Assamualaikum

Baru selesai untuk pendaftran baru pelajar penerapan Uitm untuk kolej  kediaman dan baru terbaca tentang pemergian seorang pelakon yang sangat acik minati ini, berilah apa sahaja watak untuknya pasti dapat di lakonkan dengan baik sekali.

Innalillahiwainnailaihirojiun..
Di khabarkan Pelakon terkenal tanah air, Allahyarhamah Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.



Marilah kita sedekahkan al fatihah untuk  Allahyarhamah Maimon Mutalib,semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al fatihah