, aku dah tak percaya lagi dah...ikut mood la aku nie, kalo aku rasa nak kasi, aku kasilah, kalo tak, tak dapat la...hmmm
Unknown berkata…
Pelik kan..macam2 taktik yang digunakan...huhu...
kalau betol pun derma jak seikhlas mungkin...tak perlu banyak dan menunjuk-nunjuk..yang penting ikhlas kerana Allah :)
Aimacomel berkata…
tu lah acik, serba salah jugak kita kan kdg2 nak berbuat baik ni kan. jadi was2 pulak padahal cuba la nk berbaik sangka..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, kita bersangka baik sajelah dan seikhllas hati
Akupenghibur.com berkata…
wslm.. thanks dtg ke sini kak.. serius ??? ermmm naseb badan
Unknown berkata…
mmg ada sindikit yg gunakan nama sekolah agama dgn rumah anak yatim ni....pasal dia tau bila sebut pasal agama dan anak yatim, org islam akan bersangka baik punya....tapi kalau dah 10 tahun sekolah agama yg sama mintak derma pelik juga....
Akupenghibur.com berkata…
wslm.. betul tu..kita berikanlah seikhlasnye
Akupenghibur.com berkata…
itulah.. ishh nak tahu nak kata apa...
Akupenghibur.com berkata…
tulah ..kita ikhlaskan sajelah.. tapi memang pon kadang kerap pula mereka datang
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) kita serahkan pada ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. benar sekali... beri jelah :)
Akupenghibur.com berkata…
yup .. bersangka baik sajelah :)
Akupenghibur.com berkata…
wslm itulah.. kita bersangka baik dan selebihnya kita serah pada ALLAH ..kalau dia menipu dia dapat habuannye
Akupenghibur.com berkata…
betul tu... kita bukan risau tentang duit.. tapi kesian kat budak2 tu
Akupenghibur.com berkata…
wslm... hehehe biaselah tu :)
Akupenghibur.com berkata…
yup paling penting kita ikhlas kerana ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
kalau ada was was tu yang tak mahu ..apa pon ikut kata hati :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah ... kalau dah 10 tahun tak boleh di biarkan ..kena siasat dan bagitahu pihak berwajib
Unknown berkata…
Berlambak kt pasar malam..tp sy ni mmg xleh tgk..kesian..mesti bg walau sikit.. xkisah lah dia nak tipu pun kan.. lagi2 makcik2 tua yg dtg..kesian betol..
iha berkata…
kalau kat shopping complex selalu jumpa macam ni.. kalau ikut pengalaman sy la, kata kanak2 n remaja tu memang dihantar dari rumah anak yatim dan pusat tahfiz.. mereka TERpaksa tebalkan muka untuk dapat duit tu.. sng cakap mmg sindiket penipuan la.. kalau sorang dua tu bagi jelah ikut kemampuan.. :)
Sherry Ahmad berkata…
# Jom join segmen ne & dpt header free yg awesome ! Hope achik sudi join =)

http://celotehpolka.blogspot.com/2013/04/segmen-saya-nak-header-free-by-cik.html
Nur Nainis berkata…
Memang selalu ada..tak tahulah sama ada betul atau tidak. Berulang-ulang kali. Ramai yang dah tak percaya dengan benda2 macam ini. Tak apalah, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah kan.