Assalamualaikum

Alhamdulilah sekarang berada di kampung ,pastinya semua sedang buat persiapan untuk hari hari adiladha begitu juga acik sekeluarga.  Tetapi fikiran masih lagi memikirkan tentang banyak pekara di Shah Alam . Beberapa hari lagi kami pelajar Faculty of Communication and Media Studies uitm akan mengadakan program di sabah. Tetapi banyak lagi yang perlu di selesaikan.

Ahh berbalik kepada tajuk entri ini, isu yang acik ketengahkan adalah berkaitan dengan isu pemansuhan PMR. Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk pelajar tingkatan 3, tahun depan sudah tiada lagi PMR. 

Pertama sekali pendapat tentang isu pendidikan, setelah kami "brainstorming " isu Pemansuhan PMR ini ingin kami ketengah untuk mendapat pandangan orang ramai. Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan  peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, pelbagai pihak memberi reaksi termasuk diri acik sendiri.

Kalau dulu peperiksaan PMR digunakan bagi memilih murid ke sekolah berasrama penuh dan penempatan ke aliran persekolahan tertentu pada peringkat menengah atas, iaitu aliran sastera, sains, teknikal, vokasional dan agama. Peperiksaan ini pernah digunakan memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah atas. Penilaian ke atas pembelajaran perlu dilakukan untuk mengetahui pencapaian dan prestasi murid dalam pembelajaran mereka.

PMR ingin di mansuh dan bakal di gantikan Penaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) ada yang membangkang dan ada juga menyokong. Mungkin banyak pekara yang tidak jelas tentang pekara ini dan ada juga menyuakan agar di kekalkan PMR itu.
 
Keputusan penaksiran berasaskan sekolah hendaklah digunakan untuk tujuan memantau pencapaian dan prestasi murid. Sehubungan itu, guru perlu memaklumkan keputusan penaksiran yang mungkin dilakukan secara berkala kepada murid dan ibu bapa yang akan menggunakan keputusan itu untuk mempertingkat dan menambahbaik kelemahan diri dalam perkara-perkara yang dinilai atau ditaksir. 

Jadi mari dengar pandangan dari segelintir rakyat Malaysia yang memberikan pendapat mereka tentang isu .

Acik minta jasa baik untuk kamu semua lihat hasil kerja kami yang upload di youtube sebagai permulaan kami sebagai pembelajaran. Acik sebagai wartawan yang menanyakan dan tidak nampaklah wajahnya hanya tangan sahaja yang nampak.