Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Lelaki Suka Mempermainkan Perasan Perempuan ?



perempuan kecewa


Assalamualaikum


Alhamdulilah hari ini dapat lagi benafas di bumi pinjaman dari Allah ,sambil melihat keindahan ciptaanNy. Maaf sangat hari ini agak sibuk, penat rasanya ada kelas dan macam macam lagi. Tapi tak pelah demi pembaca blog acik, acik sudi luangkan masa. Beberapa hari ini acik dapat banyak soalan dari rakan rakan yang minta pendapat, tapi acik jawab satu satu yer dulu,

Hidup tanpa sakit hati ? tanpa kecewa ? tanpa sedih ?  adakah ke pada tahun 2013 ini tak ada orang yang tak pernah rasa ? walaupon sedikit ? ermm itu semua lumrah yang perlu kita terima dan laluinya walaupon tidak kata tak mahu. Itu ada pengalaman paling berharga dalam hidup ini.Boleh acik printscreen pertanyaan wawa. 

perempuan sakti hati


Lelaki di syaratkan untuk melindungi wanita dan dalam institusi keluarga lelaki adalah ketua keluarga.Tapi tak semuanya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai lelaki dengan baik. Dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan yang perlu di hadapi. Wawa jangan cepat melatah, bukan semua lelaki jahat, adakah ayah atau abang wawa itu jahat ?

Jangan mudah buat kesimpulan di sebabkan individu tertentu abis satu kampung di canang sebagai jahat. Ingat ini semua ujian Allah untuk kita. Ada 2 jenis ujian yang Allah berikan untuk kita melalui Manusia dan melalui kesenangan serta kesusahan.

Yang wawa katakan adalah ujian melalui hati dan perasaan di mana wawa di uji  bahagian itu , tapi di sisi lain mungkin wawa kesenangan hidup .Ujian yang Allah berikan kepada wawa adalah melalui lelaki dan bagaimana wawa akan hadapi sesuatu pekara itu Allah mahu melihatnya dan Allah menguji seseseorang itu mengikut kemampuanya. 

Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."

Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.

Ingat bahawa untuk dapatkan lelaki yang baik ,kita kena jadi yang baik dulu dan jangan cepat menuding jari pada orang lain.Mungkin cara kita membawa cinta itu yang salah, adakah cinta kita kerana dia lelaki yang kita impikan? ke hulu hilir bersama ? pegang pegang tangan ?  kerana dia handsome ? atau kerana Allah. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan penuh teliti dan terbaik sekali. Mungkin dia nak jumpakan kita dengan orang yang salah agar kita dapat menginsafi diri kita .Dan insyaAllah akan pertemukan dengan orang selayak untuk kamu.

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu."

Maaflah panjang lebar pulak menaip ini .Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.

kesakitan yang kita alami akan menjadikan kita orang yg lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab lepas tu kita dapat banyak pengajaran.

Catat Ulasan

40 Ulasan

Unknown berkata…
Nice entry acik :)
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik utk lelaki yang baik...in shaa Allah...
Adilah Asari berkata…
ya betul tu..kesabaran yang sebenar adalah redha saat ditimpa ujian pada drinya..
tarmizi berkata…
apabila malaikat jibrail tanya pada umat muhammad kenapa kau ciptakan derita pada umatmu muhammad lalu ia menjawab ini kerana aku rindu akan rintihannya :(
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah :)mudah mudahan
Akupenghibur.com berkata…
suka ayat di atas nie
Tanpa Nama berkata…
betul tu acik...di sebalik kekecewaan itu pasti Allah janjikan sesuatu...
Lieza Nordin berkata…
sedih+kecewa+bahagia mmg lumrah dlm perhubungan...huhuhu~~ mungkin kenal y belum tepat sblm y tepat..ehhehee
Unknown berkata…
Semuanya ada hikmah tersembunyi..
Unknown berkata…
Entry yg sgt baik acik. Semoga sama2 beroleh manfaat. Bukan semua laki2 mcm tuh dan bukan semua jugak wanita dikecewakan. Ada juga laki2 yg setia dan ada juga wanita yg pandai memainkan perasaan laki2. Cuma masing-masing blum jumpa dgn org yg benar2 ngam dgn kita. Itu jerk. Yg selebihnya, sama2 pikirkan...
Fareto berkata…
Setuju bro. Untuk dapat kan pasangan yang baik, kita pun kena jadi baik Insyaallah bertemu dengan jodoh yang baik juga untuk kita :)
nice and good entry bro acik ..
Unknown berkata…
no komen :0 ..[tpi comment gak kat sini...hihihi]
Mizz Aiza berkata…
memang terbaik jawapan acik.. tak semua lelaki jahat.. sama juga dengan perempuan, tak semua perempuan baik.. bagi pendapat akak, usah berikan 100% cinta kita kepada lelaki yang kita cintai.. bahagikan juga cinta itu untuk diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, sahabat baik dan semestinya kepada Allah swt..
Tanpa Nama berkata…
dlm melalui perjalanan hidup ini , kita mmg x dpt elak dr merasai semua tuh . cuma klu nak hidup tenang , jgn kacau org lain ... tapi klu kita x kacau org , tapi tetiba org kacau kita , itu ujian Allah .
Unknown berkata…
Allah memang sengaja uji cinta dan sayang kita kalau kita lupa akan cinta kepada DIA....

Tida cinta yang peling indah melain cinta kepada ALLAh S.W.T
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. kadang itu jlnnye
Akupenghibur.com berkata…
amin.. semoga di berikan hikmah tersebut
Akupenghibur.com berkata…
amin.. semoga kita dapat manfaat bersama
Akupenghibur.com berkata…
betul kak dan jgn lupa cinta kepada Allah dan family yg utama
krole berkata…
jangan kerana seorang...semua kena tempiasnya...bukan semua lelaki jahat...bukan semua lelaki macam tu. Kena ingat...semua itu ketentuan dari Allah, mungkin ada yang lebih baik Allah nak beri tu, sebagai hambaNya kta kena redha dan banyak bersabar. Banyakkan berdoa
Wan Gerrard berkata…
tak pasti wawa ni baru sekali ditinggalkan atau sudah banyak kali..kalau dah banyak kali patut lebih arif tentang perhubungan ini..Lebih elok jangan difikirkan dahulu cinta, apabila anda sudah bersedia, cinta yang betul akan hadir nanti.
miss yatie berkata…
mungkin Allah ingin menguji sejauh mana ketabahan kita, lalu DIA temukan kita dengan orang2 yang salah, agar kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik, kerana kita tahu kebaikkanakan bertemu kabaikkan kan?
Unknown berkata…
bukan tak ada lelaki baik...byk yg ada diluar sana... cuma kita kena cari..... cermin diri...... dan sebaik manakah yg kita mahukan.......insyaAllah...pasti bertemu nanti..... kita berserah padaNya... Dia sebaik baik merancang dan tentukan jodoh kita....
Fais-SKA berkata…
penerangan yg bernas acik..bkan xde llki baik..cuma xramai kot..mgkin Allah nk mguji dia..bykkn bersbar..in.shaa.Allah jmpa yg baik 1hr nnti..
BinMuhammad berkata…
Salam,
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Lihat kembali keadaan diri dan bermuhasabah...
Jawapannya hanya anda sendiri yg mampu menjawabnya. Semua yang disini hanya dapat membantu utk memberi petunjuk dan arah...
Unknown berkata…
wah terbaik jawapan dalam entri ni...hehe harap wawa boleh ambek semangat dari kata2 acik tu...nak kasi nasi tambah rasanya tak perlu lagi....
Nina Mads berkata…
suka dgn kata2 achik nie..semoga mendapat jodoh yg baik2. aminnn :)
Unknown berkata…
tajuk saje penuh persoalan..haha!!

lelaki baik utk perempuan yg baik..
kalau xjmpa yg baik tu faham2 lah!!hehe
iha berkata…
suka sangat dengan ayat yang last sekali.. belajar dari kesilapan :)
Aimacomel berkata…
paham, saya paham..
Eny Abdullah berkata…
terbaik la entry ni acik.. suka baca.. semoga acik cepat dpt jodoh yg baik baik dan sempurna di sisi Allah dan suami.. amin....
Najihah Syuhada berkata…
terima kasih. pengubat dan pembakar semangat saya.