Ticker

6/recent/ticker-posts

Revolution Stage : Teater SudirMania Yang Sangat Memukau Penonton



Assalamualaikum

Fuhh baru berkesempatan untuk menaip di blog, hari ini acik baru saje menonton sebuah teater untuk menghargai seniman tanah air kita iaitu Datuk Sudirman Arshad bertempat di Menara MARA, Jalan TAR, Kuala Lumpur di beri tajuk SudirMania. Pada mulanya acik buat tanggapan ini mesti seperti teater yang lain lebih mengetengahkan lagu lagu dan mengambil scene dari lagu popular Sudirman.

sudirmania

sudirmania

Tapi tanggapan acik sangat silap kerana SudirMania , lain sangat kerana dia ada jalan cerita yang tersendiri. Berlatarbelakangkan era 80-an, ia mengisahkan mengenai beberapa kumpulan remaja dari pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman. Justeru, mereka  nak sangat menjadi penonton Konsert Gergasi Sudirman, yang diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

sudirmania
Dalam teater ini , dapat lihat watak yang sangat terkesan seperti watak Ramlan, Zetty, Yusuf dan beberapa watak lain berjaya buatkan penonton tepukau serta watak sampingan yang sangat membantu. Dalam teater kali ini di selitkan unsur kasih sayang , kekeluargaan, persahabatan, sedih dan sebagainya.

Dan watak 3 orang penagih dadah ini sangat menghiburkan dari segi gerak badan , intonasi dan nyanyian yang mantap. Kata salah seorang penangih dadah yang tak dapat di lupakan adalah " I lost My Words " .Dan acik sangat sukakan vocal yang memegang watak Ramlan , suaranya sedap, dan watak siti adik kepada Rahman suaranya sangat lunak.

Ahh nyanyian mereka sangat mantap dan memang sangat terhiburlah ,memang acik tak menyesal pergi tengok teater ini. Jalan cerita yang lain dari yang lain , pengenalan watak yang jelas dan kesinambungan dari scene ke scene memang menarik dan penhayatan watak yang sangat baik di lakonkan oleh mereka.

Bila part sedih ramai yang menangis, memang terkesan jalan ceritanya, paling penting mereka tak sombong sebab bila abis persembahan mereka lepak bersama penonton dan ada sesi ambil gambar  .Ahhh sebelum terlupa , arrangement lagu-lagu dalam sudirmania ini sangat perfect dan superb .

Dengar kata esok hari terakhir persembahan mereka pada pukul 8.30 di tempat yang sama , kepada yang nak pegi ada kesempatan .Serious kamu tak akan menyesal pergi .
 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Lieza Nordin berkata…
kan best kalau dekat..boleh la p >.<
||aLeaSaRa|| berkata…
wah baca entri acik ni pun kak lea rasa macam dah ada kat situ je he3..
Unknown berkata…
wah hebat eh...kalaulah dapat tengok juga kan best...tak pernah cik akak tengok teater tau..kalau berpeluang memang serius nak..hahaha
Mizz Aiza berkata…
akak suka dengar lagu2 allahyarham sudirman..
Tanpa Nama berkata…
yup..lagu2 nyer best..acik,JDT kalah :(
Unknown berkata…
Tak pernah menyaksikan teater...teringin jgk kan..kalau lah ada di Dungun ni..
norhasnizakhalid berkata…
teringin juga nak menyaksikan teater secara live, tapi tak berkesempatan..
mama membesar dengan lagu-lagu arwah.. best sesangat..
Bunda_nora berkata…
assalam,

sudirman...seorang penghibur legenda..
Tetamu Istimewa berkata…
Ya, lagu-lagu Sudirman tetap malar segar.
firohar berkata…
semoga karya2 allayarham datuk sudirman kekal segar diingatan kita & generasi akan datang kelak..
Unknown berkata…
best nyer...remy kan suka teater....... kalau buat kat istana budaya mesti remy pi.......sebab lagu2 sudir sedap.....
Unknown berkata…
ooh cerita yg lain dpd yg lain ye...hehe mmg bagus ni takde la cliche sgt....
Akupenghibur.com berkata…
Sunggh best kak,teater nie
Akupenghibur.com berkata…
Nnti stg sini.. Bnyk persembahan teater
Akupenghibur.com berkata…
Lagu allahyarham memukau.. Best
Akupenghibur.com berkata…
Yup kak lagunye sungguh sedap di dengar
Akupenghibur.com berkata…
Sebab ramai yg x mhu tanggung risiko.. Dan ramai orang nk tgk
Akupenghibur.com berkata…
Kan.. Acik,pon sama
Akupenghibur.com berkata…
Amin .. . Mudah mudahan
Akupenghibur.com berkata…
Memang pon.. Tpi klau kt istana budaya mesti mahal
Akupenghibur.com berkata…
Hihi acik 5 star bg persembahan mereka