Perempuan cute

Assalamualaikum

Alhamdulilah , dapat lagi bernafas dan melihat keindahan alam walaupon cuaca macam cameron highland. Dah dah jangan merungut tentang jerebu , semua ada hikmah Jelebu nie. Dan doakanlah agar semuanya kembali seperti sedia kala. Kawan kawan semua doakan acik ye, esok first paper untuk final exam. Wish me good luck :) 

Ahh hari ini , acik nak minta pendapat kaum hawa pula, biasanya entri acik berkaitan dengan perempuan saje , kali ini tentang lelaki pula. Acik nak tahu juga apa yang perempuan lihat pada lelaki , jika kamu ada pandangan sendiri sila bagitahu comment. 

Apa Yang Perempuan Lihat Pada Lelaki ? 

1. Adakah pada paras rupanya, nak tengok dulu muka lelaki tu ,handsome tak, cute ? sedap mata memandang ? kacak ? biasa-biasa saje ?

2.Adakah pada perangai  , lelaki tu macam mane ? pemarah ? penyanyang ? suka buat lawak ? dan macam macam lagi . Ini masanya untuk mengenal lelaki tu bagaimana

3.bila dah kenal barulah buat andaian kata lelaki itu baik atau tidak, saat inilah menilai melalui agamanya ? . Untuk lihat lelaki tu bagaimana, kalau ajak jalan jalan , waktu solat terlepas tak ? jalan - jalan nak pegang tangan ke ?  a

4.Mungkin tengok pada kewangan lelaki tersebut ? agaknya kot, segelintir perempuan sekarang nie suka perempuan yang ada kereta, yelah nak ke sana sini senang katanya

5.Mungkin juga tengok pada kemachoannye ? keseksian . Yelah lelaki sekarang kan suka nak build up nak badan ketak ketak, mungkin ada segelintir perempuan suka badan jenis ini, agar dia rasa protektif

6.Mungkin pada pendidikannya ? yelah kalau pandai pandai mesti kerjaya pon stabil , kewangan pon automatik pon stabil .

7.Adakah lihat pada budi bahasa ? yelah suka lelaki cakap beralas dan beradap ? hormati orang tua ?

Ahhh acik malas nak ulas panjang lebar, apa kata kamu buat pilihan sendiri , Apa yang kamu lihat pada lelaki . Sila listkan dan bagitahu di comment.

Acik harap sangat pandangan kamu semua :)