Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Aku Harus Balas Dendam Kepada Mereka Yang Pernah Buat Hati Ini Terluka ?


Assalamualaikum

Hureyy hari sabtu ,hari untuk rehatkan badan , minggu depan banyak assignment dan test yang perlu di hadapi. Jadi hari ini, dapatlah rehat puas puas. Pagi tadi lepas solat subuh check page acik , dan ada seseorang minta pendapat dari acik dan kamu semua . Boleh baca apa yang acik print screen di bawah ini.


Ermm dik, nie masalah memang agak kalut dik, tapi jangan cepat melatah dan terburu buru. Fikir dulu dalam buat keputusan. Acik faham perasaan alif, sebab acik pernah lalui apa yang alif rasa dan hadapi. Alhamdulilah alif dapat bangkit dari masalah ini walaupon memang hati akan terseksa apabila di hina dan di kutuk hanya pekara kecil yang kita lakukan.

Biasa orang nie kuman yang halus dia nampak dan kecoh satu kampung, gajah yang besar di biarkan saje. Bila kita silap ,semua orang nampak kita jahat dan kita di pulaukan ,di hina dan di kutuk, tapi bila orang silap ? mereke katakan bahawa siap manusia lakukan kesilapan. Adakah itu adil ??

Acik tanya adik alif  apa punca dia kena pulau dan dia jawab kerana dia gemuk dan tak pandai. Dan sekumpulan group nie buli dia dan warning kepada kawan2 untuk jangan kawan dengan dia.

Walaupon situasinya berbeza dengan acik , tapi acik faham. Alif itu semua ujian Allah untuk melihat di mana kekuatan alif untuk hadapi semua nie. Memang sakit dan akan terluka hati , tapi dengan balas dendam itu mampu buat pekara itu lebih baik ? adakah kamu akan bahagia dan mampu ubah masa silam tu ?

Memang sekarang kita punya kesempatan untuk membalas dendam. Dengan itu, syaitan akan tepuk tangan bangga kerana ini telah berhasil buat alif tak ubah jadi seperti orang buli alif, syaitan akan raihkan kemenangan dia. 

Pernah terfikir tak ? sebab dia juga alif bangkit dan sekarang nie jadi lebih semangat bukan ? Dan ada sebuah hadis mengatakan  

“Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (HR Baihaqi)


 Dan orang yang paling hebat adalah orang yang mampu merelakan kisah silamnya ,memaafkan orang yang pernah sakitinya dengan ikhlas. Allah itu mengetahui apa yang berada di langit dan di bumi . Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Maafkan lah dia, insyaAllah alif akan rasa tenang dan kisah lama itu jadikan ia sebagai kisah yang berlalu. Kita buka lembaran baru dan kini adalah alif yang tabah dan kuat semangat

Ok adik alif , berdoalah pada Allah  dan fikir betul betul , membalas dendam bukan cara yang terbaik. Acik percaya alif mesti tak sampai hati. Semoga Allah memberi petunjuk kepada adik alif.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul tu...memang sakit hati pada mereka yang selalu menyakiti kita..tapi setidaknya ia juga dapat melatih kita untuk bersikap lebih sabar dan wajar...
Lieza Nordin berkata…
apa hak mereka nak buat cm tu :'( hurm.. smga dia sabar dan terus berdoa agar kawan2 y lain tu ubah cara thinking dorang... lama2 nnti msti dorang sedar y rupa paras bukan segalanya.. :)
Unknown berkata…
Alolo...ciannya alif tu...tak pe sayang...orang tak nak kawan...yang penting kita jangan mengalah dalam mencari kawwan....mungkin hari nie mereka buli adik...insyaAllah esok lusa Allah pasti buli mereka....kerana orang yang bersabar sentiasa tak lepas dari pandangan mata Allah S.W.T...jangan sekali terdetik rasa dendam dihati ye sayang...syaitan menunggu dengan senang hati.....Bila kita rasa marah ubatnya bukan lawan marahnya....tapi istifar banyak ye sayang...hihi
Vee berkata…
Bila orang buat salah dengan kita, tak semestinya dibalas balik dengan kejahatan. Kita mesti jadi lain, biar mereka terbuka mata. Who knows kita dapat buat mereka bertaubat. Kan? Prinsip Vee ialah kill them with your love and kindness =)
Syuhada Nasya berkata…
betul tu, memang sakit hati bila kena pulau n x diendah oleh kawan2, tapi tak perlu la kita blas bnda jahaat dgn jahat.. balas la dgn baik :)
kak gojes berkata…
cian adik alif...xbaik pulaukan org krn kekuranggan dia...(tp gemuk bukan kekurangan klu sy...cuma lebih makan aje ...hihhihi..jangan marah) apapun tok sah la balas..nanti dorg kena bagi blasan juga tu...hukum karma...
adarain berkata…
aku pun pernah mengalami macam dia, pernah dipulaukan, diejek sebagainya tp yang penting saya selalu bersabarr...ALHAMDULILLAH, nikmatnya tidak terkata, dapat kawan ramai di MJ & Universiti. Malah merindui pabila ketiadaan saya, itu sudah mengharukan...Maka, belajarlah bersabar, semuanya ada Hikmah..
Kak iman berkata…
org yg hebat org yg menahan marahnya

mintak tolong http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/06/mintak-tolong-sangat-sangat-urgent.html
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak :0 ia mengajar kita menjadi manusia yang tabah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) rupa paras bukan segalanya
Akupenghibur.com berkata…
bagus nasihat kak cik :) adik alif bace :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) prinsip yang bagus
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) lebih baik di balas baik :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) nnti jikka di balas baru tahu :)
Akupenghibur.com berkata…
thanks baharin... semoga adik alif dapat kekuatan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) semoga alif sabar
Fais-SKA berkata…
kecian plak bila bca..sbar jelh adik alif..bnykkn bersbar dn bnykkn berdoa, doa org yg dizalimi ni mustajab dan dimakbulkan Allah..kita blas la perbuatan jhat org lain dgn kebaikan kita..lg manis :)
Mawardi yunus berkata…
hmm. saya pon ada terasa hati dengan bos dulu.. kes berat. x bayar gaji sebulan dengan tanpa rasa bersalah pun.
wawa zulkefli berkata…
saya pernah lalui :(
Unknown berkata…
errkkk...tak perlu lah balas dendam...tapi yg bab dia pulak dipulaukan tu, tgk dan lihat je....tak perlu nak buat apa2 melainkan kalau dia sendiri minta pertolongan alif...huahuahua....
Mizz Aiza berkata…
seperti kisah wanita pengemis yahudi buta di pasar madinah dengan Rasulullah saw.. walaupun wanita itu menghina dan memfitnah baginda, namun setiap pagi baginda membawakan makanan dan menyuapkan kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah saw.. setelah baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan kepada wanita itu.. sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.. namun tidak sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw.. Abu Bakar RA memberitahu bahawa orang yang selalu memberi makan kepada wanita itu adalah Rasulullah saw.. akhirnya wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.. oleh itu, tak salah jika memaafkan kesilapan kawan adik.. balaslah perbuatan jahat dia dengan kebaikan..
Unknown berkata…
oh! adeq alif, tak perlu nak pedam sifat dendam tu coz ia hanya membawa keburukkan jew. Hidup ni seperti roda hari ni mungkin adeq yang dipulaukan esok lusa mungkin yang pulaukan adeq tu pula yang kena. Berdoalah moga adeq alif bjumpa dgn kawan yang memahami bukan kawan yang menumpang glamour semata2. Allah makbulkan doa insan yang dalam kesusahan. Engat pesanan abg Am.

Walaupun Abg Am bukan ditempat adeq tapi perasaan dipulau tu perit, dihina dicaci bagai2. Hanya mampu memberi nasihat..renung2 kan lah
Unknown berkata…
Lali dh dgn semua ni. Manusia mmg mcm tu..hati tak sama dgn kita....kita maksudkn lain, lain pulak mereka anggap.. semua tu utk menguji hati kita saja..klu ikut nk dendam smpai bila pn xhabis.. kita pn sama je sifatnya jika berdendam..

Unknown berkata…
demdam itu legi akan membuat kita sakit....let it go...
fyna ahmad berkata…
memang kena pikir banyak kali dan perlu berfikiran jauh. takut nanti memudaratkan untuk hati kita. memang rasa sakit hati semua tue. kalau fyna, just lupakan semua itu. Allah sentiasa ada untuk kita.
Ayue Rejaluddin berkata…
Manusia ni macam-macam ragam kan Acik...
harapnya dia mendengar nasihat Acik ni.....
Alhamdulillah dia bangkit melawan rasa tu...
cik Anggur berkata…
tak yah la balas membalas tu bukan part kita nk menghukum or membalas...mungkin masa tu org2 tu tak tau lagi mana baik or buruk..manusia mudah melakukan kesilapan aritu mungkin ari diorg masa depan kita jugak mungkin buat bnda yg sama samada sengaja or tidak n pastinya time tu kalau kita buat kita jugak mahukn org memaafkn kita kan...

# sekadar pendapat peribadi