Pengikut

Rabu, 16 Oktober 2013

Budaya Memberi Salam Ketika Berjumpa Yang Semakin Di Pinggirkan



Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya acik dapat menaip dengan tenang setelah beberapa hari tak ada entri kerana menyambut hari raya qurban di kampung memang agak sibuk. Sekarang telah kembali ke Shah Alam kerana esok acik akan Dalam perjalanan ke Sabah tiket pada pukul 7 pagi.

Setiap hari kamu berjumpa dengan kenalan kamu mahupun orang yang tidak kamu kenal. Tapi pernah tak kamu memberi salam ketika kamu berjumpa ? 

Zaman sekarang ini budaya memberi salam ini telah bertukar trend apabila berjumpa , anak muda sekarang kalau berjumpa  "wats up bro !! , hello brother , hei sis , give me 5 , " dan macam-macam lagi,

Assalamualaikum (selamat sejahtera atas kamu) , mudah dan ringkas untuk di taip dan di ungkapkan dengan perkataan tetapi susah untuk di lakukan .Tahukah kamu ada 6 hak sesama muslim yang perlu kita laksanakan. 

6 Hak Seorang Islam :
  1. Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
  2. Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir).
  3. Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
  4. Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan).
  5. Jika dia sakit, maka ziarahilah.
  6. Jika dia mati, maka iringilah.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;

 “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)
.
Dalam agama Islam ada cara tersendiri untuk cara memberi salam, ianya terkandung dalam 6 hak seseorang Muslim sebagaimana yang telah dinyatakan hadis di atas.Bukan susah pun wahai kawan-kawanku, apabila bertemu kawan kamu, adik beradik mahupun sesiapa saja berselisihan dan memberi salam serta melemparkan senyuman yang manis. 

Jika ada yang mengucapkan salam kepada kita sedang kita dalam keadaan sendiri, maka kita wajib menjawabnya kerana menjawab salam dalam kedaan tersebut hukumnya adalah fardu ‘ain. Sedang jika salam diucapkan pada suatu rombongan atau kelompok, maka hukum menjawabnya adalah fardu kifayah. Jika salah satu dari kelompok tersebut telah menjawab salam yang diucapkan kepada mereka, maka sudah cukup. Sedang hukum memulai salam adalah sunnah (dianjurkan) namun untuk kelompok hukumnya sunnah kifayah, jika sudah ada yang mengucapkan maka sudah cukup.

Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:
  1. Ketika berjumpa muslim.
  2. Ketika beredar daripada orang ramai.
  3. Ketika pulang ke rumah.
  4. Ketika masuk ke rumah yang kosong.
  5. Ketika masuk ke dalam masjid atau surau yang kosong.
.
Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:
  1. Berada dalam tandas.
  2. Sedang makan atau berperang.
  3. Sedang membaca Al-Quran.
  4. Sedang berzikir kepada Allah.
  5. Sedang membaca hadis nabi.
  6. Menjadi katib atau sedang memberi peringatan (mengajar).
  7. Sedang belajar sebarang ilmu.
  8. Sedang meminta-minta hajat.
  9. Sedang berseronok dengan ahli keluraga.
.
Cara Memberi Salam :
  1. Beri salam dengan cara terbaik. (Semakin panjang dan lengkap salam kita, semakin besar pahala kita.)
  2. Beri salam kepada yang lebih tua.
  3. Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
  4. Yang berjalan beri salam kepada yang duduk.
  5. Kumpulan yang sedikit beri salam kepada yang banyak.
  6. Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal atau tidak kenal)
  7. Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yang beri salam itulah yang paling baik
Memberi Salam dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :
.
Gunakan perkataan “salam” atau “assalam”
Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا ۖ قَالَ سَلَامٌ 

 “Dan Sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, Dengan membawa berita Yang mengembirakan. lalu mereka memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (Wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”.” (Surah Hud : Ayat 69)
.
Mudah bukan hanya mengatakan assalamualaikum, kita dapat juga mengeratkan silaturahim , tak susahkan ? jom kita mulakan kembali budaya memberi salam antara kita. Sesungguhnya memang tidak mudah untuk kita memulakannya jika tidak biasa, tetapi bermulalah dengan beransur, sedikit demi sedikit.  InsyAllah, akan sebati di dalam diri…   ‘Alah bisa, tegal biasa’.


Share This!


26 ulasan:

onn Lajer berkata...

Bukan susah sangat pun nak beri salam nih

Kisah Si Dairy berkata...

insyallah...moga dipraktikkan terus ucapan salam itu..kerana itulah istimewanya islam kan acik

Nasuha berkata...

InsyaAllah....akn sentiasa amalkan memberi salam kpd saudara kita...

Asha Lya berkata...

insyallah kerna diberi peringatan..

Mawardi Yunus berkata...

skang ni kalau jumpa mat bangla diorang yang bagi salam kt kita.. huhuhuh

tarmizi berkata...

watups bro hehe gurau je assalamualaikum acik...

Fizi Zaidi berkata...

terlalu banyak pengaruh barat dan media..nie lah jadinya..heeh..:) salam Aidiladha bro^^ semoga perjalanan ke sabah lancar dan urusan dipermudahkan:)

Sylarius Yusof berkata...

Entahlah. Pasal budaya beri salam ni, diri aku sendiri pun dah makin kurang amalkan. Terasa semakin janggal. Habis kuat pun cuma senyum ajelah, untuk elakkan tanggapan orang yang menganggap kita ni sombong.

Nak bagi salam ni, perasaan takut nanti orang kata bajet alim tu still ada lagi. Termakan hasutan syaitan agaknya.

ika zulkefli berkata...

masa time sekolah dlu selalu amalkan beri salam bila jumpa ckgu..hihihi

Mazatul Azura Muhamad berkata...

Assalamualaikum!! :) Salam ziarah... Terima kasih atas perkongsian..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

ucapan yang pendek dan ringkas.. namun semakin kurang diamalkan dalam kehidupan seharian.. semoga menjadi amalan kita semua..
p.s: acik pergi bercuti di sabah ke?

veesandy berkata...

org korea klu bertembung akan tunduk hormat . org islam klu bertembung selalunya cuma senyum jer ... saya sendiri juga kekadang terlupa nak beri salam bila bertembung dgn sesama islam ...

Norhasniza Khalid berkata...

sekarang begitu lah acik, moden sangat... apapun, terima kasih atas perkongsian acik yang hebat ni..

baby comel berkata...

Thanks acik, dulu kan saya rasa macam segan je bika jumpa nk bg salam. Sampailah customer saya beri teguran. Katanya kan nampak baik dan sopan kalau kita bg salam dari ckp goodmorning semua tu.. alhamdulillah, sejak tu saya amalkan walaupun dalam keadaan org yg berjumpa dgn saya.. mas

Kathy Rbain berkata...

alhamdulillah..acik pegi sabah kat mana?

Nadya Dyana berkata...

Harap budaya salam nie Nad pupuk dalam diri :)

Khir Khalid berkata...

Assalamualaikum Acik.. semoga sentiasa sihat & ceria. T kasih diatas perkongsian yg baik ini.. :)

Ainim Suju berkata...

nice entry. saya suka

Wirda Amir berkata...

Assalamualaikum acik....

Akak bg je salam kalau jumpa sesiapa,apalagi kalau pergi ke rmh org....kalau tk disahut,akak senyum je.....

kadang2 tu kalau jumpa or yg kita rindu n lama tak jumpa,oleh krn terlalu teruja..lupa je nak bg salam......

Mieza Jhaa K berkata...

Byk ilmu dpt hari ni.. kebanyakan remaja dah xditerapkn amalan memberi salam ni..pandai sebut hai je bila jmpa..

ain diyana berkata...

tp itulah kenyataannya acik.. org lebih suke sebut "good morning" "hello" "hi" ... lemahnya diri ini nk mnyebut kalimah Assalamualaikum tu...

bloggerlelaki.com berkata...

bukan nak kaat dekat orang lain..aku sendiri pun tak mampu buat ni

Mohd Ridzwan Abdullah berkata...

Ermm,...sgt setuju dgn entry acik. Hairan kan, kenapa jadi mcm nih.

Cik Itah@RRP berkata...

so true..nice sharing acik..

Tetamu Istimewa berkata...

Terima kasih perkongsian ini acik. Alhamdulillah, di sekolah murid-murid saya apabila berjumpa dengan cikgu-cikgunya akan mereka memberi salam kepada kami.

Maria Firdz berkata...

nice info.. cuma teringat plak kisah si jiran yg bkn salam.. senyum kami pun x berblas.., huhu... dh mkin jauh kn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails