hidup atau mati

Assalamualaikum

Dalam hidup ini, aku telah jelajahi beribu langkah, setiap senyum, gurau hiba meniti sepanjangan perjalanan ini .

 Begitu aku, yang mencari di mana penghujung jalannya, walaupon aku tahu terdapat pangkal hidup tapi tak pernah terjangkau bagaimana pengakhiran.

Aku berjalan dan terus berjalan untuk melihat dunia fartamugana,
melihat dunia dengan pesona, kadang ku rasa hatiku hilang tanpa arah,
Sepanjang perjalanan itu ku melihat ragam manusia yang bagaikan pelangi menerangi dunia
 ada ketikanya ia semanis gula ,
ada ketikanya ia pahit bagiakan peria
ada ketikanya ia bagaikan patung tak bernyawa
ada ketika dia bagaikan boneka seribu muka

Aku bukan manusia yang inginkan kesempurnaan hidup tapi hanya sebuah kiasan di balik cahayaMu
Aku juga pernah jatuh jauh di lubuk danau yang kotor
aku pernah rasa bagaimana jika hati di hiris dengan belahan pedang
Aku pernah rasa bagaimana sakitkan panah kata kata yang penuh bisa
duhai hati kenapa aku mampu hadapi semua ini ? walhal badan aku katakan aku tak mampu tapi kau tetap mengatakan bahawa aku kuat mengatasinya

Aku terus bangkit dari mainan igauan untuk terus berjalan ke hadapan
dengan papahan kata kata buatkan aku bangkit, 
Ketika aku di lemah hina tiada siapa mata yang ingin memandang,
Ketika aku memakai mahkota hidup semuanya ingin mendekati,
itulah realiti yang perlu aku terima,

Hidup ini masih jauh perjalananan yang penuh aku perlu aku tempuhi,
masih ada hari esok dan seterusnya untukku ?
Ataupon nadiku terhenti di sini ?

Duhai hati yang mencintai kerana Allah , tadahkan tanganmu raihlah syukur kerana kau masih di sini 

Ku bertahan selama ini atas doa kau yang selalu ada untukku dalam doamu,
aku bertahan di sini kerana kata kata semangat yang taip di blog ini,
aku bertahan di sini kerana kasih sayangMu yang tak pernah berbelah bagi
AKu ada disini keranaMu ya Allah 
 
Adakah aku mampu bertahan jika Engkau tiada dalam Segenap hidupku ?