Pengikut

Selasa, 29 Oktober 2013

Pernah Tak Di Tegur Oleh Orang Bukan Islam Tentang Segelintir Perangai Orang Islam Yang Suka Mencarut?


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka pinjaman Allah ini dan hari-hari yang mendatang akan sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang perlu di laksanakan. Minggu nie kena dapat pergi makamah untuk dapatkan " cover story" dan date line minggu depan kena hantar. Kena interview minta pendapat orang ramai dan assignment yang lain-lain lagi.Ya Allah permudahkanlah urusanku ini.

Ahh berbalik kepada apa yang acik ingin ceritakan kepada kamu semua hari ini , pernah tak kamu di tegur oleh orang bukan islam tentang perangai orang islam sendiri ? 

Contohnya : 

Orang islam : weiii bodoh betullah kau nie, vangang betul vavilah kau !!
Orang Bukan islam : ishh tak baiklah mencarut, bukankah agama islam ajar cara bercakap dengan baik dan sopan ? 

Sentap sekejap, dari penelitian acik pekara ini sering terjadi dan kebetulan pula acik ramai kawan dengan orang bukan islam. Pernah satu tahap tu mereka tanya acik :

Acik orang islam boleh eh minum arak ? boleh besentuhan lelaki/perempuan ? boleh ehh bercakap yang lucah-lucah ? Berserban tapi main judi ? 

Kalau kamu semua nak jawap apa kalau di tanya macam tu ? kadang itu ada mereka yang lebih faham dengan keadaan tersebut dan menyatakan " itulah maknanya lemahnya iman " .Itu kata orang bukan islam,bagaimana kata orang islam ?

Semuanya adalah bergantung pada diri sendiri bagaimana kita mana tunjukkan akhlak yang baik pada mereka. Acik sendiri malu jika di tegur sedemikian rupa. 

Pernah terjadi semasa acik kerja sebagai MC di hotel di shah alam ada seorang manager melayu dan tentu sekali islam itu sedang marah kerana anak buahnya tak buat kerja dengan baik .Jadi segala maki hamun dan cacian yang di keluarkan. Dan tiba-tiba ada seorang lelaki cina ( mungkin bos ) dia tegur. Lelaki cina tu kata : kenapa perlu maki hamun ? mana budi bicara kamu ?  bukankah islam ajar untuk bersabar dan memberi nasihat ?

Tergamam masa tu acik yang berada di situ. Ishh malunya,tahu ke kamu Allah benci kepada orang yang mempunyai budi pekerti yang buruk , seperti hadis di bawah ini

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi) 

Rugi ke bila kita mengeluarkan perkataan yang baik-baik dari mulut kita ? sepatutnya kita yang kena tunjukkan adab dan budi pekerti yang baik kepada yang bukan islam.

Kenapa kita perlu cakap pekara yang baik-baik walaupun dalam keadaan marah ? 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata-kata itu adalah doa, bila kita berkata yang tak baik umpama kita mendoakan pekara yang tak baik untuk dia, maka dengan itu berkata-katalah dengan kata-kata yang baik. 

Dan lidah setajam pisau, kerana ia mampu melukakan. Namun, sekali terguris akan mengambil masa lama untuk mengubati luka tersebut dan yang pasti akan terluka ialah hati. Tidak semua orang adalah seorang yang pemaaf. Walaupun ada dan mampu memaafkan tapi sejauh dan selama mana mereka akan melupakannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

Oleh itu mari kita muhasabah diri, nasihat ini untuk diri ini yang banyak kelemahan yang perlu di atasi, kepada yang rasa entri ini bermanfaat maka ambillah pengajarannnya. Mari sama-sama kita baiki diri.

Share This!


28 ulasan:

  1. byk kali Acik.. ain ramai kawan non-muslim.. borak dgn mereka ni best.. byk tau hal agama mereka dan mereka pun byk tnya ain pasal agama Islam jugak.. yg best bila mereka sendiri tak suke perempuan islam yg x tutup aurat/tudung singkat/baju ketat/tak solat & mcm2 lah..

    BalasPadam
  2. ada soalan yang menegur cara pemakaian jerk...mencarut tak pernah lagi la acik...kadang2 malu jugakkan...

    BalasPadam
  3. Memang memalukan utk mereka yg xreti nak jaga mulut. suka marah2, menengking dan mencarut. Sungguh tak matang.

    BalasPadam
  4. Pernah jugak kwn kak Erin yang lain agama tanya macam tu.. dia tanya pasal mengumpat.. Dia kata bukan Islam melarang kan umatnya mengumpat dan mencaci orang lain.. Nanti dapat dosa katanya lagi..

    BalasPadam
  5. kalau kena tegur macam tu kompem malu wey..orang bukan islam pun tau

    BalasPadam
  6. Ada kwn akak tanya mcm2 lebih kurang begitula acik...akak jwb,semua agama menganjurkan penganutnya supaya berbuat baik,bergantung kpd diri penganut itu sendiri....kerana itu ada dosa dan pahala...ada syurga dn neraka...

    Tp akak rasa,budi bahasa org melayu zaman ni memang dh berkuranganlah acik....
    Moga urusan acik dipermudahkan Allah.....

    BalasPadam
  7. mulut lancang kalau dulu tp skrg ni orang gelar mulut longkng...memang tak boleh maaf.

    BalasPadam
  8. boleh tgk kat blog-blog..ada juga macam ni..org islam tp mencarut..last2 yg kristian/org cina yg nasihatkan...

    positifkan diri tu penting...positifkan dalam jiwa..luaran akan ikut sekali..

    BalasPadam
  9. penah huhu tapi bukan sy la kawan hehe..

    BalasPadam
  10. Walauapapun agama yg dianuti, jika baik budi pekerti dan budi bahasanya nescaya akan disenangi..bila kita beranggapan kita terlalu baik dan sempurna, tanpa sedar kita terlupa dan itulah kesilapan yg kita dilakukan..nobody is perfect, semua agama mengajar kita kearah kebaikan...namun manusia kan, faham2 lah..

    BalasPadam
  11. kalau nak ikut lah...mulut nie senjata yang paling berbisa tau.....

    BalasPadam
  12. Manusia mcm2 jenis dan ragam
    ada yg ok ada yg x
    pnh juga kwn non muslim sy tny psl puasa dan solat
    knape msh ada muslim yg x puasa
    hewhew
    klo perempuan.bleh la kite ckp faktor uzur kn

    BalasPadam
  13. kena tegur direct tu taak pernah pulak...tapi ada jugak la kwn-kwn yg kena...tp bila dah camtu keadaan, mmg malu sebenarnya...kadang tu non-muslim lagi tutup aurat, lg yakin nk berpuasa..

    BalasPadam
  14. Nauzubillahi minzalik... kita semua hamba... akhir kehidupan kita belum tentu,berlapanglah dada,hormat menghormati.InsyaAllah..

    BalasPadam
  15. ermmm kebanyakan muslim skrng ni memang mcm tuh...semoga kita semua sentiasa ingat beringat..dtg sini nak cr sponsor

    BalasPadam
  16. memang terkesan apabila seorang bukan islam menegur perbuatan orang islam begitu.. setakat ni akak pernah dengar teguran aurat oleh seorang wanita india, pernah akak ceritakan dalam entri blog akak.. terima kasih di atas nasihat dan peringatan ini..

    BalasPadam
  17. Mmg betul tu..kita sibuk mencanang budi bahasa budaya kita, ttp sendiri yg membuat malu kpd bangsa & agama.. Thanks sharing Acik.. :)

    BalasPadam
  18. saya pernah hadiri event di restoran tapi makanan halal mrk order drp hotel yg berada di seberang jln . pekerja hotel yg bertugas tu dgn selamba jer minum arak kat depan kami yg sesama islam ... akak sgt malu kat boss bila tgk gelagat lelaki tu ...

    BalasPadam
  19. betul tu bro..kekadang malu bila ada orang bkn islam tanya mengenai islam yang kita sendiri x dapat jawab..

    BalasPadam
  20. Zaman nabi dulu org bukan islam terkesan dengan akhlak yg ditunjukkan orang islam. sbb tu ramai yg peluk islam.. Tapi hr nie, akhlak org islam ada yg lebih teruk daripada org bkn islam.. Renung2 kan.. :(

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah..akak sihat je...blom ada entry baru lagi...hehe...

    Terimaksih ye acik....

    BalasPadam
  22. ika banyak kali encounter this kinda situation...even ika sendiri ada ramai kawan2 non-muslim yg tak gemar org muslim mencarut...even dorg sendiri jaga manner bila bercakap...

    BalasPadam
  23. memang segan bila yg non muslim tanya soalan mcm tu.. ntah mcm mn lah nk jawab.

    BalasPadam
  24. Memang tak terjawablah kan ....

    BalasPadam
  25. Bunda pernah ditanya seorang lelaki non muslim..."itu muslim girl pasat pakai itu tudung kepala tapi dia punya seluat legging pakai...?? Siapa nak jawab tu??

    BalasPadam
  26. xpnh lg kana tnya dgn kwan bkan islam..tp xsmua mnusia smpurnakn..klau ditnya sy akn jwb sbaik2nya..bila mrah dh mngusai dri dan iman tu cetek..pasti kata2 kesat dikeluarkan..sy pn pnh je terlepas dgn kata2 cmtu..biasanya tgh marah la..ape pn kena pndai nilai n cuba berubah..

    BalasPadam
  27. betul tuu acik . kadang-kadang orang non-muslim lagi behave dari orang muslim ni sendiri . tapi , bila kurang kefahaman agama jadi cmtu laa .

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails