Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita Yang Tidak Menjaga Aurat/Pergaulan Tidak Baik Dan Tidak Layak Di Jadikan Isteri ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfci40CmkIo9Fg40jv_0msAUGGRhVZaFeHakOzB0_nAXK-_otOKkton0G5IHndhsUIYS_bi4VJUNZdem-zXjX0XwLsGaDdyE34EYhe-Q_KFSYBCcCqvb_Q0WzpO_N-jF6iBqElvzimFw/s320/sexy-pin-up-in-a-polka-dot-dress-vector-cartoon-thumb7119843.jpg



Assalamualaikum

Hari ini acik sangat sibuk dengan kerja-kerja luar dan kelas penuh. Terkesan dengan status yang di naiklah oleh seorang rakan facebook iaitu muhammad rusydi. Amat mendalam maksud yang ingin di sampaikan jika di amati dengan hati yang ikhlas.

Kalau dah semua wanita yang tidak menutup aurat, tidak menjaga pergaulan, tidak menjaga batas agama itu kamu kategorikan sebagai TIDAK BAIK dan TIDAK LAYAK dijadikan isteri...

Kamu juga TIDAK LAYAK menjadi suami mereka.

Sebab kamu bukan pandai MENDIDIK dan MEMBIMBING.

Cuma pandai melabel dan mengata.

Jadilah pembimbing.

Bukan PEMILIH isteri cantik lagi solehah untuk diambil gambar, ditayang di facebook, diperagakan bersama sebagai role keluarga muslim bahagia dan dengan riaknya berkata dalam hati,

"Wahai umat manusia sekalian, aku dapat isteri solehah! Cayalah aku! Kau ada?"

**

Al-jawab,

"Ada. Aku ada. Aku dah save gambar isteri solehah kau. Kau marah tak?" :)


Catat Ulasan

28 Ulasan

Carilah wanita yang menutup aurat demi akhirat mu......itu yang paling utama dalam hidup....api neraka.
Maria Firdz berkata…
nak yang baik, baikkan diri sendiri dulu...
Unknown berkata…
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
*_*
Cik Itah berkata…
nice sharing acik..renungan bersama untuk lelaki dan wanita :)
Shahrul Yusof berkata…
Lelaki yang benar-benar baik tidak akan dengan mudah judge rupa luaran wanita, tidak kira ia bakal menjadi pasangan hidup atau tidak. Lelaki yang benar-benar baik biasanya mudah sahaja menerima wanita-wanita baik yang ingin menjadi suri hidupnya. Perkara yang baik ini, walau ditutupi dengan debu yang tebal sekalipun, mampu ditemukan oleh jiwa yang ikhlas.
Unknown berkata…
Nice sharing Acik.. :-)
Unknown berkata…
Info yg baik.. :-)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Sejahat2 lelaki..pasti nak wanita baik utk dijadikan isteri..selalunya begitukan acik...tp Allah maha adil,kdg DIA pertemukan kita dgn org yg baik wpun kita bkn dr kalangan org baik2 adalah utk membawa kita ke jalan hidup yg lebih baik...kalau Allah pertemukan kita dgn org yg salah...ianya adalah ujian utk kita,bagimana kita nak selesaikan masalah....

Memang dlm alquran ada menyebut,perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik2,begitulah sebaliknya...tp isi kandungan itu sgt byk dn kita boleh meneliti keseluruhannya utk panduan hidup,bkn pd satu2 ayat yg kita mahu shja...tiada kerguan di dlm AlQuran....

Kata ustaz,kalau seorg lelaki itu baran,Allah akan pertemukan dgn wanita yg sabar supaya mereka dpt jalani hidup dgn saling melengkapi,kalau lelaki itu curang dan dipertemukan dgn perempuan yg curang juga...maka suami keluar pintu depan,isteri juga keluar ikut pintu belakang..bagaimana nasib anak2 akan terbela....?krn itulah Allah pertemukan lelaki curang dgn seorg isteri yg setia...begitulah sebaliknya.....wallahualam....
Tanpa Nama berkata…
lelaki kenalah bimbing wanita itu..biarlah kecantikannya hanya di perlihatkan pada suami saja..
IMA SALSUZAIMA berkata…
insaf.. terasa masih belum jadi isteri yang baik..sob3x..
Tanpa Nama berkata…
bagi pandangan kakija la yer. jangan cepat menghukum wanita yang tidak menutup aurat. daripada kita menghukum baiklah kita membimbing ke arah yang lebih baik. mulianya seseorang itu terletak pada keiikhlasan. kakija pun bertudung selepas kahwin. so kakija pun pernah ditemplak sb tak bertudung. tapi bila niat kita direstui allah, pasti ada jalan yang baik allah permudahkan. ini pandangan kakija. sebagai lelaki, dia patut membimbimg wanita idamannya.
Tanpa Nama berkata…
semoga yg belum sedar akan tesedar..dan berubah...barang yg mahal kan elok jika tertutup rapi
Unknown berkata…
yup abg acik. setiap wanita perlukan lelaki untuk menjadi imam dan membimbing jalan mereka.
Affy Afiqah berkata…
tapi ada je perempuan solehah dapat suami kaki botol, ambil dadah, kaki pukul, panas baran. tak boleh nak label sebelah pihak je, dua2 jantina sama je sebenarnya. kalau takde didikan agama, even yang ada didikan agama tapi tak amalkan, tetap bukan pilihan yang baik.
Unknown berkata…
Jangan guna mata untuk melihat sesuatu keburukan manusia.....kerana tidak tak tahu di sebalik apa yang kita lihat itu...mungkin tak seperti apa yang kita perkatakan...Apa yang penting....jangan sekali-kali menunding jari untuk kesalahan orang lain...apasalah kita menegur dengan cara yang bersopan....
Mohd Shubhi berkata…
Rasanya memang rasa tak layak diri ini mendapat seorang perempuan solehah bertudung dan patuh pada perintah Allah sebagai isteri...diri sendiri tidak terbimbing...moga Allah ampunkan kealpaan, kelemahan dan keterlanjuran serta kesilapan selama mengharungi rumah tangga...tetap yakin dengan rahmat Allah
Khir Khalid berkata…
Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan insan spt itu.. riak dlm beragama kan.. astagfirullah.. betulkanlah diri kita dahulu, in shaa Allah yg lain pasti akan ikut betul.. thanks sharing Acik.. :)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Selamat malam..terimaksih dtg lg dn tunggu akak punya entry...tp mood blom ada lagi acik...hehe
lynmunir berkata…
Alhamdulilah ada juga orang yang sedar dan berani menyuarakan pendapat ini. Thumbs up Acik.
Blog Santai berkata…
Doa yang baik-baik aje untuk semua..
Tanpa Nama berkata…
ada benarnya itu . maka lelaki , itu tanggungjwp yg harus ditunaikan ...
Mia Liana berkata…
semoga dapat yang baik2 ya..
BinMuhammad berkata…
Yang baik tidak semestinya sekarang...Mungkin akan datang jadi lebih baik dari yg baik. Yang penting adalah kesedaran dan bimbingan yg sempurna. Siapalah kita untuk menghukum dan menilai seseorang...
Janji Allah itu benar...jgn kita mempersoalkannya.
Fiza Aizzawa berkata…
tak reti nak komen.. huhu.. yg penting bila dah kahwin, taat pada suami, jgn derhaka..
Mizz Aiza berkata…
mendalam betul maksud kata-kata kawan acik tu..
Fais-SKA berkata…
hu3 status fb yg berani tu =) tepuk dada tnya iman