Pengikut

Selasa, 22 Oktober 2013

Orang Sabah Sangat Peramah Dan Mesra Alam



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi menaip walaupun hari-hari yang mendatang penuh dengan kesibukan yang teramat , sekarang ini pun sedang siapkan tugasan. Jujur katakan badan ini terlalu penat kerana baru sahaja pulang dari sabah untuk program ERAT. Bayang kami baiki jambatan yang boleh di katakan rosak sepenuhnya dan di bantu oleh bro tentera darat. 

Tapi sepanjang acik berada di sabah ini, acik dapat merasai dan melihat keindahan di sana. Di sabah memang banyak tempat-tempat yang cantik dan seronok untuk di kunjungi. Pada mulanya apabila acik pergi ke kampung papaga , papar ini acik terfikir bagaimana keadaan di sana ? adakah masih lagi rumah kampung ? 

Tebakan acik salah sama sekali, di sana kebanyakan rumah mereka besar dan cantik-cantik belaka .Semasa di sana kami tinggal di Koposizon Homestay. Koposizon Homestay ini memiliki hampir 10 buah rumah di mana rumah penduduk kampung di jadikan homestay. Dan kelengkapan di Koposizon Homestay sangat terbaik, siap ada penghawa dingin serta "hot shower " .Tuan rumah atau ibu bapa angkat kami sangat mesra dan baik hati . Untuk rumah kami mereka adalah uncle nasius dan auntie magareth. Mereka memberi layanan yang baik sekali kepada kami . Walaupun mereka bukan muslim tetapi mereka memahami kami orang islam .

Sepanjang acik duduk di sabah ini acik dapat perhatikan orang sabah ini sangat baik hati, mesra alam dan paling penting suka tolong menolong. Semasa di sana acik cubalah berbual mahupun sapa mereka di jalanan, paling seronok mereka layan sapaan kita dengan baik sekali dan bila kita bertanya pastinya di jawab dengan sebaik mungkin.
 
Kalau kat KL rasanya bila kita sapa mahupun memberi salam. Mereka akan buat tak tahu sahaja ,tetapi tidak untuk penduduk sabah khususnya di kampung papar ini. Masyarakatnya sangat baik dan ramah.Dari yang tua hinggalah yang muda mereka sangat bersopan santun dan menjaga adap percakapan. 

Selain acik dapat belajar budaya di sana dan acik dapat rasakan bahawa waktu berjalan begitu cepat sekali di sana. Pukul 6 petang dah gelab seperti pukul 8. Dan suasana malam di sana juga cukup cantik.Bnayak tempat yang menarik yang ingin di kongsikan. 

Oklah acik mahu sambung buat tugasan kembali , bertemu lagi kita di entri yang lain. Wasalam 


Share This!


24 ulasan:

  1. menarik yea kat Sabah...memang akak kepingin nak ke sana sebab anak akak bertugas di Sandakan.....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... rasa bertambah bangga plak jadi orang sabah lepas baca entry acik ni.. :D

    BalasPadam
  3. wah terharunya kita sebagai rakyat sabah..trima kasih acik promosi sabah.papar berdekatan juga dengan kampung kita kat beaufort :)..nanti free2 datangla kat sabah lagi

    BalasPadam
  4. mesti acik dapat pengalaman yang baru kann

    BalasPadam
  5. org sabah memang baik baa..hee..saya anak sabah ...jenjalan sini bw entry...:)

    BalasPadam
  6. Org Sabah memang baik & friendly macam saya hehe :p

    BalasPadam
  7. akak setuju orang sabah memang peramah dan baik.. menarik pengalaman membaiki jambatan tu acik..

    BalasPadam
  8. untungkan....orang borneo memang permah..hihi

    BalasPadam
  9. orang kampung bersifat pemalu tapi peramah kalau kita mulakan dulu perbualan. itu yg saya nampaklah

    BalasPadam
  10. orang sabah memang baik hehehe..sudi la hendaknya datang ke sabah lagi ya acikk :)

    BalasPadam
  11. sekurang2nya ada yg perasan org sabah semua baik2.. hehehe

    BalasPadam
  12. Acik kena letak gambar byk sikit...teruja nak melihat gambar Sabah dr lensa Acik... :)

    BalasPadam
  13. seronoknya merantau... mmg de juga hajat nk melncong ke sana.. insha Allah...

    BalasPadam
  14. semua tempat sama je sebenarnya.. cuma cara je lain-lain.. ada tempat yang kita lihat cara mereka melayani orang tu nampak kasar tapi sebenarnya itulah cara mereka tersendiri. Kita yang baru pertama kali melihat tu yang mungkin tak terbiasa ^___^
    Lain orang, lain caranya... Yang penting, kita semua bersaudara...

    BalasPadam
  15. twerharu dengan entri acik..jemput datang ke tawau pula...

    BalasPadam
  16. Salam acik...

    Akak pernah tinggal di labuan...di sana ramai pendatanglah acik,..org philipin agak berlainan sedikit...x dinafikan kalau bertemu dgn org sabah tempatan memang ramah tamah....

    BalasPadam
  17. bngga juga jadi sabahan. btw datang la lagi sabah banyak lagi tmpt menarik

    BalasPadam
  18. Menarik entry nie.. Kena tengok sendiri baru tahu Sabah macam mana.. :)

    BalasPadam
  19. Best.....dah pandai cakap ala-ala Sabah....Sabah memang best.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah dpat jmpa orang yg baik2 di sana =) menarik..teringin juga nk pergi 1hri nti..nk cuba daki gunung kinabalu

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah.. seronok lah cerita ttg sabah ni. Teringin nk ke sana nanti.. thanks sharing Acik :)

    BalasPadam
  22. Pasti banyak pengalaman yang diperolehikan.Tahniah!

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails