Ticker

6/recent/ticker-posts

Alamak ! Apabila Lelaki Terlewat Tidur Dan Terlewat Bangun Hingga Ke Petang




Assalamualaikum

Ahhh hari ini menjadi isu hot pula bangun lewat dan lambat ini, sebelum acik ke entry bila lelaki bangun lewat pula acik nak bagitahu kisah sebalik dari 2 entry acik yang lepas berkaitan dengan isu tidur ini. Kalau kamu pernah baca entri acik yang lepas lepas pernah ke lihat acik buat sesuatu entri hanya untuk sebelah pihak saje ? kebiasanye acik ada jawapan untuk isu tersebut. Jangan cepat melatah dan cepat buat andaian.Maka maknanya kamu masih tak kenal acik lagi ,siapa acik . Oklah Inilah sedikit sedutan mesej yang di hantar ibu kepada acik dan boleh bace entri lepas untuk kes teha .Seorang ibu yang perlu pertolongan dari acik .Siapa dia ? biarlah rahsia .



Ok kembali ke cerita acik nak sampaikan,sebenarnya isu lelaki bangun lewat telah banyak di bawakan oleh ramai blogger. Tapi hari ini ada satu kelainan sedikit acik nak bawakan kepada kamu . Sebenarnya acik stand by awal untuk entri tersebut. Jangan risau acik tahu mesti ada pertikaian. Semalam semasa acik buat servey itu ,acik buat sedikit interview kepada lelaki juga untuk dapatkan pandangan mereka .

Masalah bangun lewat pada lelaki itu sudah kebiasaan dan tak dapat di elakkan kadang tu sampai tidur sehingga hari esoknya pon tak pe. Jangan di pandang enteng dan  ingat bahawa lelaki akan jadi bakal suami dan ketua keluarga untuk anak dan isterinya. Jika ketuanya goyah maka bakal robohlah instiuasi keluarga tersebut.

Pernah ke lihat kalau di office atau mana mana saje kerja yang perempuan datang lewat ? kes terpencil. Kebiasanya lelaki yang akan datang lewat dan seribu alasan yang akan di berikan oleh mereka. 

Alasan mereka yang acik interview menyatakan kepada mereka bangun lewat ?
  1.  Main game conuter strike, DOTA , PS , game bola dan sebagainya
  2. Tengok perlawan bola EPL dan sebagainya.
  3. Main social media yang terlampau obses.
  4. Bergayut dengan awek sehingga kul 4/7 pagi
  5. Buat assigment katanya 
  6. Dan lain lain.
 Kata-kata Imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebih masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga terlebih batasan waktu.

Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau melewang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam ataupun melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat Subuh “gajah”! Lbih sedih lagi, solat Subuh tersebut luput ditelan waktu, langsung tidak diganti tanpa berasa bersalah. Esok pula diulangi perbuatan yang sama kembali.
Teringat masa kecil kecil kalau bangun lewat memang kena simbah dengan air dan ingat sampai bila bila dan tak ulangi kesalahan itu lagi . Sememang isu saje acik bangkit untuk mereka berfikir sejenak dan bangun menjadi mukmin sejati .
Orang tua selalu ingatkan kita bangun awal dan jangan bangun lewat nanti rezeki tak masuk  , bertepatan dengan hadi sini

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi) 

Ahh kepada lelaki semua , cubalah bangun awal , solat subuh dan pagi pagi itu bagus kalau bersenam. Bangun pagi bukan satu kesalahankan , malah akan jadikan kita lebih segar dan sehat ,secara tak langsung buat kita kerja lebih efficient  


Catat Ulasan

20 Ulasan

Carlos Santiago berkata…
bangun lewat cepat tua. haha
miss yatie berkata…
eeemmm...kalau tidur sebab baca al-quran ke, solat malam ke, bagus juga bagun lewatkan? ini tidak, main game heee
Mizz Aiza berkata…
akak pernah terbaca tulisan pahrol mohd juoi, 3 perkara perlu diatur dalam hidup kita iaitu waktu solat, waktu makan dan waktu tidur.. untuk waktu tidur, ianya perlu diatur bagi memberi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mental kita.. jadi tak kira lelaki atau perempuan kena atur tidur masing-masing dan bangun awal pagi..
Unknown berkata…
nie yang suka nie...hihi...pandai adik acik baca fikiran cik akak...biasanya cik akak nie..memang suka mengena orang..tapi niat cik akak cuma nak bergurau..hihi...maaf ler andai terasa...hihi......

biasala acik...budak-budak zaman sekarang....tido memang tak ingat dunia...hihi
Unknown berkata…
Emmm...klau dah terlajak smpai tgh ari...abik MC jer lah :P
Unknown berkata…
xdapat apa pun kalau bangun lewat ni sebenarnya... badan lesu, ingat katil je -__-
Unknown berkata…
hhahaa satu ulasan yg baik bro. dpt djadikn iktibar utk semua..

p/s:mndi pagi2 mmg syok..sejuk je~
Yea acik tul gak tu kadang2 lelaki suke je bangun lewat..

keje pon leh datang lewat gak..
Unknown berkata…
Mmg kena simbah air kalau bangun lewat.. bangga dididik dgn tegas.. Alhamdulillah suami pn berdisiplin..
Tengkubutang berkata…
teman bole jea tido lmbt n bngun awal..tp yg x tahan 2.. kepala jadi tintong.. 2 pasal klu leh nk cover lik tido yg x cukup tu.. ( errr.. alasan yg bagus kan..) hu2.. nak wat cne.. kadang kena tido lewat sebab ada keje nk kena settle kan.. hu2

diulangi.. bukan selalu bgun lewat tau.. =P
Aimacomel berkata…
terlebih tidur pun makin penat, terkurang tidur pun penat jugak. Jadi.. tidur pada awal waktunya, dan bangun tidur seadanya..
Sayidah Napisah berkata…
bukan lealki je.perempaun pun.thnks for the reminder :)
Fais-SKA berkata…
betol sgt 2..take noted!! semua..rezeki ni murah di waktu pagi..redha Allah pn lebih pd wktu pg..nice sharing acik
Karen Monica berkata…
kadang-kadang kak puteri lewat juga tido. Sibuk melayan blog...hehe. Tapi kak puteri tetap pastikan kena bangun awal. Bila rasa tak cukup tido tu, salahkan diri sendiri juga sebab tahan mata malam sebelumnya :)
Unknown berkata…
yup kalau boleh kena disiplinkan diri tu tak kira laki atau perempuan...cuma kalau perempuan agak teruk sikit la persepsi masyarakat...hihi :P
Lieza Nordin berkata…
jgn tido lepas subuh nnti ilang seri di wajah ;)

heheh.. dua2 samaada lelaki mahupun prmpuan kena bljr bgn awal walaupun cuti :DD masa cutilah kita hbiskan masa ngn family bila waktu lain busy dengan smua keje or assign :))

jgn abaikan org tersayang kerana tidur.. mmgla tidur best tapi hbiskn masa dgn org tersayng lagi bestt!! :))
Unknown berkata…
kalau remy.....hari ahad jer baru dpt tidur bangun lewat sikit.....
iha berkata…
tak kisah la lelaki ke perempuan, tolonglah jangan bangun lewat.. tolonggglah *dengan nada sedikit merayu* haha
Tanpa Nama berkata…
Org lelaki memang mcm tu lah acik...nak gerak solatpun susa..maybe sbb penat seharian bekerja or belajar....wallaualam...

teruk la kalau selalu terlewat..haha...sekali sekala tk mengapa...