Assalamualaikum

Ahhh hari ini menjadi isu hot pula bangun lewat dan lambat ini, sebelum acik ke entry bila lelaki bangun lewat pula acik nak bagitahu kisah sebalik dari 2 entry acik yang lepas berkaitan dengan isu tidur ini. Kalau kamu pernah baca entri acik yang lepas lepas pernah ke lihat acik buat sesuatu entri hanya untuk sebelah pihak saje ? kebiasanye acik ada jawapan untuk isu tersebut. Jangan cepat melatah dan cepat buat andaian.Maka maknanya kamu masih tak kenal acik lagi ,siapa acik . Oklah Inilah sedikit sedutan mesej yang di hantar ibu kepada acik dan boleh bace entri lepas untuk kes teha .Seorang ibu yang perlu pertolongan dari acik .Siapa dia ? biarlah rahsia .



Ok kembali ke cerita acik nak sampaikan,sebenarnya isu lelaki bangun lewat telah banyak di bawakan oleh ramai blogger. Tapi hari ini ada satu kelainan sedikit acik nak bawakan kepada kamu . Sebenarnya acik stand by awal untuk entri tersebut. Jangan risau acik tahu mesti ada pertikaian. Semalam semasa acik buat servey itu ,acik buat sedikit interview kepada lelaki juga untuk dapatkan pandangan mereka .

Masalah bangun lewat pada lelaki itu sudah kebiasaan dan tak dapat di elakkan kadang tu sampai tidur sehingga hari esoknya pon tak pe. Jangan di pandang enteng dan  ingat bahawa lelaki akan jadi bakal suami dan ketua keluarga untuk anak dan isterinya. Jika ketuanya goyah maka bakal robohlah instiuasi keluarga tersebut.

Pernah ke lihat kalau di office atau mana mana saje kerja yang perempuan datang lewat ? kes terpencil. Kebiasanya lelaki yang akan datang lewat dan seribu alasan yang akan di berikan oleh mereka. 

Alasan mereka yang acik interview menyatakan kepada mereka bangun lewat ?
  1.  Main game conuter strike, DOTA , PS , game bola dan sebagainya
  2. Tengok perlawan bola EPL dan sebagainya.
  3. Main social media yang terlampau obses.
  4. Bergayut dengan awek sehingga kul 4/7 pagi
  5. Buat assigment katanya 
  6. Dan lain lain.
 Kata-kata Imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebih masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga terlebih batasan waktu.

Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau melewang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam ataupun melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat Subuh “gajah”! Lbih sedih lagi, solat Subuh tersebut luput ditelan waktu, langsung tidak diganti tanpa berasa bersalah. Esok pula diulangi perbuatan yang sama kembali.
Teringat masa kecil kecil kalau bangun lewat memang kena simbah dengan air dan ingat sampai bila bila dan tak ulangi kesalahan itu lagi . Sememang isu saje acik bangkit untuk mereka berfikir sejenak dan bangun menjadi mukmin sejati .
Orang tua selalu ingatkan kita bangun awal dan jangan bangun lewat nanti rezeki tak masuk  , bertepatan dengan hadi sini

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi) 

Ahh kepada lelaki semua , cubalah bangun awal , solat subuh dan pagi pagi itu bagus kalau bersenam. Bangun pagi bukan satu kesalahankan , malah akan jadikan kita lebih segar dan sehat ,secara tak langsung buat kita kerja lebih efficient