Assalamualaikum
Fuhh baru berkesempatan untuk menaip di blog, hari ini acik baru saje menonton sebuah teater untuk menghargai seniman tanah air kita iaitu Datuk Sudirman Arshad bertempat di Menara MARA, Jalan TAR, Kuala Lumpur di beri tajuk SudirMania. Pada mulanya acik buat tanggapan ini mesti seperti teater yang lain lebih mengetengahkan lagu lagu dan mengambil scene dari lagu popular Sudirman.
Tapi tanggapan acik sangat silap kerana SudirMania , lain sangat kerana dia ada jalan cerita yang tersendiri. Berlatarbelakangkan era 80-an, ia mengisahkan mengenai beberapa kumpulan remaja
dari pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman. Justeru, mereka nak sangat menjadi penonton Konsert Gergasi Sudirman, yang
diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Dalam teater ini , dapat lihat watak yang sangat terkesan seperti watak Ramlan, Zetty, Yusuf dan beberapa watak lain berjaya buatkan penonton tepukau serta watak sampingan yang sangat membantu. Dalam teater kali ini di selitkan unsur kasih sayang , kekeluargaan, persahabatan, sedih dan sebagainya.
Dan watak 3 orang penagih dadah ini sangat menghiburkan dari segi gerak badan , intonasi dan nyanyian yang mantap. Kata salah seorang penangih dadah yang tak dapat di lupakan adalah " I lost My Words " .Dan acik sangat sukakan vocal yang memegang watak Ramlan , suaranya sedap, dan watak siti adik kepada Rahman suaranya sangat lunak.
Ahh nyanyian mereka sangat mantap dan memang sangat terhiburlah ,memang acik tak menyesal pergi tengok teater ini. Jalan cerita yang lain dari yang lain , pengenalan watak yang jelas dan kesinambungan dari scene ke scene memang menarik dan penhayatan watak yang sangat baik di lakonkan oleh mereka.
Bila part sedih ramai yang menangis, memang terkesan jalan ceritanya, paling penting mereka tak sombong sebab bila abis persembahan mereka lepak bersama penonton dan ada sesi ambil gambar .Ahhh sebelum terlupa , arrangement lagu-lagu dalam sudirmania ini sangat perfect dan superb .
Dengar kata esok hari terakhir persembahan mereka pada pukul 8.30 di tempat yang sama , kepada yang nak pegi ada kesempatan .Serious kamu tak akan menyesal pergi .
24 ulasan:
kan best kalau dekat..boleh la p >.<
wah baca entri acik ni pun kak lea rasa macam dah ada kat situ je he3..
wah hebat eh...kalaulah dapat tengok juga kan best...tak pernah cik akak tengok teater tau..kalau berpeluang memang serius nak..hahaha
akak suka dengar lagu2 allahyarham sudirman..
yup..lagu2 nyer best..acik,JDT kalah :(
Tak pernah menyaksikan teater...teringin jgk kan..kalau lah ada di Dungun ni..
teringin juga nak menyaksikan teater secara live, tapi tak berkesempatan..
mama membesar dengan lagu-lagu arwah.. best sesangat..
assalam,
sudirman...seorang penghibur legenda..
Ya, lagu-lagu Sudirman tetap malar segar.
semoga karya2 allayarham datuk sudirman kekal segar diingatan kita & generasi akan datang kelak..
best nyerr..
best nyer...remy kan suka teater....... kalau buat kat istana budaya mesti remy pi.......sebab lagu2 sudir sedap.....
ooh cerita yg lain dpd yg lain ye...hehe mmg bagus ni takde la cliche sgt....
Aisya duk kt mne?
Sunggh best kak,teater nie
Nnti stg sini.. Bnyk persembahan teater
Lagu allahyarham memukau.. Best
Yup kak lagunye sungguh sedap di dengar
Sebab ramai yg x mhu tanggung risiko.. Dan ramai orang nk tgk
Kan.. Acik,pon sama
Yup betul tu bunda
Amin .. . Mudah mudahan
Memang pon.. Tpi klau kt istana budaya mesti mahal
Hihi acik 5 star bg persembahan mereka
Catat Ulasan