gambar hiasan


Assalamualikum


Alhamdulilah kerana masih lagi bernyawa pada hari ini, ucaplah syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat yang tak terhingga kepada kita. Ramai para lelaki bertanya tentang soal wanita, ini berdasarkan pemerhatian sahaja, mari fahami perempuan dan wanita.


SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.Mereka sangat sensitif soal cinta, dan untuk orang yang dia sayangi.

CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal ini boleh memburukkan lagi keadaan. Cerewetnya dia hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Tapi jangan over cerewetlah. 

HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran bukan dendam.

IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai mereka

PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

EGO

Wanita juga mempunyai egonya sendiri, kadang dia rasa dia betul sahaja ! kadang-kadang dia jadi keras hati  ,keras kepala kerana pekara kecil. Ianya kerana ianya mahukan di mengerti dan di pujuk. Pujuklah inshaAllah hatinya akan lembut , orang kata keras-keras kerak nasi jika di siram dengan air pasti akan lembut.

CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

NAFSU

Wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

CEMBURU


Wanita dan cemburu tak dapat di pisahkan, mereka akan cemburu apabila orang yang dia sayang itu bercakap dengan orang lain (mungkin lebih cantik ) darinya. Bila kamu abaikan dia dan bercakap dengan orang lain dan mempedulikannya.

SAYANG

Perempuan ini lain sikit kalau dah sayang memang akan sayang sepenuhnya, mereka sangat menghargai lelaki yang menerima dirinya seadanya. Mereka sangat peka tentang soal perasaan ini. 

Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?