Pengikut

Isnin, 21 Oktober 2013

Boleh Ke Orang Islam Makan Ulat Sago Atau Ulat Mulong ?




Assalamualaikum

Alhamdulilah sudah sampai ke Shah Alam, pukul 2 pagi tadi sampai di LCCT dan terus balik ke rumah. Ya Allah badan ini terlalu penat dan perlukan rehat serta pergi urut. Tapi secara jujurnya acik sangat berpuas hati dengan program ini dan acik juga salah seorang komuniti yang laksanakan program ini. Alhamdulilah 3 jambatan siap di bina, untuk tentang jambatan akan di entri yang berikutnya. Program Eksplorasi Rantaian Kasih (ERAT) 2.0 sekali lagi dapat liput luas dari pihak media mahupun dari pihak Air Asia, mereka siap bagi satu slot untuk kami meraihkan kejayaan Program Erat 2.0 Broadbridge ini.

Ahh jangan terkejut untuk gambar di atas ini, pertama kali juga acik pegang sagu atau ulat mulong itu. Memang geli kerana badannya yang gebu itu gerak ke sana ke mari. Pada hari pertama kami sampai di sana kami di tunjukkan oleh penduduk kampung tentang ulat itu, cara untuk makan dan masakannya.Gambar di atas ini hanyalah gimik saja, jangan terkejut pula ye.

Menurut orang kampung, rasa ulat tersebut seperti kacang tanah yang telah di rebus, mempunyai lemak dan agak berkeju.Untuk pengetahuan penduduk kampung Papaga , Papar ini kebanyakan adalah kristian jadi mereka boleh makan .

Bagaimana pula kita orang islam ? 

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk( mendengar kata) mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i.

Para Fuqaha memberikan kaedah untuk menilai makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh kaum Muslimin. Kaedah ini dikeluarkan daripada firman Allah dan sunah baginda Nabi ;

1) Makanan memberi mudarat kepada tubuh.

2) Memberi mudarat kepada akal.

3) Sesuatu yang jijik pada pertimbangan mereka yang sihat emosinya.


Berkata Ibn Qudamah: “Apa yang dikata elok oleh Arab maka ianya halal kerana firman Allah[68];

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ
Maksudnya: dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik

Iaitu apa yang dianggap baik dan elok oleh mereka selain daripada yang telah dihalalkan. Juga beralasan dengan dalil lain[69];

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,

Jika Allah ingin maksudkan makanan yang telah dihalalkan, maka ayat ini tidak menjadi jawapan kepada persoalan.

Juga sesuatu yang dianggap jelik oleh Arab hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah Taala;

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka Segala benda yang buruk;

Mereka yang diiktiraf dan diguna pakai untuk diterima tanggapan baik dan jeliknya sesuatu ialah bangsa Arab Hijaz yang tinggal di kota. Ini kerana Al-Quran mula-mula diturunkan kepada mereka dan mula-mula mendapat mendengar hadis Nabi, maka dirujuk setiap ucapan Al-Quran dan Sunah kepada adat dan uruf mereka tidak selain mereka. Tidak boleh menilai perasaan Penduduk Hijaz yang tinggal di kampung-kampung kerana disebabkan darurat atau kelaparan mereka makan apa sahaja yang mereka temui”.

4) Benda-benda Najis

5) Daging binatang buas yang berkaki empat dan juga burung

6) Haiwan jinak yang mempunyai kuku. Seumpama keldai

7) Haiwan-haiwan yang dituntut oleh syarak untuk membunuhnya

Ulat sagu/sago atau dinamakan ulat mulong atau ulat hambata. Ia tidak boleh dimakan kerana berdasarkan sebab ketiga yg disenaraikan, yakni jijik di sisi majoriti manusia. Perasaan jijik manusia juga perlu diambilkira. Ulat tersebut selepas itu akan bertukar menjadi kumbang pokok sagu yg berwarna hitam. 


Jadi kita ambil iktibar, walaupun kamu pengemar ulat ini .Silalah untuk berhenti. Untuk ketahui lebih lanjut entri yang menarik tentang  Program Eksplorasi Rantaian Kasih (ERAT) 2.0 di Kampung papaga Sabah ? Tunggu entri seterusnya.

Share This!


24 ulasan:

  1. Oh macam tue.. Baru tahu dan faham..jadi memang haram la makan ulat..tiada lagi istilah syubhah..

    BalasPadam
  2. oohh..macam tu rupanya haha baru tahu. ingatkan acik da makan huhu

    BalasPadam
  3. Hmmm.. Sebelum ni saya ingatkan, ianya boleh dimakan sebab pernah dulu masuk dalam rancangan Majalah 3. Dalam Majalah 3 tu, takda pulak diorang mention ulat ni halal atau tidak dimakan.

    BalasPadam
  4. Salam acik..

    Baru akak tau hukum memakan ulat itu haram kecuali yg tak dpt dikenalpasti pd buah...iaitu yg tak dpt dipisahkan...haram tu kira berat hukumnya acik,kenapa masih ada warga serawak yg beragama islam tetap mkn ye acik?adakah mereka ini yg islam dr asal atau baru memeluk islam...?

    Tq acik atas perkongsian ini...kalau halalpun akak tk akan makan tau acik....geliii...hehe

    BalasPadam
  5. Pelik dan unik kehidupan Di sabah.. Tp itulah Sabah! Proud to be Sabahan.. Kih3

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...haram dimakan, memang tak sanggup pun nak memakannye...

    BalasPadam
  7. Ia dah jd makanan turun temurun, dan kita sebagai org islam dan tahu hukum harap tak lah makan...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. belum tergerak lg nk memakannya, baru nk tau cerita Acik ttg ulat tu, & dah ada fatwa hukumnya di entri Acik ni.. T kasih diatas perkongsian ye.. Goreng pun sodap ulat tu hehee :D :D

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. pernah tengok dijual di pasar sayur.
    x pernah pegang n mkn
    aah sudah dijelaskan sebelum ini, haram utk makannya
    kat swak dipanggil ulat mulong

    BalasPadam
  11. nasib la haram. tak lalu la nk mkn :)

    BalasPadam
  12. penerangan yg lengkap ... thanks sharing .

    BalasPadam
  13. nasib baik. dulu majalah 3 ada goreng lagi ulat ni makan ramai2. euuu

    BalasPadam
  14. tak terfikir untuk makan ulat macam tu.. rasa geli saja.. hehe..

    BalasPadam
  15. aiyooo...tengok tu pun dh geli...ishhh

    BalasPadam
  16. Laaa..xbleh makan rupanya..bru tahu =) he3..terbaik..penerangan yg padat..

    BalasPadam
  17. Kalau terlepas ulat kat tangan tu masuk mulut, mesti lagi menarik gambar tu kan?

    Ape pun, memang bg mazhab syafie ulat itu tak boleh dimakan. Sedih juge kat majalah 3 dulu die tak sebut pun tentang hukum tu bagi orang Islam.

    BalasPadam
  18. adoyyyy.. migraine tgk gambar kat atas tu.. hahahaha.. kalau halal pun sy xnak makan!!! :P

    BalasPadam
  19. wuu tgk pon sa deram, ni kn plk nk mkn. mmg x la haha :P

    BalasPadam
  20. ermm...rasanya kawan2 muslim I mkn ulat tu hehe

    BalasPadam
  21. alhamdulillah..perkongsian berguna..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails