Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Teringin Nak Menikah, Tapi Sedihnya Jodoh Tak Datang-Datang




Assalamualaikum

Alhamdulilah hari ini masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, marilah ucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari saje buat sedikit tinjauan dan pendapat dari rakan-rakan yang. Kebanyakkan mereka mengatakan meraka mahu berkahwin dalam usia 29 tahun ,kira hidup dah stabil. Dan tanggappan mereka kawin di umur 21-26 tahun masih lagi muda untuk kawin .Pendapat kamu semua ? Jadi jom baca sedikit perbualan acik dengan seorang rakan acik yang naif ini. 

Razif : "Acik aku teringin nak  nikah , tapi  sedihnya jodoh tak datang-datang ".
Acik : ala Razif sebagaimana rezeki itu hadir,sebegitu juga jodoh itu dijemput. Jangan hanya ditunggu dan .menunggu .Kalau ada ada niat mahu menikah, apa lagi ? Pergi jemput jodohnya.

Razif : Lahh macam mana pula nak jemput jodoh tu acik ? 
Acik : Tentunya banyakkan silaturahim, ikut usrah, ikut kegiatan pusat islam , berkawan dengan ramai orang .Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Mana tahu jodoh itu hadir ketika kita sedang beraktiviti. 

Razif : Aku memang nak kawin (nikah) tapi aku takut nanti bila aku dah kawin cita-cita dan kerjaya aku tak tercapai.
Acik :  Rezekikan Allah yang berikan, kau percaya padaAl- Quran ? Qada dan Qadar ? Bila kita berkahwin Allah beri kita rezeki ,bukannya buat kau makin susah percayalah pada Allah.

Razif : Tapi aku nak senangkan mak ayah yang banyak berjasa dengan aku .
Acik : Memang betul tu, kan lebih bagusnya kalau senangkan ramai orang seperti orang tua kau, isteri kau nanti mahupun mertua kau. InsyaAllah rezeki itu akan selalu ada jika kau tak pernah berputus asa. tapi kau kena ingat balas dulu jada ibu bapa yang telah membesarkan kau tu ye.

Razif : Tapi aku ini  diri sendiri pun tak terurus apalagi kalau nak kawin.
Acik : Astaghfirullaaah.. Sebab itu dari mula kita kena berusaha dan letakkan matlamat, masih muda ini bukan untuk bersenang lenang. Anak lembu pun pandai cari makan sendiri.

Razif : kenapa di sarankan kawin muda ?
Acik : Biar agama kita disempurnakan oleh Allah di usia kita yang semuda ini, dengan itu kita tahu tanggungjawab kita sebagai anak dan suami .Syaitan paling kecewa bila orang muda bernikah, Ahh bukankah nikah itu penggenap din (agama) ?

Razif : Tapi acik bukankah berkahwin (nikah) itu perlukan belanja yang besar
Acik : Razif memang betul , oleh itu dari mudanya kita kena usaha, buat duit tambungan untuk kawin..cewah.Jika jodoh sampai kita dah bersiap, Bukannya hanya duk asyik main facebook & twitter 24 jam sahaja tak dapat hasillah.

Razif : Tapi acik berkahwin (nikah) bukan pekara main-main , perlu ada ilmu
Acik : Memanglah dah tu tuntutlah ilmu , kalau kau bercinta bagai nak rak dengan anak orang, bawa ke hulu dan kehilir kalau kau tak nak jadikan dia isteri bukankah kau juga akan main-mainkan perasaan dia ?
 
Razif : Tapi acik kalau aku ada makwe aku mesti serious dengan makwe aku tu ,
Acik : Kalau serious tak akan di nodai dia dengan perbuatan, perlaku mahupun tindakan ,biarlah orang yang kita sayang tu kelihatan "exclusive" "hanya kita mampu miliki dia saat yang halal" bukankah lagi best ?  

Razif : Acik nii , kau sindir aku lah tu 
Acik : Razif aku tak niat nak sindir kau ,tapi itulah kenyataan walau pahit kena terima.

Razif : Ahhh acik aku nak bercinta (couple) cara islamlah dengan makwe aku.
Acik : Baguslah macam tu, tapi dalam islam tak ada couple, tapi nak juga couple lah lepas nikah tak jadi masalah. Kan ?

Razif :Kau nie terus asyik cakap pasal nikah aja, aku masih mudalah acik ,aku nak enjoy.
Acik : Enjoy-enjoy juga tapi janganlah usung anak dara orang, tapi kalau kita sempat kawin dan bertaubat... tup tup esok kita meninggal ?

Razif :Emm yelah tu, Ahh acik bukankah berkahwin bagi mereka yang mampu sahaja ?  Yang tak mampu kan disuruh puasa dulu?
 Acik : Betul tu berpuasa itu dapat mengawal nafsu kita ,mampu ada pelbagai maksud yang penting ktia mampu dari segi fizikal ,mental dan kebendaan.

Razif : Aku tunggu di mampukan Allah mengubah nasib aku jadi kaya dulu kot
Acik : Hahahha ko ini razif, Allah tak akan mengubah nasib hambaNya  tanpa ada usaha hambanya sendiri.
 
Razif : Tapi dah iktiyar acik
Acik Alhamdulilah , tapi kena usaha lebih sikitlah
 
Razif : InsyaAllah aku tak akan putus asa acik, mungkin aku juga kurang doa pada Allah
Acik : Alhamdulilah tak apa zif kita sama-sama baiki diri. 

Razif : Tapikan acik apa best berkahwin awal-awal , nanti takut aku tak puas enjoy dengan hidup aku.

Acik : entahlah zif, aku pun tak kawin lagi tapi best apa , tapi kau tak nak ke bila bangun pagi di sebelah ada bidadari hati kita yang menyambut pagi kita dengan senyuman.  Bangun subuh lepas tu berjemaah bersama-sama , sarapan pagi ada yang teman , dia mahu keluar minta izin dengan kau, masa kau sedang kerja ada yang selalu ingat dalam doanya untuk mendoakan keselamatan kau . Daripada kau bazirkan duit untuk belanja makwe kau baik kau memberi nafkah pada isteri kau. Memberi nafkah pada isteri bernilai infaq, tapi kalau beri duit pada makwe dapat apa ?? 

Itulah dia , perbualan kami yang panjang lebar, walaupun umur Razif lebih tua dari acik sangat respect dengan dia kerana dia boleh terima teguran dan gurauan yang acik buat dekat dia. Sebenarnya Razif masih lagi dilema untuk berkahwin selepas di pernah kecewa dulu. Doakan kawan acik seorang ini terbuka pintu hatinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang baik dan menjadi isteriyang baik untuknya juga.


Catat Ulasan

34 Ulasan

Sally Samsaiman berkata…
betul! jodoh, rezeki ajal maut tu Allah yg tentukan...sampai masa nanti ada laa :)
farahiyah berkata…
setiap org ade jodohnya. insyaAllah, smpai masanya, bertemulah jodoh
Shahrul Yusof berkata…
Ni kalau berborak bab nak mendirikan rumah tangga ni, bermula fikir bab jodoh sampai ke persiapan kewangan sampai ke Subuh pun tak habis. Asasnya bagi lelaki yang belum bertemu dengan jodohnya tu, seeloknya perbanyakkan aktiviti kegemaran diri sendiri yang mampu meningkatkan kemahiran diri. Bila diri kita sebagai lelaki dah cukup power dan berkaliber, InsyaAllah wanita akan mendekati kita seumpama magnet. Hehehe
sitirohaida berkata…
mungkin ada jodoh yang lebih baik bakal menyusul..siapa tau kan.
Unknown berkata…
hihi..tajuk entri memang sah dengan jiwa cik akak....
Tiada siapa yang tak inginkan bernikah dik.....

Kenapa Allah melambatkan jodoh kita.....sebab kita belum bersedia lagi utk menjadi ketua keluarga atau penghuni rumah tangga...
doa agar bertemu jodoh yang baik...selamat berblogging.
Mizz Aiza berkata…
rasa kecewa tu normal bagi setiap manusia.. mungkin sebab si dia bukanlah yang terbaik untuk kita, jadi Allah jauhkan si dia dari kita melalui cara perpisahan.. akak doakan semoga sahabat acik dipermudahkan mendapat jodoh yang baik..
Teena Tna berkata…
Aminnnn, bagus juga dia tanya soalan macam ni. Sy baca tajuk entri ni jer pun mcm sesuai dgn sy.
Maria Firdz berkata…
kna lbihkn usaha, doa dan strusnya tawakal pd Allah...
Zaza Iman berkata…
zaza pun ternanti-nanti siapakah.. hehehe... semoga berjumpalah jodoh yg diredhai ALLAH.... :D
Unknown berkata…
doa moga ketemu jodoh yg baik ya..Aminn
Affy Afiqah berkata…
Allah dah tetapkan masa, kat mana, bila dan siapa pasangan kita. InsyaAllah cepat atau lambat mesti ada hikmahnya daripada Allah. Dia nak kita bersedia dari segala segi, mental, fizikal, spiritual. Persediaan dari segi agama dan tanggungjawab tu sebenarnya paling penting sebelum mendirikan rumah tangga.
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. semoga bertemu jodoh yg bersesuaian, baik & yg dpt bersama2 menuju ke syurga.. amin. :)
Hazmin Hamudin berkata…
Dekat Malaysia ni selalunya duit yang menjadi dilema setiap lelaki. Orang takut nak kawin sebab takda duit. Padahal kalau nak fikir duit memang sampai bila2 pun takkan kawin. InshaAllah lepas kawin tu mesti Allah bagi rezeki dekat kita.
Fais-SKA berkata…
Alhamdulillah =) nasihat yg baik acik..bernas je kata2 tu..mmg sngat bermakna bg dia..kalau ambe diberi kesmpatan..mmg nk kawin muda juga..tp blum ada rzeki lg..inshaa'Allah akn diusahakn..syok kawen muda2 ni
Aku pengembara berkata…
Jodoh itu rahsia Allah... Apapun semoga bertemu jodoh yg baik2 :)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Bagus perbualan acik n rakan tu....seorg lelaki tu,apabila sudah mampu dr segi zahir dn batin,jatuh wajib utk berkahwin,nabi x mengaku umat nnti tau..hehe..lgpun Allah dh janjikan,setiap perkahwinan itu disertakan dgn rezeki...betul semua yg acik ckp pd kwn tu..jgn risau tentang tu..sahabat2 nabi,semua berdoa supaya mati dlm keadaan status berkahwin,bkn bujang...tanya ustaz kazem...hehe...moga kita dipertemukan jodoh yg baik2 smbil itu kita cuba perbaiki diri...

Akakpun tgh tunggu encik halal,mcm kawan acik tu juga..hehe..gatai je kan....
Unknown berkata…
ish..ish.. razif ni.. dia yg mula topik nk nikah tp jodoh x sampai2.. pastuh dia plak kata masih muda n nk enjoy dulu.. hohohoho.. untung dia kawan ngan acik.. kalau kawan ngan ain mesti dh kene cekik.. LOL .. itu semua dilema org yg belum nikah.. sapa xnak kawen.. smua org nak kwen..tp tu la..hmmm.. :)
bicara mak dara berkata…
so tru semuanya allah swt tentukan . Jadi sabar dan redha menanti
Fiza Aizzawa berkata…
moga ditemukan jodoh yg baik2.. yg penting jgn lupa mencari sbb jodoh mmg dr Allah tp kita kena la ikhtiar..ngorat byk 2 yer.. hihi
Khir Khalid berkata…
In Shaa Allah.. pasti akan bertemu jodoh yg sesuai nanti. Jodoh pertemuan ditangan Nya.. dia yg lebih mengetahui & pasti akan memberi yg terbaik.. amin.
BinMuhammad berkata…
Segalanya adalah perancangan Allah...pasti ada hikmah disebaliknya. Berdoa dan berusaha, semoga Allah memberi petunjuk...
Unknown berkata…
entri acik mmg syuk suka baca , kadang2 bertuah syuk ada abg angkat mcm acik. hehe
Tanpa Nama berkata…
insyallah..pasti ada.. :)
shazillahsani.com berkata…
insyaallah sampai masa bertemu jua jodohnya..^^
tarmizi berkata…
Samalah kita razif :(
kuchalana berkata…
sampai masa yg sesuai akan ketemu jua jodoh kita tanpa kita sangka..hu3..berdasarkan pengalaman aku
Unknown berkata…
Panjangnya juga perbualan tu..byk soalan betol Razif ni..tp Acikk jawab dgn baik sekali..terbaikk..
norhasnizakhalid berkata…
jodoh itukan di tangan Allah... insyaalah, pasti akan ketemu jua, berdoalah lah pada Nya
Unknown berkata…
Wah..panjangnya cerita Acik.. Boleh buat drama ni..Hehe.. Betul-betul bernikah dulu baru couple, yang tu semoleknya.. :-)
Unknown berkata…
moga acik n razif bertemu jodoh yg terbaik drNya
indahnya alam perkahwinan ni, sentiasa diwarnai dgn gelak tawa, kasih syg yg tiada penghujungnya
Tanpa Nama berkata…
ajal dan jodoh rahsia Allah...
Unknown berkata…
tenangkan hati, ikhlas kan semua yang berlaku dan paling penting jangan putus asa.. InshaAllah. Semoga kita yang sedang mencari pasangan ditemukan dengan insan yang baik pekertinya, Aaamiin