Assalamualikum
Alhamdulilah kerana masih lagi bernyawa pada hari ini, ucaplah syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat yang tak terhingga kepada kita. Ramai para lelaki bertanya tentang soal wanita, ini berdasarkan pemerhatian sahaja, mari fahami perempuan dan wanita. 
SENSITIF
Bukan bermaksud suka 
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan  mendapatkan perhatian. Apabila 
seseorang wanita menyatakan dia sedang  bersedih tetapi tidak menitiskan
 air mata, itu bermakna dia sedang  menangis dalam hati.Mereka sangat sensitif soal cinta, dan untuk orang yang dia sayangi.
CEREWET
Bukan
 bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki  mengikut 
kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi  mampu 
tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal ini boleh  memburukkan 
lagi keadaan. Cerewetnya dia hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Tapi jangan over cerewetlah. 
HALUS
Ibarat 
sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan  koyak. 
Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab  
kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi 
 pengajaran bukan dendam.
IKHLAS
Ikhlas
 seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang  lelaki 
yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas  
mencintai mereka
PERASAAN
Wanita
 suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan  memberi
 hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan  rasa 
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini,
 dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
PRIHATIN
Sentiasa
 memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga  mudah jatuh 
hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat  mengenai 
mereka dan baik terhadapnya.
MANJA
Walaupun
 dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri  mereka masih 
lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada  insan yang 
bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat  atau 
keluarga.
EGO
Wanita juga mempunyai egonya sendiri, kadang dia rasa dia betul sahaja ! kadang-kadang dia jadi keras hati  ,keras kepala kerana pekara kecil. Ianya kerana ianya mahukan di mengerti dan di pujuk. Pujuklah inshaAllah hatinya akan lembut , orang kata keras-keras kerak nasi jika di siram dengan air pasti akan lembut.
CINTA
Cinta
 pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila  lelaki
 yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas  
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan  
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.Namun selepas 
ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan  dan tidak 
sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita  itu!
NAFSU
Wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
CEMBURU 
Wanita dan cemburu tak dapat di pisahkan, mereka akan cemburu apabila orang yang dia sayang itu bercakap dengan orang lain (mungkin lebih cantik ) darinya. Bila kamu abaikan dia dan bercakap dengan orang lain dan mempedulikannya.
SAYANG
Perempuan ini lain sikit kalau dah sayang memang akan sayang sepenuhnya, mereka sangat menghargai lelaki yang menerima dirinya seadanya. Mereka sangat peka tentang soal perasaan ini. 
Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika  belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?



 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
39 Ulasan
wanita sukar utk difahami.. penuh dengan misteri...
mselim3
ramai lelaki yang tanak faham huhuu
Lelaki 9 akalnya..1 Nafsunya...
Wanita 9 Nafsu..1 Akalnya...
Sebab tu wanita ni ada banyak kemahuan..fesyen, aksesori..and so on..ehehehee...
Tapi bila belek2 balik..sama jerr...lelaki pun ada juga yang gilakan fesyen...tapi tak seramai wanita... ^_^
x0x0 ^___^
Eh, mengawal pulak. Maksud saya menawan hatinya.
Hehehe
Regards,
-Strider-
Sifat wanita inilah yg melengkapkan seorang suami.
*rasanya dah comment kat entri ni semalam...pelik betul...