Assalamualikum
Alhamdulilah kerana masih lagi bernyawa pada hari ini, ucaplah syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat yang tak terhingga kepada kita. Ramai para lelaki bertanya tentang soal wanita, ini berdasarkan pemerhatian sahaja, mari fahami perempuan dan wanita.
SENSITIF
Bukan bermaksud suka
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila
seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan
air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.Mereka sangat sensitif soal cinta, dan untuk orang yang dia sayangi.
CEREWET
Bukan
bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut
kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu
tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal ini boleh memburukkan
lagi keadaan. Cerewetnya dia hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Tapi jangan over cerewetlah.
HALUS
Ibarat
sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.
Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab
kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi
pengajaran bukan dendam.
IKHLAS
Ikhlas
seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki
yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas
mencintai mereka
PERASAAN
Wanita
suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi
hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini,
dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
PRIHATIN
Sentiasa
memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh
hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai
mereka dan baik terhadapnya.
MANJA
Walaupun
dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih
lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang
bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau
keluarga.
EGO
Wanita juga mempunyai egonya sendiri, kadang dia rasa dia betul sahaja ! kadang-kadang dia jadi keras hati ,keras kepala kerana pekara kecil. Ianya kerana ianya mahukan di mengerti dan di pujuk. Pujuklah inshaAllah hatinya akan lembut , orang kata keras-keras kerak nasi jika di siram dengan air pasti akan lembut.
CINTA
Cinta
pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki
yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.Namun selepas
ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak
sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
NAFSU
Wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
CEMBURU
Wanita dan cemburu tak dapat di pisahkan, mereka akan cemburu apabila orang yang dia sayang itu bercakap dengan orang lain (mungkin lebih cantik ) darinya. Bila kamu abaikan dia dan bercakap dengan orang lain dan mempedulikannya.
SAYANG
Perempuan ini lain sikit kalau dah sayang memang akan sayang sepenuhnya, mereka sangat menghargai lelaki yang menerima dirinya seadanya. Mereka sangat peka tentang soal perasaan ini.
Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?
39 ulasan:
thanks....salam blogging.
betul...
Wanita mmg sukar sikit nak memahaminya, lain dia ckap lain maksudnya..dia kata 'tidak' tapi hatinya kata 'ye'...
Hehehhehehehe... susahnya nak memahaminya...
so true..hewhew
Assalammualaikum...achik,
wanita sukar utk difahami.. penuh dengan misteri...
mselim3
betul tu..semua yang acik tulis tu sy setuju..
ramai lelaki yang tanak faham huhuu
Betullah tu,..Inilah sifat wanita.. :)
Banyak benda lg yg patut saya belajar untuk memahami wanita nie.. Huhu :D
betul..rasa nak copy nak sebarkan biar laki baca hehe
saling melengkapi antara satu sama lain. hati wanita mudah terusik..baja dan jaganya dengan keimanan in shaa allah.
mengenali..memahami satu proses yang berterusan hingga akhir hayat terutama bagi pasangan halal..ianya bukan seperti kita makan sambal..sedap..terus makan dan berhenti bila benar-benar terasa pedasnya lada itu..kemudian makan semula bila pedasnya hilang..jadi wanita mahupun lelaki perlukan ilmu untuk memahami peribadi pasangan kerana kita ini mudah berubah-rubah..nice sharing acik *-^
Manusia ni KOMPLEKS pemikirannya...beza wanita dan lelaki..
Lelaki 9 akalnya..1 Nafsunya...
Wanita 9 Nafsu..1 Akalnya...
Sebab tu wanita ni ada banyak kemahuan..fesyen, aksesori..and so on..ehehehee...
Tapi bila belek2 balik..sama jerr...lelaki pun ada juga yang gilakan fesyen...tapi tak seramai wanita... ^_^
x0x0 ^___^
Perempuan ni, kalau nak memahaminya memang payah. Tapi kalau lelaki tu dah faham cara nak tackle hati dia macam mana, insyaAllah, lebih mudah untuk mengawalnya.
Eh, mengawal pulak. Maksud saya menawan hatinya.
Hehehe
hehe betul tu memang inila sikap2 wanita..
selama memahami, wahai kaum lelaki :p
perempuan sgt komplekss.. tips terbaik untk lelaki.. tak perlu faham perempuan.. sbb perempuan sndiri x tahu apa yg dia nak.. hehehe.. lelaki just hv to follow the flow je.. ikut je lah rentak ye.. hehehe
bagus entry ini...boleh membuatkan lelaki lebih memahami wanita..tapi pada masa yang sama wanita juga harus memahami lelaki..hehehe
Regards,
-Strider-
ada lelaki yg tak ambil pusing pun psl ni . bertindak ikut keadaan . kan lelaki byk benda nak fikir ... heheheee
setuju sangat.. yang penting saling memahami antara lelaki dan wanita..
tepat sekali...setuju lol..
Setuju banget...so kena khatam tu acik..
setiap org ada egonya.. kan kan
betul.
mmg lelaki sukar memahami... begitu juga perempuan sukar nk faham.. kna blajar dan terus belajar utk memahami antara satu sama lain...
Sifat manita sukar diramal dan difahami...tetapi mudah dilembutkan.
Sifat wanita inilah yg melengkapkan seorang suami.
ha,, betul tu..
suami2 dan calon2 suami kene baca nie.. fiza setuju sgt apa yg acik tulis...
setuju dengan apa yang acik tuliskan tu..yang penting kena belajar untuk faham dan beri peluang untuk difahami :)
Subhanallah.. menjadi tugas lelaki utk memahami wanita ini terutama yg disayangi.. asal jngn gedik je dah lah.. yg lain semua ok je.. :D
Kalaulah semua lelaki boleh memahami dan menerima wanita yg sebegini........
Betul3x..sangat betul tu acik..sebagai wanita akak setuju....
setuju sangat.. terima kasih untuk perkongsiannya..:)
yup, so complicated.. sampai sy pun keliru dgn hint yg dia bg, hikk...
memang betul sangat ni :)
*rasanya dah comment kat entri ni semalam...pelik betul...
Sya cemburu dan sensitif..hehe..manja?kurang sgt kut ^_^
Ya, saya tak nafikan. Tetapi ada juga sifat ini dimiliki oleh seorang lelaki. Bagaimanapun, paling penting cara untuk mengawalnya supaya tidak memberi masalah kepada orang lain dan diri sendiri.
Lelaki klu bace ni harini, esok dah lupe..banyak lagi hal lain n kerja yg dia perlu fikir..
Sukar tuk fahami dia
Catat Ulasan