Aku Setia Dengan Dia Hampir 12 Tahun Tetapi Akhirnya Dia Khianati Kesetian Yang Aku Berikan | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 6 Disember 2013

Aku Setia Dengan Dia Hampir 12 Tahun Tetapi Akhirnya Dia Khianati Kesetian Yang Aku Berikan


Assalamualikum

Ya Allah kuat hatikan hati ini dan tabahkan hati ini, dugaan demi dugaan yang hadir membuatkan senyuman menjadi senyuman yang hambar. Takpelah itu dugaanku dan aku yakin aku mampu hadapinya. Ah berbalik ke tajuk utama acik nak kongsikan kepada kamu semua. Ramai yang berbalah dengan mengatakan bahawa lelaki tak setia dan selalu curang , ada perempuan lain di luar. Yang lelaki pula mengatakan bahawa perempuan pula sering curang dan tak setia.

Jika berbalah sampai kiamat pun tak habis juga . Setia itu selalu di sama ertikan dengan jujur dan amanah dalam soal perasaan terhadap pasangan. Setia itu juga selalunya subjektif dan di taksirkan mengikut kefahaman masing-masing.  Adakah aku sudah cukup setia jika di bandingkan dengan mereka ? 

Pernah itu ada yang mengadu: "aku setia dengan dia hampir 12 Tahun tetapi akhirnya dia khianati kesetian yang aku berikan, patutkah aku setia ? 

Tahukan kamu sebenarnya kesetian seorang perempuan di uji ketika lelaki yang mereka sayangi itu tiada apa-apa. Di situlah letaknya kesetiaan seorang perempuan, adakah itu masih terima lelaki tersebut ataupun melepaskannya dia pergi ? 

Tahkala dia mempunyai duit yang bergunung, kesetiaannya itu setinggi langit. Tetapi bila lelaki itu tidak ada apa-apa, kesetiannya mula pudar dan berarah untuk lelaki yang lain. Bagimana itu ? 

Dulunya semua kata janji dan sayang di ungkapkan,  setia hingga hujung nyawa katanya. Tetapi di saat lelaki itu memerlukan seseorang yang di sisi si dia hilang entah kemana.

Lelaki pula kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya. Dia mempunyai rumah yang besar, kereta yang mewah, harta yang banyak. Di situ dia akan di uji di mana adakah harta yang dia ada itu membuatkan kesetiaannya semakin pudar ?

Mulalah mencari perempuan muda untuk menjadikan ke 2, 3, dan 4 ? fikir-fikirlah.

Kita hidup ini memang mempunyai pilihan tersendiri tetapi jika kita salah pilih, jangan menyesal dan kecewa dengan keputusan yang kita ambil. Kesetiaan itu tak mampu di beli dengan wang ringgit dan tak mampu di huraikan untuk merawat luka di hati. Maka dengan itu hargailah dan setia kepada seseorang yang selalu ada dengan kamu dan menjaga kamu hingga ke akhir hayat.

Share This!


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam acik...

orang perempuan ni memang setia tau acik,org lelaki je bila diuji dgn kesenangan,mudah lupa diri..hehe

p/s jadi ke on segmen esok...?

Tanpa Nama berkata...

ikut keselesaan acik...akak ada masa tiga minggukan...?hehe..in sya Allah...

Asha Lya berkata...

memang susah nak cari org yang setia

ikhwan yusuff berkata...

salam acik..suka entry ni...setia tu subjektif bila diri sendiri dah tanamkan rasa amanah dalam diri inshaAllah perkataan curang tu blh dihapuskan..

Tanpa Nama berkata...

ok...moga Allah permudahkan segala urusan...silap akak x buka fb pun...lambat kat sini...hehe

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Bukan jodoh kita...

Nadya Bubble berkata...

Saya setia orangnya. Hahahahaha.

Khir Khalid berkata...

Bagus entri ni.. semoga menjadi peringatan & iktibar buat semua.. biarlah kesetiaan itu ttp kekal membawa ke syurga.. aamiin..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

bagi pandangan akak, tak salah nak setia..namun kena ingat juga bahawa jodoh kita adalah ketentuan Allah.. jika sampai 12 tahun menanti, dah memang ditakdirkan si dia bukan jodoh kita kena juga terima dengan seadanya ketentuan Allah.. apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha untuk setia dan selalu mendoakan agar diberikan hati yang berpendirian tetap..

Raudzah Z berkata...

Dah tak ada rezeki bersamakan acik..so redha ajelah..pasti ada hikmah..

Tanpa Nama berkata...

lebih kurang pula entri kita hari ni acik...

fatin wawa berkata...

manusia memang akan sentiasa berubah.. :)

Haslinda Hassan Ali berkata...

setia hingga hujung nyawa

atien zuraidah berkata...

saya setia dgn dia selama 9 tahun,akhirnya dia bukan milik saya :(

ika zulkefli berkata...

betul tu acik, kesetiaan tdk boleh dibeli dgn duit.. buat la pilihan dgn tepat dan mohon la pertolongan dari Allah, In Sha Allah akan dipermudahkan jalan..:)

Azlan Strider berkata...

pada pendapat aku tiada orang yang mampu memberikan jaminan kesetiaan..ia hanya boleh ditunjukkan...

Regards,
-Strider-

belogisam berkata...

yang berkata dirinya setia pon kita x boleh percaya sangat,, hanya hati sendiri mengetahui betapa kita setia dan bagaimana kita tunjukkan s etia itu

Affy Afiqah berkata...

ika hanya akan berubah kalau lelaki itu berubah ke arah keburukan, dan selepas diberi peluang berkali-kali untuk kembali ke jalan yang benar tetapi tetap jalan songsang yang dipilih, ika prefer untuk tinggalkan, kalau memudaratkan diri sendiri dan agama mungkin juga maruah kita so untuk apa kita setia?

tapi kalau tinggalkan sebab lelaki tu takde apa-apa, takde harta dan sebagainya, ika takkan tinggalkan sebab tu, pada ika harta benda ni semua bukan segalanya dalam hidup :)

adrianna syaz berkata...

Sya ckup terasa klu pasal kesetiaan ni..teringat cerita dulu2 je ni..skrg pun tkut sgt klu menda tu terjd..tapi siapala kita utk ramalkan apa yg akan jd pd perasaan pasangan kita satu hari nnti..jg redha dan bertabah je la..snggh mlm ke blog acik ^_^

BUNDA a.k.a KN berkata...

Kadang2 kita jer setia bagai nak rak...orang pula permainkan kita...tak frust namanya...

Jie Susanos berkata...

ini semua ujian drpda Nya..

Isabella Sofiaelena berkata...

Assalamualaikum Izahar.

Rasanya x salah nak setia asalkan tidak melampaui batas. Sampai dah kena pijak dan kena tipu pun masih nak setia. Tu namanya kurang bijak. Betul tak?


Sylarius Yusof berkata...

Kalau dah berlaku nak buat macam mana. Nak merungut pun, kita bukan boleh ubah perkara yang lepas-lepas. Hidup ni memang kita tak dapat elak dari melakukan kesilapan. Shit happens. Just forgive our past self.

Maria Firdz berkata...

setia dan cinta dengan Allah dan kerana Allah, pasti tak kecewa... insha Allah... :)

ain diyana berkata...

setia setia setia..

Alin Marlini berkata...

cerita ini sama dgn cerita sahabat saya

TelingaBulat berkata...

12thn tp klu dia kata bkn jodoh,xblh buat apee

Tetamu Istimewa berkata...

Kesetiaan dan kejujuran perlu di kedua belah pihak. Barulah hubungan itu dipelihara oleh Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails