Pengikut

Selasa, 7 Mei 2013

Alamak Apabila Nenek Pakai Legging




Assalamualaikum


Alhamdulilah sampai juga ke Shah Alam , penatnya 1 hari dalam bas untuk balik ke sini. Esok ada test speaking mandarin, cuak tu , tapi guane buat yang terbaik saje. Dari kota tinggi pergi ke larkin dan dari larkin pergi ke shah alam. Perjalanan yang agak jauh dan ambil masa. Bermacam orang yang acik jumpa dan pelbagai jenis pakaian yang di pakai oleh mereka.

Kadang seksa juga mata nie nak memandang ke hadapan sebab pemakaian yang pelik pelik. Tengok lebih lebih dapat dosa ,fuhh mata ohh mata. Kena jaga mata kalau tak macam mane pon.

Ahh membebel pulak acik nie, sekarang nie kalau tengok tak kira muda atau tua pemakaian mereka sangat dasyat. Mata ini terarah kepada seorang perempuan yang agak berumur. Bajunya colour biru dan seluarnya colour hijau. Colour blocking katanya, adehh memang bersinar sinar siap bercermin mata gelab.

Tapi yang tak menahan tu, pakai seluar hijau legging, ranggi betul . Bila lihat perwatakan dia dalam lingkungan 60 an. MasyaAllah apa nak jadi dengan orang tua sekarang. Acik yang tutup mata dan muka sebab malu.

Bayangkan kalau mak acik sendiri buat cm tu , tak nak !! malu malu malu.

Dan lihat dia dengan cucunya sebab dia pimpin budak perempuan. Dan budak perempuan itu pon pakaian seksi juga. Kalau budak tu tak pe ini orang tua. Adehh , acik tak sempat pula nak ambil gambar sebagai bukti. 

Bila kita tua nie, sepatutnya kita kena bagi contoh yang terbaik untuk anak muda bukan lebih hebat dari orang muda. Masa berlalu dengan pantas, bila kita mati pon kita tak tahu. Dulu masa muda boleh katakan bahawa ala nak bertaubat masa tualah.. Ini dah tua ?? 


Hidayah Allah tak datang banyak kali, kalau di beri kita sia siakan maka sukar untuk hadir lagi. Orang cakap rumah kata pergi ,kubur panggil mari. Apa apa pon doakan yang agar nenek itu dapat hidayah Allah.Acik memang tak setuju kalau perempuan pakai legging, ketat sane sini memang dah macam tak pakai pe pon.Ini ada hadis mengatakan bahwa berpakaian tapi seperti bertelangjang.

Apa pon jagalah penampilan dan adab kita orang islam. Jangan kita di labelkan setaraf dengan orang bukan islam. Okey ada yang terasa ?? acik minta maaf hanya sekadar pendapat saje. 

Share This!


26 ulasan:

  1. Ramai jgk saya tengok makcik pakai legging.. kalau betis bak batang pisang ok la sket.. sepatutnya dh tiba masanya pakai sopan2.. sy pn malu nak pakai seluar jean ketat inikan pula legging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm jangan pakailah.. serius tak cantik

      Padam
  2. haha biasa la tuh acik, org zaman sekarang,yg tua nak jadi muda balik,, huhu malu den oii,, bukan nak kata sya ni bagus sgt dalam berpakaian,masih lagi belajar,tapi tak de la nk pkai legging, ape pon semoga Allah beri hdayah kpada kita semua :0 Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin... semoga Allah beri hidayah dan ada kemahuan untuk diri diri ini untuk berubah

      Padam
  3. moga ALLAH bagi taufiq dan hidayah pada saya, orang tua tersebut dan seluruh umat Nabi SAW untuk berubah dan amal agama ikut cara Nabi SAW... Amiin :)

    BalasPadam
  4. kalau aku jumpa memang aku tazkirah je depa ni ..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehhehe wahh orang tua susah nak tazkirah :)

      Padam
    2. haha..org tua hard core beb ..
      tazkirah takleh, tunggu jelaa..hahaha

      Padam
  5. kalau yg muda buat cam tu rasanya boleh lagi ditegur dan dibentuk.. tp bila yg dah berusia ni susah le sikit kan huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mak dara .. kalau dah tua memang susah sikit

      Padam
  6. assalamualaikum ... selepas baca entry nih akak teringat pengalaman pada bulan puasa ketika akak menunggu bas selepas habih kelas di uitm ... akak mungkin wat entry utk citer nih ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam.. yeke nnti share kat acik yer :)

      Padam
  7. Salam Acik,
    Alhamdulillah...selamat sampai kedestinasi. Lambat gerak, tolong pilih calon menteri besar ke...hehe

    Mujur le tinggal kat hulu ni...kurang sangat dpt melihat pemandangan yg menyesakkan nafas ni. Nak tegur pun terasa segan...doa dlm hati ajelah, semoga diberi petunjuk dan hidayah.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah selamat sampai juga acik..macam2 karenah orang sekarang ni kan?tak kisah pandangan orang lain dah..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, bunda ziarah anak2 kat sini...

    BalasPadam
  10. ko cuba bayangkan aku yang pakai legging..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hohoho jangan..jangan.....tolong..tolong.. merayu ni hehhee

      Padam
  11. Beza antara ada ilmu dan ikut ikutan saja.

    Ingatlah, kita umat islam di akhir zaman ini, jika musuh masuk lubang biawak pun kita akan ikut

    BalasPadam
  12. alamak...nenek tu stylo la...hehehe (dia harapkan ada org cakap camtu la tu...)

    BalasPadam
  13. zamn nenek tak ada pakaian mcm tu acik, yg tu nenek teringin sangat tu, adoooiiii...

    BalasPadam
  14. mak aih... fuh.... malu jugak. cuba tgk realiti show "kilauan emas". hehehehehehehehe. sengih2 tengok. =P mcm2..

    BalasPadam
  15. Akhir zaman...mcm2 leh jadi. itu baru pemakaian legging. Lps ni apa pulak lg yg blh membawa fitnah kepda mereka2 yg bergelar mck pun xtau la...

    BalasPadam
  16. sama2 kita doakan diri kita dan keluarga kita serta saudara2 seagama sedar dan sama2 berusaha utk tutup aurat dgn lebih sempurna

    well said bro!

    BalasPadam
  17. rasanya ramai yg tak sedar cara pemakaian islam yg sebenarnya........ legging2 tu tak sesuai...... lebih2 lagi yg tua2 tu.....

    BalasPadam
  18. nenek zaman sekarang makin lama makin 'sporting'.. tapi tak semua la, harap diberikan hidayah pada beliau..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails