https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfci40CmkIo9Fg40jv_0msAUGGRhVZaFeHakOzB0_nAXK-_otOKkton0G5IHndhsUIYS_bi4VJUNZdem-zXjX0XwLsGaDdyE34EYhe-Q_KFSYBCcCqvb_Q0WzpO_N-jF6iBqElvzimFw/s320/sexy-pin-up-in-a-polka-dot-dress-vector-cartoon-thumb7119843.jpg



Assalamualaikum

Hari ini acik sangat sibuk dengan kerja-kerja luar dan kelas penuh. Terkesan dengan status yang di naiklah oleh seorang rakan facebook iaitu muhammad rusydi. Amat mendalam maksud yang ingin di sampaikan jika di amati dengan hati yang ikhlas.

Kalau dah semua wanita yang tidak menutup aurat, tidak menjaga pergaulan, tidak menjaga batas agama itu kamu kategorikan sebagai TIDAK BAIK dan TIDAK LAYAK dijadikan isteri...

Kamu juga TIDAK LAYAK menjadi suami mereka.

Sebab kamu bukan pandai MENDIDIK dan MEMBIMBING.

Cuma pandai melabel dan mengata.

Jadilah pembimbing.

Bukan PEMILIH isteri cantik lagi solehah untuk diambil gambar, ditayang di facebook, diperagakan bersama sebagai role keluarga muslim bahagia dan dengan riaknya berkata dalam hati,

"Wahai umat manusia sekalian, aku dapat isteri solehah! Cayalah aku! Kau ada?"

**

Al-jawab,

"Ada. Aku ada. Aku dah save gambar isteri solehah kau. Kau marah tak?" :)