Pengikut

Khamis, 10 Oktober 2013

Kisah Benar : Aku Bagaikan Mati Hidup Semula



Assalamualaikum 

Alhamdulilah hari pertama untuk shooting kumpulan kami punya "stand upper" dan temuramah orang ramai untuk mendapatkan pandangan mereka. Balik tadi terus check comment di blog mahupun di facebook, ya Allah tak sangka adaj uga yang sudi baca cerita-cerita acik yang lama ? 

Ada seorang pembaca itu menanyakan pada acik, bagaimana acik terbuka nak berkongsi tentang "islamic" sedangkan kalau dulu entri-entri acik bukanlah seperti itu lebih kepada duniawi dan cinta. Dan ada yang bertanya kenapa memilih untuk kisah islamic dan cinta ? tak takut orang bosan ?

Pada acik ,kalau kita buat pekara yang baik ,insyaAllah Dia Maha Mengetahui segala benda akan menolong kita. lagipun sebarkan ilmu Allah itu tak salahkan ? Kalau kamu sedar , acik pelbagai cerita di setiap entri acik, ada cinta, tentang islam dan kehidupan kita. Pada acik , acik sukakan perubahan dan sedang baiki diri, sambil-sambil itu boleh la menyebarkan ilmu yang acik tahu.

Okeylah acik kongsikan satu cerita yang menjadikan perubahan yang terbesar dalam hidup acik, hanya di blog acik ceritakan  dan tak ramai yang tahu. Dan kisah ini yang buatkan acik ingin berubah dan mahu lakukan perubahan secara perlahan lahan. Bukan semua orang yang dapat Hidayah Allah bahkan orang islam sendiri pun ada yang tidak dapatkan.Siapa yang dapatkan sangat beruntung dan jangan lepaskan.

Ceritanya bergini, masa itu acik baru balik dari menonton wayang di Melaka , badan terlalu penat rasanya dan dengan tanpa menukar pakaian acik terus tertidur. Tiba-tiba acik terdengar satu hentakan yang kuat entah dari mana datangnya. Acik tersear dari tidur tapi acik pelik kenapa keadaan menjadi gelab gelita dan acik tak nampak apa-apa. Secara tiba-tiba acik rasakan satu cekikan yang kuat di leher acik dan apabila acik melihatnya makluk yang amat besar sedang mencekik acik, masa itu rasanya tak dapat kerana menahan sakitnya di cekik. Tiba-tiba kedengaran suara yang kuat dan bergema kedengaran 

" sepanjang kau hidup apa yang kau buat ? kau asyik dengan dunia kau sahaja !! Nyawamu kini di tanganku !!!

Acik dapat rasa cekikan itu semakin kuat dan buatkan acik tercugap-cungkap . Masa itu acik rasa acik akan mati. Suara itu berkata lagi : " Ini adalah peluang terakhir kau untuk mendekatkan diri pada Maha PenciptaMu , lembutkan hatimu untuk terima sinar hidayahnya , bebaskan fikiran kau dari fikirkan dunia. Kau hanya ada 2 pilihan sama ada hidup atau mati.

Yang mampu acik jawab 'aku mahu hidup " 

Kau memilih untuk hidup , peluang ini tidak akan datang kali ke dua .Maka berbaktilah pada orang tua, ahli keluarga ,sahabatmu dan orang sekelilingmu.  Sampaikanlah kepada mereka kebaikan maka kebaikan itu juga akan datang pada kau.

Lepas dari kata-kata terakhir tu, cekikan itu di lepaskan, acik rasa dapat bernafas semua. Dan acik tersentak dari mimpi tersebut. ya Allah air mata jangan cakaplah menjurai-jurai mengalir dengan deras sekali . Acik dapat rasa saat itu leher acik memang rasa betul-betul di cekik . Ini adalah kisah benar yang acik hadapi bukan rekarasa. Mulanya acik anggap ini hanya sekadar mimpi tapi bila acik tanya ustaz, dia kata ini mungkin salah satu bentuk hidayah dari Allah untuk acik. Alhamdulilah acik dapat terima baik pekara ini dan acik fikirkannya dengan cara apa untuk acik sampai nasihat dan peringatan ini untuk semua orang ? Jadi acik pilihlah melalui blog acik ini. 

Demi Allah Ini adalah kisah benar sekali lagi acik ulang biar tak ada yang keliru, ayat yang acik gunakan itu untuk lebih nampak dramatik sedikit tapi cerita itu lebih kurang berlakunya seperti ini. Mungkin dah sampai waktunya acik berubah dan sejak dari itulah bermulanya perubahan diri ini. Doakan acik semoga sentiasa di jalannya yang benar dan tegurlah acik jika kamu rasa penulisan acik ini tidak betul ,acik siap terima nasihat dan kritikan. Acik bukanlah seorang manusia yang baik tapi acik sedang baiki diri , maafkan acik jika ada buat kesalahan kepada kamu semua.


Share This!


32 ulasan:

  1. untung acik..tak semua orang diberikan peluang untuk dapat hidayah tau..gunakan ia sebaikknya :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... mogaitu petunjuk positif utk acik dan utk semua juga mngkin...

    BalasPadam
  3. hidup cuma sekali, jadi gunakan masa dan waktu tu dengan sempurna :) dan kerana ALLAH

    BalasPadam
  4. Saya pun nak minta maaf kat acik kalau ada buat salah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah Acik.. indahnya Islam, dgn niat yg baik pun dah dijanjikan pahala, apatah lagi jika dilakukan & diamalkan.. subhanallah. Kita manusia mmg tidak sempurna ttp bersamalah kita berpesan2 utk kebaikan agar hidup kita semua diberkati.. amin. T kasih diatas perkongsian yg baik Acik. Semoga terus sukses. :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah =) beruntung sbnarnya acik dpt ptanda spt ni..bkan semua orang dpt..ada yg terus lalai dgn dunia smpai mati..tp acik terpilih utk berubah..Alhamdulillah yg baik tu sma2 kita ambil dn kgsi..yg bruk kita jauhkanlah..slgi msih hdup, slgi tulah kita kena berbakti pd agama dan orang skliling..perkongsian yg baik

    BalasPadam
  7. Salam acik..

    Alhamdulillah..biasanya hidayah akan dtg pd seseor dlm mimpikan acik...moga acik terus berbakti pd kedua ibubapa,saudara mara dn org2 sekeliling dgn cara yg acik mampu..contohnya di blog ini..kami inilah org2 sekeliling acik...dgn ilmu yg akak dpt dr sini akan membawa kebaikan pd kita bersama...in syaAllah...acik belajar lagi ke apa?uitm shah alam ke?maaf akak jln2 ke blog guna hp je jd pandangan akak terhad pd pic dn entry..lain2 widjet tk kelihatan sbb tu akak jarang menulis di chat box...maaf ye acik...hrp acik faham...kalau sudi,jwb la soalan ni di blog akak ye....hehe...terimakasih...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, Syukur Acik diberi hidayah dan menerimanya dengan membuat perubahan. Yang perlu dijaga ialah beristiqamah dalam setiap perubahan dan amalan. Biar sedikit tapi berkekalan. Kak Ain doakan agar blog Acik akan menjadi satu medan dakwah dan amal. Juga moga Acik diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aamin ..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..masih diberi peluang utk hidup berbakti...kan....tak semua orang dapat hidayah macam acik dapat ni...dan tahniah atas perkongsian yg sungguh bermakna ini...


    x0x0 ^___^

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..Acik diberi hidayah. Saya doakan semoga Acik sentiasa istiqomah dalam melakukan perubahan yang positif

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, hidayah milik Allah. Allah berhak meurunkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya :)

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah ..acik diberi pertunjuk dan hidayah..tak ramai yang diberi peluang begitu..sama-samalah kita ambil iktibar dan beristiqamah..terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  13. alhamdullilah acik..tak semua orang bertuah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t..

    BalasPadam
  14. Acik.. bila ain baca part yg acik kene cekik tu,, dada ain pun rasa sesak sgt mcm seolah2 kene cekik jugak.. maha suci Allah.. Allah sayang acik...

    BalasPadam
  15. alhamdulilah..moga acik terus limpahi rahmat ilahi.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, Bersyukurlah kerana diusia muda sudah mendapat petunjuk dan hidayah...semoga kekal dan berterusan. Jangan sesekali lupa diri...

    BalasPadam
  17. kalau tahu bila nak mati tak de rasanya org nak buat dosa . :)

    BalasPadam
  18. salam acik...
    untungnya acik....
    allah s.w.t sayang acik :)

    BalasPadam
  19. acik seorang insan yg sangat sangat bertuah utk menerima hidayah dari Allah swt.. Itu tandanya tuhan sgt sayangkan acik.

    BalasPadam
  20. Acik masih belajar....ok..acik pernah buat GA utk blog acik ni tak?maaf ye acik,akak tak blh tgk lebih blog ni guna hp..pandangan akak terhad.....akak tanya pasal GA ni ada makna...hehe

    BalasPadam
  21. syukurla dan bertuahnye acik bila mnjadi insan yg terpilih unuk mndapat hidayah dariNya..walaupun hnya mlalui mimpi..kdgkala sdah cukup utk mngubah hidup seseorang..:)

    BalasPadam
  22. SubhanaAllah..acik adalah antara insan terpilih untuk di beri hidayah dr Allah..

    BalasPadam
  23. perkongsian baik insyallah ada sahamnya juga nanti

    BalasPadam
  24. bersyukur sbb itu semua mungkin petunjuk dr Allah.. terima kasih acik atas perkongsian..

    BalasPadam
  25. Allah itu maha penyayang.. terharu baca .

    BalasPadam
  26. SubhanaAllah, bukan semua org yg dipilih utk mendpt petunjuk Allah..acik sgt2 beruntung..perkongsian yg sgt bermakna..:)

    BalasPadam
  27. Berat juga cara Acik dapat hidayah. Sampai kena cekik. Semoga selepas ni Acik dapat bertemu dengan makwe yang bernama cik Hidayah pula.

    Hehe.. Gurau jer yer.

    BalasPadam
  28. alhamdulillah.. semoga terus istiqamah.. baru akak tahu sikit tentang diri acik..

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah . Allah memberi hidayah kepada acik. :)

    BalasPadam
  30. beruntungnya acik dapat hidaya sebegitu..

    BalasPadam
  31. bertuah acik...alhamdulillah...

    BalasPadam
  32. Takutnya Acikk dpt mimpi mcm tu..alhamdulillah kerana diberikan hidayah utk berubah ke arah lebih baik..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails