Pengikut

Selasa, 25 Jun 2013

Apa Yang Perempuan Lihat Pada Lelaki ?


Perempuan cute

Assalamualaikum

Alhamdulilah , dapat lagi bernafas dan melihat keindahan alam walaupon cuaca macam cameron highland. Dah dah jangan merungut tentang jerebu , semua ada hikmah Jelebu nie. Dan doakanlah agar semuanya kembali seperti sedia kala. Kawan kawan semua doakan acik ye, esok first paper untuk final exam. Wish me good luck :) 

Ahh hari ini , acik nak minta pendapat kaum hawa pula, biasanya entri acik berkaitan dengan perempuan saje , kali ini tentang lelaki pula. Acik nak tahu juga apa yang perempuan lihat pada lelaki , jika kamu ada pandangan sendiri sila bagitahu comment. 

Apa Yang Perempuan Lihat Pada Lelaki ? 

1. Adakah pada paras rupanya, nak tengok dulu muka lelaki tu ,handsome tak, cute ? sedap mata memandang ? kacak ? biasa-biasa saje ?

2.Adakah pada perangai  , lelaki tu macam mane ? pemarah ? penyanyang ? suka buat lawak ? dan macam macam lagi . Ini masanya untuk mengenal lelaki tu bagaimana

3.bila dah kenal barulah buat andaian kata lelaki itu baik atau tidak, saat inilah menilai melalui agamanya ? . Untuk lihat lelaki tu bagaimana, kalau ajak jalan jalan , waktu solat terlepas tak ? jalan - jalan nak pegang tangan ke ?  a

4.Mungkin tengok pada kewangan lelaki tersebut ? agaknya kot, segelintir perempuan sekarang nie suka perempuan yang ada kereta, yelah nak ke sana sini senang katanya

5.Mungkin juga tengok pada kemachoannye ? keseksian . Yelah lelaki sekarang kan suka nak build up nak badan ketak ketak, mungkin ada segelintir perempuan suka badan jenis ini, agar dia rasa protektif

6.Mungkin pada pendidikannya ? yelah kalau pandai pandai mesti kerjaya pon stabil , kewangan pon automatik pon stabil .

7.Adakah lihat pada budi bahasa ? yelah suka lelaki cakap beralas dan beradap ? hormati orang tua ?

Ahhh acik malas nak ulas panjang lebar, apa kata kamu buat pilihan sendiri , Apa yang kamu lihat pada lelaki . Sila listkan dan bagitahu di comment.

Acik harap sangat pandangan kamu semua :) 



Share This!


28 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

kalau lelaki tengok pompuan. mcm biasa la naaa

cik yaya berkata...

assalamualaikum acik..
ni Yaya nak beri pandangan yang agak lebar berjela..
maaf ye..

ada hadis yang berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

jadi sama jugalah jika kita ingin memilih bakal imam kita..

kalau Yaya, pertama sekali Yang kita nampak mestilah rupanya sebab kita tak tahu lagi bagaimana imannya..
jadi pada paras rupa, biarlah tidak sekacak aaron aziz dan tak secomel izzue islam..asalkan sedap mata memandang..Kalau dia kacak sekacaknya pun tapi adap tak ada, iman pun longgar..kurang la markahnya disitu..
then Agamanya pasti Yaya titik beratkan..Yaya akan melihat sejauh mana dia mendalami agama Allah ini dan mampu tak dia membimbing Yaya..
then adap dia dengan kita, adakah dia menjaga maruah kita atau dia ni seorang yang tidak bertanggungjawab..
lastly mestilah juga kene tengok pada harta..
kalau tiada harta bagaimana nak menempuh zaman yang serba memerlukan wang ini bukan..
tapi Yaya tak la mencari anak dato, or org yang kaya raya, tak kurang dan tak lebih..yang penting tak lupa..(sorg guna maksud tersirat)

Mieza Jhaa K berkata...

Sifatnya.. keimanannya.. serta budi bahasanya..

ekin schmidt berkata...

perempuan xdla nk sgt harta, xnkla macho2 sgt just
-baik
-tak gatal
-tak panas baran
-senang berkira
dan lain2 la :)

Norhasniza Khalid berkata...

bagi mama, lelaki yang kita nak hadap hari-hari 24 jam ni, mestilah sesedap mata mama je. bukan ikut sesedap mata orang. biar buruk rupa takpe, jangan buruk perangai...

Mizz Aiza berkata...

akak susun ikut list acik bagi senang:
2, 3, 1, 7, 4, 6, 5

Bahrain Ramlan berkata...

harap2x dielakkan dapat pompuan yang kuar merungut dan memilih.

duniafana berkata...

Ikut lah muncung agama.

tieka ieka berkata...

tengok pada agamanya.. ^_^
insyaaAllah bahagia..

krole berkata...

Alhamdulillah stuju sgt ngan blogger cik yaya... lihatlah pada agamanya ya... kemudian baru yang lain2 tu...sebab semestinya wanita nakkan suaminya boleh menjadi imamnyakan....semestinya wanita nak suaminya boleh mengajarnya perihal agama kan... eh? panjang lak krole komen, mengalahkan wanita2 yang mengomen kat sni hahaha! nice share acik

Nao Mei berkata...

cik akak cuma ada satu je....keikhlasan kepada ALLAH, pasangan, diri sendiri & keluarga....Ikhlas nie banyak cabang....yang penting saling menghargai

Bin Muhammad berkata...

Bersyukur sangat2 dengan pasanganku sekarang ni... yg penting saling memahami dan melengkapi :)

farid salleh berkata...

Good luck to acik... ha'a nak tau gak ape pandangan kaum hawa pada lelaki sebenarnya...

Kathy Rbain berkata...

asas agama dan rasa tanggungjawab terhadap isteri dan anak2 merupakan pilihan kathy pada seorang suami. suami yang baik tidak akan membiarkan si isteri keluar mencari nafkah seorang bagi menyara keluarga,sedangkan dia yang masih sihat tubuh badan malas untuk bekerja.tugas suami adalah untuk menanggung nafkah zahir batin isteri dan nafkah zahir anak2. jika lelaki mempunyai asas agama yang baik,dia akan tahu tugas dan tanggungjawab harus di pikulnya sebagai suami dan bakal ayah sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan.

Fizi Zaidi berkata...

bagi pendapat fizi..kalau dh jodoh dengan sapa2 pon boleh jadi..tapi sebaik2 pasangan adalah pasangan yang berlandaskan islam cam yang cikYaya terangkan...:D

mujadafewa.my berkata...

bagi muja, laki yang buat muja nak selalu cakap ngan dia adalah lelaki yang muja nak. yang idea bercakap mencurah2 kalau ngan dia,, rupa paras tu pulak muja ingatkan penting dulu. then bila muja hadapi sendiri, sebenarnya tak pun,, banyak yang hensem but still muja tak feel ngan dorang,, hehe

Nurul Syawani berkata...

teng0k dari segi kesabaran dia ..mcm mna dia nk kawal perasaan dia .. nie nie baran ke x.. yang jujur,ikhlas,penyayang dan beragaman tu dah tentu :)
tapi kal0 laki yg pandai bercakap lagi best, yg pandai berdebat, rasa teruja dgr ..

Zaza berkata...

yg terbaik dan yg penting iman nya =)

Rozita berkata...

ikut list akak 2, 7, 3, 1, 6, 4 ....avoid 5... lelaki seksi? huih..x daya..

Tetamu Istimewa berkata...

Semoga berjaya dalam peperiksaan.
Pandanglah dengan mata hati.

Hatimi Tahirruddin berkata...

haha menarik ni...teringin jugak nak tahu....nanti kalau dah ada semua jawapan boleh compile lagi sekali bro....

hehe apa2 pun all the best utk exam....

hana hadi berkata...

hana cakap jujur ni(tak ikut hadis apa2)

1. mula2 tengok lelaki yang kita xkenal lalu sebelah or ternampak, pandangan pertama mesti akan kata "hensemnya" bagi yang hensem, "tingginya" bagi yang tinggi. kiranya dari sudut luaran. Tapi dalam hati perempuan sebenarnya dia xda niat apa2 pun sekadar cakap ikut apa yang dia nampak.

2. bila dia dah kenal lelaki tersebut, dia tak pandang dah luaran yang pertama tadi. dia akan tengok sifat lelaki mcm penyanyang, cakap besar ke apa ke..

3. Kalau sekadar nak berkawan, duit tu biasa ja. Kalau sampai nak beristeri duit tu kena ada. kalau xda duit pun, cukup la sekadar ada aset seperti motor, kereta,

kesimpulannya... luaran tu hanya bonus.no2 paling penting no3 sederhana penting .. ingat sayang tu boleh beli makanan ke? hehe

Kalau cukup semua ni. perfect lah lelaki tersebut. apa2 pun xda yang perfect

S.K.A berkata...

Menarik ni he3 :)

Ummar Farouk berkata...

Nice info bro. Tak terfikir saya selama ini...

Khairil Mazri berkata...

assalamualaikum acik.

bagi saya, soalan acik yang panjang lebar tu saya dapat simpulkan dalam satu ayat.

"semuanya amat berperanan penting, tak kesahlah kita nie hansem, comel, kaya, beragama, berperangai pelik, dan sebagainya; tapi itu bukan mereka pandang, just cukup kita membawa dia ke syurga je, insya-Allah berkat dunia dan akhirat."

Azwar Syuhada berkata...

Keimanannya, tingkah lakunya, sifatnya, tambah sikit (kekayaannya)..hehehe :)

||aLeaSaRa|| berkata...

pesanan kak lea kepada adik2 blogger yang cantik manis jelita...

-semasa keluar dating,dia tengok tak jam?dah masuk waktu solat ke belum.Kalau solat pun dia tak jaga..hurmmmm
-tak pegang tangan sebab dia hargai kesucian hubungan ini.Maknanya dia menjaga maruah korang sebagi seorang perempuan.
-sentiasa minta izin dari parents atau at least dari abang/kakak korang.itu tandanya dia jujur dan tak berani nak buat bukan2 belakang family
-bekerja tak kisahlah apa jawatan/bidang sekali pun janji halal dan berkat..itu tandanya dia pandai merancang perbelanjaan,tak kan dah kawin nak suap makan maggi atau celup biskut kering je kan.
-rupa?alah kot dia berjerawat penuh pun,kan ada macam2 produk..tak pun suruh je dia cuci muka selalu,pakai bedak sejuk..dah..settle he3..rupa hensem pun kalau peel asyik peningkan kepala kita..cabut lari jelah dik oiii
-ringan tulang tapi bukan ringan tangan ye adik2!!!masa bercinta pun dah kana sepak terajang tumbuk bagai..kalau dah kawin keluar harian metrolah kita..


Amanina Mads berkata...

selalu kalau tgk lelaki mesti tgk budi bahasa dan perangainya dulu. rupa tu tak memilih sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails